Saturday, October 15, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1432 untuk Bonda tercinta.

Assalamualaikum,

Tiada mampu diucapkan dengan kata-kata namun buat bonda moga diberikan kesihatan yang sebaiknya semasa berada di Tanah Haram nanti. Tiadalah apa yang mampu ditolongi melain doa kami adik-beradik agar bonda dan nenda selamat menunaikan Ibadah Haji yang menjadi tuntutan dalam Islam.

Disinilah umat Islam mampu disatukan tanpa mengira warna kulit, bahasa dan keturunan untuk berkumpul bagi menyempurnakan rukun ke-5. Gembira dan sebak ketika aku menemani bonda dan nenda untuk berlepas ke tanah suci di Tabung Haji Kelana Jaya.

Dapat diperhatikan masing-masing jemaah ditemani oleh sanak-saudara dan begitu bersemangat untuk sama-sama menemani tetamu Allah ini. Moga kesatuan umat Islam dikala musim Haji dapat diteruskan dengan adanya Negara Islam dibawah naungan KHILAFAH.

Aku mendoakan agar bonda dan nenda selamat pergi dan pulang dengan Haji Mabrur, AMIM!!







- Posted using BlogPress from my iPhone

Google+ Followers