Monday, November 28, 2011

Al-Fatihah buat Allahryarham Abu Hisham Shaabab Hizbut Tahrir Jordan.




من المؤمنين رجالٌ صدقوا ما عاهدوا الله عليه، فمنهم من قضى نحبه، ومنهم من ينتظر، وما بدّلوا تبديلاً

"And from among the believing men there are those who have been true to their covenant of them some have fulfilled their obligations; and some of them are still waiting, but they have never changed in the least." (Al-Ahzaab, 23)

Hizb-ut-Tahrir Jordon makes an obituary for one of its active and persevering Shabab Al-Ustaadh 'Muhammad Khair' Ahmad Mahmood Al-Asmar (Abu Hishaam) who passed away at the time of Zuhr today after 75 years of life which he spent in the obedience of Allah, carrying the Islaamic Da'wah, working to resume the Islaamic way of life via the establishment of the Islaamic Khilaafah and preferring the next life to the temporary life of this world. We ask Allah سبحانه وتعالى to place our lost one among those whom He has said about:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِيقاً

"And of mankind is he who would sell himself, seeking the Pleasure of Allah. And Allah is full of Kindness to (His) slaves." (Al-Baqarah, 207)

So may Allah be merciful upon Abu Hisham and give him an abode in the widest gardens with the Prophets, the truthful and Martyrs and these are the best of those to be in the company of.

The Media Office of Hizb-ut-Tahrir

Wilayah of Jordon

24th Dhul Hijjah 1432

20/11/2011


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 26, 2011

Munaaqashah December 2011:Hudud Dan Penerapannya Di Malaysia: Di Mana Letaknya Salah Faham?

Assalamualaikum,

Blog Nizhomul Islam mengajak teman-teman sekali untuk terut serta dalam munaaqashah yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia bertempat di Khilafah Centre Seksyen 7. Moga kehadiran teman-teman dapatlah menjernihkan serta meningkatkan kefahaman kita berkenaan soal HUDUD. Buat teman-teman dari jemaah lain juga janganlah segan dan silu untuk sama-sama hadir dalam meningkatkan kefahaman kita biarpun saya yakin teman-teman juga arif tentang soal ini. Namun Islam menganjurkan untuk menuntut Ilmu hingga ke liang lahad dan mencari pendapat yang lebih kuat. Dan tidak menjadi satu kesalahan atau dosa malahan pahala andai kita menghadirkan diri dalam majlis Ilmu sebegini.

Hadits tersebut telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw bersabda,”… Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mendapatkan ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga..”


Sunday, November 13, 2011

Khilafah menjaga urusan Haji umat Islam.

Kesatuan Umat di bawah Khilafah.

Tahukah anda;

Khalifah Abdul Hamid II (Khilafah Uthmaniah) telah membuat keputusan mewujudkan landasan keretapi Hijaz (1900) yang menghubungkan Damshiq di Syria dan Madinah sebagai simbol Kesatuan Islam.

Pembiayaan landasan keretapi telah dilunaskan dalam waktu beberapa tahun sahaja dan ia berfungsi sebagai alat yang utama untuk menghubungkan wilayah-wilayah utama di dalam Daulah Islam. Ia juga digunakan sebagai laluan pantas untuk pengangkutan dan menempatkan unit ketenteraan. Selain itu, khusus pembinaan landasan keretapi Hijaz ini adalah untuk memudahkan dan meningkatkan pelayanan Jemaah Haji.

Fakta-fakta penting tentang landasan keretapi Hijaz:

1. Pembinaan landasan keretapi ini atas perintah Khalifah (Sultan Abd Hamid II), yang memerintahkan segenap kaum muslimin untuk melibatkan diri dalam pembangunan suci ini.

2. Pembiayaan yang diperlukan saat itu adalah sebesar 16 juta US dengan nilai dolar saat itu.

3. Selain itu sumbangan dari kaum muslimin, sumbangan datang dari pemerintah, Angkatan bersenjata, tokoh masyarakat serta gabenor Mesir serta pemerintahan Shah di Iran.
4. Pembinaan ini melibatkan 5000 anggota Angkatan Darat serta orang awam.

5. Perancangan awal pembangunan ini sehingga ke Mekkah dan pelabuhan Jeddah, namun kerana berlakunya masalah pembiayaan dan terjadi pertentangan oleh penduduk dari wilayah itu, maka jalur ini hanya berakhir sampai Madinah.

6. Pendapat lain mengatakan bahawa Syarif Hussein, Amir (pemimpin Mekkah) saat itu memandang bahawa landasankereta api ini mengancam kedudukannya di wilayah Hijaz sehingga menolak pembangunan landasan itu sampai ke Mekkah bahkan Jeddah.

Wassalam.




Sunday, November 6, 2011

Pas Sokong Bersih bukan Amiga?Soalnya idea asas Ambiga?

Assalamualaikum,

Sekali lagi Pas digegarkan dengan perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan oleh Ambiga. Ambiga juga telah mengetuai perhimpunan Bersih 2.0 tidak lama lalu.Pas mengakui menerusi media cetak Harakah bahawa mereka hanya menyokong Bersih 2.0 dan bukannya susuk tubuh Ambiga.

Tapi Nizhomul Islam ingin mencetus sedikit persoalan biarpun Pas mengakui tidak menyokong Ambiga tapi daripada kedua-dua acara Bersih 2.0 dan Perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011 hasil daripada sistem demokrasi yang meraka percayai.

Perhimpunan seksualiti Merdeka 2011 hasil daripada elemen demokrasi yakni kebebesan bertingkah laku dan kebebesan bersuara. Manakala Perhimpunan Bersih 2.0 juga bersandarkan daripada hak bersuara untuk menyucikan demokrasi yang diibarat ingin menyucikan "anjing"yang sedia haram.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 4, 2011

PAS mengajak Hizbut Tahrir mengundi dalamnya dalam pilihanraya yang datang?

Selamat Hari Raya Haji buat teman-teman,

http://www.youtube.com/watch?v=rfP_WagC93c&feature=youtube_gdata_player

Terdetik dihati apabila Tn Guru Hadi Awang mengajak Hizb untuk mengundinya pada pilihanraya akan datang dan disambut dengan laungan Takbir. Jelas sekali mereka masih belum sedar akan pendirian perjuangan penegakan KHILAFAH menuruj manhaj kenabian dan bukannya menurut sistem demokrasi yang dipraktikkan hari ini.

Sistem demokrasi yang meletakkan keagungan Al-Quran dan As-Sunnah disisi, dipaksa untuk kompromi dalam melaksanakan hukum-hukum kufur bahkan jauh dari Islam. Dikatakan perjuangan Hizb perjuangan yang tidak mengikut realiti atau tidak realistik.Biarlah apa pun yang dikatakan namun secara jujur perjuangan yang sebenar pasti mendapat ganjaran yang besar dari Allah swt.

Kehadiran umat yang ramai dalam Konferens Negara Islam anjuran Hizb membuktikan umat mula mencari solusi baru dalam kekalutan jemaah yang tidak berprinsip dalam menegakkan Islam. Moga kita semua jemaah bersama menegakkan Khilafah bukan dengan Jalan Demokrasi.

Google+ Followers