Tuesday, April 20, 2010

Ceramah HTM di JMTI

Pada 6 April 2010, surau Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dipenuhi dengan para pelajar dan sejumlah orang luar yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin. Program “Kami Prihatin Palestin” pada malam itu menghadirkan dua orang penceramah dari Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), dimulakan selepas solat maghrib dan bersambung selepas solat Isyak. Ustaz Khairul @ Ridhuan Hakim menjadi penceramah pertama yang membincangkan topik sejarah pemerintahan umat Islam dan dalil-dalil akan kembalinya Khilafah buat kali kedua. 

Manakala Presiden HTM, Ust Abdul Hakim Othman menyampaikan tajuk Strategi Kuffar ke Atas Palestin Dan Penyelesaiannya. Program turut diselitkan dengan tayangan video tentang penderitaan rakyat Palestin serta dimeriahkan dengan pameran dan jualan buku, cenderamata serta CD.

Ustaz Ridhuan dalam penyampaiannya menghuraikan dengan panjang lebar hadis Nabi SAW mengenai pemerintahan Islam selama 5 zaman iaitu bermula dari zaman kenabian, Khilafah ala minhaj nubuwwah, mulkan adhan, mulkan jabariyyatan (diktator - sekarang) dan akhir sekali akan kembali semula zaman Khilafah ala minhaj nubuwwah. Di akhir ceramahnya, Ridhuan menekankan usaha ke arah merealisasikan sabda Rasulullah SAW dengan menegakkan semula Daulah Khilafah dan meninggalkan pemerintahan demokrasi yang penuh penipuan dan kekejaman yang berasal dari Barat ini.

Sementara itu, Ustaz Hakim pula merungkai satu per satu strategi kuffar Barat ke atas Palestin yang bermula dengan usaha mereka menjatuhkan Daulah Khilafah dan mewujudkan negara haram Israel di bumi Palestin. Di akhir ceramahnya, Hakim menyampaikan penyelesaian sebenar menurut Islam terhadap isu Palestin iaitu pemerintah kaum Muslimin di seluruh dunia wajib menghantar tentera untuk melawan keganasan Israel yang hanya dengan jalan inilah kita dapat membebaskan tanah yang penuh diberkati itu secara tuntas.

Namun, oleh kerana pemimpin yang ada hari ini tidak berbuat demikian, maka satu-satunya jalan penyelesaian adalah berusaha untuk menegakkan semula Khilafah yang mana Khalifah nanti Insya Allah akan menghantar bala tentera untuk berjihad bukan sahaja di bumi Palestin, malah di kesemua tanah umat Islam yang dirampas oleh puak kuffar. Ceramah presiden HTM itu ditutup dengan laungan takbir sebanyak tiga kali dari hadhirin.

Majlis yang dihadiri seramai hampir 300 pelajar lelaki dan perempuan itu berakhir sekitar jam 11.30 malam. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang terlibat di majlis tersebut dan menguatkan usaha kita semua untuk berusaha menegakkan Khilafah.

Friday, April 2, 2010

Berbaik-baik sesama muslim,bersikap keras terhadap org Kafir

Assalamualaikum...

Di mana nilai ukhuwah seorang muslim apabila membiarkan org Islam yang lain berada dalam kesusahan dan kehinaan. Natijah demi natijah berlaku ke atas umat Islam ini disebabkan sikap pemimpin-pemimpin Islam yang bersikap keras terhadap sesama muslim sebaliknya bersikap baik malahan hormat terhadap pemimpin-pemimpin Barat laknatullah. Mana tidaknya, kehadiran para pemimpin Barat disambut dengan penuh istiadat dan hormat, malahan pemimpin Islam begitu bangga bersalaman dengan pemimpin Barat dengan penuh senyuman.

Sesungguhnya tangan-tangan pemimpin tersebut ada darah-darah umat Islam. Atas perintah dan arahan pemimpin seperti Obamalah yang menyebabkan tentera US terus berada di muka bumi umat Islam seperti di Afghanistan, Iraq dan byk lagi. Tiada sebarang penentangan oleh pemimpin-pemimpin Islam terhadap pendudukan tentera kafir dan membunuh sesuka hati nyawa-nyawa seorang mengucapkan kalimah syahadah.

Paling memualkan hati apabila para pejuang Islam di negara-negara umat Islam ini terus saja diburu malahan bagi mereka yang berani utk menyatakan perkara yang haq akan terus di kejar. Ini lah realiti umat Islam hari ini, bukan sahaja pihak kafir bertindak kasar terhadap mereka malahan kekasaran dan penghinaan juga dilakukan oleh tali barut ( pemimpin2 umat Islam) dalam menangkap dan memenjarakan pejuang Islam.

Sesungguhnya kuasa yang diberikan oleh Allah swt kepada meraka hanya anugerah yang sementara dan Allah mampu untuk menarik kekuasaan itu pada bila2 masa. Sesungguhnya selagi masa utk bertaubat ini ada, sedarlah wahai PEMIMPIN-PEMIMPIN umat Islam, ayuh segera tegakkan Islam dalam sebuah negara Khilafah. Pertahankanlah Islam dan lindungilah umat Islam sebagaimana Khalifah Abu Bakar yang menlindungi umat Islam.

Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah[423] itulah yang pasti menang.
Al-Maidah:56

Google+ Followers