Monday, January 16, 2012

Waspada di Masjid KLCC- kes kecurian kasut.

Assalamualaikum, 

Di sini sy nak share serba sedikit berkenaan dengan kes kecurian kasut / selipar di Masjid As-Syakirin pintu hadapan. Pada satu masa ketika sy bersolat Zuhur dan Asar, terdapat hampir 4 kes kecurian selipar/ kasut di Masjid KLCC ini.  



Jadi sy nasihatkan agar rakan-rakan yg bersolat di sana agar menjaga dengan baik kasut/ selipar anda agar tidak hilang. 1. Simpan kasut di tempat yang disediakan di rak-rak di dalam masjid KLCC. 2. Masukkan kasut/selipar anda di dalam plastik dan bawa bersama ke dewan solat anda. Moga serba sedikit sharing ini akan menjadi iktibar buat rakan-rakan di luar sana. 

Terima Kasih. 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tenaga Elektrik dan Gas Asli dijual belikan!

Salam, 

Kali ini saya nak berkomentar serba sedikit berkenaan isu tenaga yang menjadi topik perbincangan semasa. Nak tak nak kita sebagai pengguna akan terkesan dengan apa-apa jua keputusan. Bagi yang bekerja dalam bidang oil and gas dan juga syarikat seperti TNB mesti mengikuti peristiwa demi peristiwa berkenaan isu tenaga ini.

 

Sudah menjadi kemestiaan dalam sistem kapitalis, manfaat dijadikan tolok ukur bagi tindakan/decision pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju sesebuah syarikat. Mereka tidak langsung meletakkan pandangan syarak sebagai sumber @ rujukan dalam mendefinasikan kebolehan perbuatan mereka menentukan hala tuju syarikat.

 
Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat. Maka, kalian perlu meletakkan permasalahan ini dalam kerangka pemikiran Islam dalam menyelesaikannya. Janganlah kita terperangkap dengan cara berfikir kapitalis yang amat dhaif sekali dalam memberikan penyelesaian. 

Isu ini akan memberi kesan kepada seluruh rakyat dari setiap lapisan masyarakat sebab tenaga elektrik adalah keperluan harian kita. Setiap hari kita perlukan elektrik untuk mengecas bateri, lampu rumah, kipas, dan pelbagai lagi keperluan. Bagi pengeluar atau peniaga kenaikan takrif akan meletakkan keperluan mereka untuk menaikkan harga barang keperluan harian bahkan kedai makanan jua akan terkesan. 

Injlah natijahnya daripada sistem kapitalis yang langsung tidak memberi penyelesaian utuh malahan menyusahkan lagi umat manusia. Saya yakin bagi yang bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut akan mempertahankan atau mengiyakan tindakan pihak pengurusan mereka dan sedarlah tidak kalian sesuatu yg HARAM disisi Islam. 

Tentukanlah perbuatan baik dan buruk kalian berpandukan hukum syarak yang diturunkan oleh Allah SWT. "Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu". (Al-Baqarah: ayat 216 ) Moga kita diberikan kekuatan untuk menjadi insan yang senantiasa menjadi syarak sebagai sandaran. 

Wassalam.
ISKANDAR MUSA 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 5, 2012

Sistem yang rosak melahirkan individu yang rosak akhlaknya.

Assalamualaikum, Setiap hari kita dipaparkan kisah-kisah runtuhnya akhlak umat Islam hari ini. Dari yang muda sehinggalah yang tua, dari yang rendah ilmu kepada golongan yang dikatakan genius, dari yg miskin hinggalah yang kaya. Namun hakikat yang kita dapat sangkal dari kesemua taraf kehidupan manusia hari ini adalah kita diatur dibawah sistem demokrasi kapitalis yang sememangnya tidak mampu memberi kesejahteraan kepada manusia. Ianya satu ideologi yabg dicipta oleh manusia dan masakan ia mampu untuk mengurusi manusia dengan sebaiknya. Biarpun begitu, bukanlah sesuatu yang sudah berlalu bagi kita untuk merasai nikmat dibawah daulah Islam dan sewajibnya kota berusaha semampu mungkin untuk turut sama mendirikan daulah Islam. Mulakanlah langkahmu dari sekarang. Wassalam. - Posted using BlogPress from my iPhone

Google+ Followers