Tuesday, October 19, 2010

Seminar Terbuka HTM:Siri Jelajah Malaysia 2010-Kuantan

Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia

Tarikh: Sabtu, 30 Oktober 2010
Masa: 8:30 pagi - 1:00 petang
Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 1, Kompleks Dagangan Mahkota, Sektor 2, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, Kuantan

Ahli Panel:
1. Ust. Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
2. Ust. Umar Husein (Timb. Presiden HTM)

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Wednesday, October 13, 2010

Salam Perpisahan

Assalamualaikum...

Enteri kali mungkin aku dedikasi buat teman-teman yang telah banyak membantu dan mengajar aku sepanjang aku berada di perantauan. Biarpun tempoh masa yang singkat namun banyak perkara yang telah ku pelajari dan tidak mungkin dapat dilupakan. Ilmu yang yang dikongsi pasti akan di ingati buat selamanya. Begitulah sebagaimana sabda Nabi perkara yang tidak terputus walaupun anak Adam itu telah kembali ke -rahmatullah ialah ilmu yang dimanfaatkan/dikongsi, anak yang soleh dan amal jariah.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai

Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai

Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi



Terima Kasih.


Saturday, October 9, 2010

SN232 - HARTA HARAM, KE MANA MAHU DIBELANJAKAN?

[SN223] Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sekali lagi diserang hebat oleh UMNO dan media massa kepunyaan mereka. Kali ini adalah rentetan pendedahan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di mana wang tersebut telah digunakan untuk sumbangan kepada warga emas yang miskin [UM 25/09/10]. Hasilnya, puluhan warga emas telah memulangkan semula wang tersebut di dalam majlis ‘besar-besaran’ yang ‘dianjurkan’ oleh UMNO. Hampir kesemua warga emas yang memulangkan wang tersebut diwawancara oleh pihak media yang begitu teruja ingin melaporkan hal itu. Sebagaimana diketahui umum, wang tersebut telah dikembalikan atas alasan bahawa ia adalah bersumber dari judi atau telah bercampur dengan sumber judi.

Friday, October 8, 2010

Munajat Ulama Muda Untuk Royalti Minyak

 

KOTA BHARU, 29 Sept:  Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.      
                     
ULASAN NIS:

Alhamdulillah... NIS mendapat maklumat berkenaan 40 ulama muda yang berangkat ke kota suci Mekah bagi memunajat kepada Allah swt tentang ROYALTI minyak. Barangkali ini suatu perkara baru yang dilakukan oleh pihak pembangkang kerajaan untuk berdoa kepada Allah agar di perkenaan atau di buka hati pihak yang berkenaan untuk memberi royalti minyak tersebut (yang dikatakan sebanyak 5% dari keuntungan syarikat minyak yang menguruskan petroleum tersebut).

Ini berdasarkan Akta Petroleum 1974 yang menyatakan bahwa:

Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Inilah menjadi titik tolak bagi pihak pemerintah Kelatan untuk meminta kerajaan pusat memberikan royalti kepadanya sebagaimana yang termaktub dalam Akta Petroleum 1974. Pada 4 Disember 2009, telah menjadi pertikaian pihak kerajaan berkenaan doa Tuan Guru yang memohon agar pihak yang berkuasa dalam memberi royalti itu agar pecah perut.

Namun NIS tidak ingin mengulas lebih mendalam peristiwa-peristiwa yang berlaku diantara pihak hijau dengan pihak biru. Sebaliknya NIS ingin berkongsi sedikit dengan pembaca-pembaca sekalian berkenaan dengan pengurusan petroleum dalam sebuah negara Islam.  

Sebagaimana hadis Nabi SAW dari Ibn Abbas:“Kaum muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. 

Mengapakah kita bermunajat semata-mata untuk mendapat hak 5% royalti sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian kapitalisme yang termeterai. Dan sedarlah bahawa perjanjian yang termeterai berdasarkan Akta Petroleum 1974 itu adalah tidak Islami dan tidak bersandarkan dalil Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sepatutnya kita berusaha untuk mengembalikan seluruh hak milik umat yakni sebagaimana hadis Nabi yang umat berkongsi dalam soal api (bahan bakar) , padang rumput (tanah) dan air. 

Seandainya kita sekadar memohon untuk mendapat royalti 5% itu , seolah-olah kita setuju dengan sistem perundangan Kapitalisme yang meletakkan hak umat di Kelatan hanyalah 5% dan sudah bercanggah dengan hadis Nabi SAW. Sewajibnya kita bermunajat agar seluruh pengaturan bahan bakar (petroleum, gas, dan arang batu) diatur dengan sistem Islam dann pembahagian kekayaan yang diurusi dengan Sistem Ekonomi Islam.

Jadilah kita insan yang yang berusaha untuk mengembalikan Islam secara kaffah dan bukannya hanya mengambil sebahagian dari Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain. Moga ulasan pendek ini dapat membuka minda kawan-kawan pembaca berkenaa isu terbaru ini.

Waallahualam....

ISKANDAR

Google+ Followers