Saturday, April 12, 2014

Ekspedisi Mulu Pinnacles 2014

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin berkongsi entri tentang perjalanan saya ke Mulu. Trip kali ini adalah adventure ke Mulu selama 4 hari 3 malam. Kami bertolak ke sana dengan menggunakan flight Mas Wing jam 9.20 pagi. Alhamdulillah flight kami adalah on-time dh sampai Mulu seperti yang dijangka.

Namun setelah sampai di headquarter Mulu kami terus mendaftar untuk meneruskan pendakian yang sepatutnya bermula pada jam 11 malam.

Sedikit dukacita kerana pendakian kami pada hari pertama terpaksa dibantalkan kerana hari sebelumnya hujan sangat lebat sehinggakan route ke Camp 5 banjir dan amat bahaya untuk sebarang pendakian.

Setelah diberi penerangan oleh kakitangan Mulu park,kami diatur untuk memulakan pendakian ke Mulu pada keesokkan harinya. Sebaliknya untuk hari ini kami diaturkan untuk pegi ke Deer Cave dan Lang Cave. Lang Cave dinamakan sempena nama orang lokal yang pertama sekali menemui gua tersebut yang bernama Lang.

Seterusnya kami pergi ke Deer Cave,gua ini merupakan gua yang terbesar di Mulu dan merupakan gua yang merupakan koloni kelawar yang terbesar di Mulu. Perjalanan ke gua ini memerlukan masa sekitar 2.5 jam sehala, dan dua hala sekitar 2 jam. Untuk menerokai kedua-dua gua memakan masa sekitar 1.5 jam.

Antara tarikan Deer Cave adalah wajah Abraham Lincoln di pintu masuk Deer Cave. Selain itu setelah selesai menerokai gua ini, kami akan berkumpul dipintu luar utama gua untuk menyaksikan koloni kelawar keluar untuk mencari makanan. Penantian kami memakan masa hampir sejam dan sekitar 6.15pm kelawar-kelawar mula keluar daripada Deer Cave, apa yang dapat disaksikan kelawar-kelawar keluar dalam bertahap-tahap.

Pemerhatian kelawar ini amat mengujakan walaupun di kampung saya biasa untuk melihat kelawar. Disebabkan koloni kelawar ini teramat banyak,makanya apabila ia keluar daripad Deer Cave, pelbagai formasi dapat diperhatikan dari segi seolah-olah seperti bulatan, tornado dan pertunjukan kapalterbang yang saling bersilang.

Bagi yang ingin ke Mulu, jangan dilepaskan untuk melihat ribuan kelawar yang keluar daripada gua tersebut. Setelah selesai melihat kelawar-kelawar yang keluar daripada gua, kami meneruskan perjalanan pulang ke headquater dan ke penginapan kami di luar kawasan Mulu Park. Charge semalam untuk hostel jenis dorm di Mulu RM 35/semalam seorang dan sharing katil sekitar untuk 30 orang dal am satu dorm.

Keesokan harinya kami meneruskan trip ke Camp 5, bagi trip ini kami perlu pergi ke Clear Water Cave ,Wind Cave dan Young lady cave. Young lady cave dinamakan sempena satu bentuk batuan yang seakan-akan wanita yang sedang sembahnyang. Untuk clear water cave kerana ada terusan air yang mengalir didalam gua tersebut. Dan terakhir Wind Cave, kerana ada laluan angin yang bertembung dan membentuk bentuk-bentuk batuan di dalam gua tersebut.

Namun ketiga-tiga gua ini kami perlu sedikit mendaki dengan menggunakan anak tangga yanf disediakan. Alhamdulillah sekitar 2 jam kami selesai melihat keunikan gua-gua tersebut. Kita harus melihat dalam konteks kekuasaan Allah swt yang menciptakan setiap benda, betapa uniknya malahan bentuk daripada gua itu adalah hasil jutaan tahun perubahan dan bukan terbentuk dalam tempoh yang sekejap.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Camp 5, boat yang kami naiki membawa kami ke Kuala Litut,di mana disitu kami perlu berjalan sejauh 8 km menuju ke Camp 5. Alhamdulillah perjalanan kami ke Camp 5 mengambil masa sekitar 2 jam melalui non-stop walking, dan kami merupakan group yang pertama sampai ke Camp 5. Disini terdapat 5 dorm dan kami diberikan dorm 5. Selain itu konsep disini adalah kami perlu menyediakan masakan sendiri dengan membawa makanan dari Mulu, namun kami telah membeli sebahagian bahan mentah dari Miri.

Di Camp 5 juga terdapat sungai dan anda dibenarkan untuk mandi-manda di sungai tersebut. Amat nikmat setelah 2 jam berjalan dan dapat berendam dalam air sungai yang sejuk. Setelah selesai mandi,kami menyambung penyediaan makan malam. Menu kami cukup sahaja,nasi impit, sardine dan telur untuk menghilangkan kelaparan sepanjang sehariam tidak menjamah nasi. Malam kami ada briefing untuk pendakian esok,yang dijelaskan tentang check points dalam pendakina;

1. Mini Pinnacle sekitar 1 jam pendakian dari Camp 5.
2. Half way point dalam 45 min dari mini Pinnacle.
3. First ladder sekitar 1 jam dari half way point.
4. Sampai ke puncak sekitar 1 jam 15 min.

Total masa pendakian bermula dari jam 6.30pagi dan sampai ke puncak jam 10.30pagi. Mulu Pinnacle amatlah mengujakan dan betapa besarnya kekuasaan Allah dalam menciptakan bantuan yang demikian, tiada kepuasan yang dapat diucapkan saat saya melangkah ke puncak sambil menikmati keindahan Mulu Pinnacle. Kami dibenarkan untuk berada di puncak selama 30 min sahaja dan selesai jam 11 pagi kami memulakan pendakian turun.

Cabaran pendakian turun pastinya apabila kami perlu merentas laluan batuan yang agak licin disebabkan kami turun dalam keadaan hujan renyai, memang agak bahaya kerana laluan bantuan yang licin dan memerlukan konsentrasi yang amat tinggi. Disini kekuatan kaki amatlah penting dalam memastikan anda turun dengan selamat dan tanpa sebarang kecedaraan. Tahap yang bahaya adalah sepanjang ladder, dan setelah ladder yang terakhir pendakian turun lebih mudah dan namun tetap perlu berhati-hati kerana batuan yang ada amat tajam dan berbahaya. Adakala perlu duduk dan mendaki turun sambil mengadap bukit.

Akhirnya kami sampai di Camp 5 dalam jam 3.15pm, perjalanan turun juga memakan masa 4 jam lebih dari 11 pagi.

Setelah sampai di Camp 5, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah berendam di sungai, dan ia amatlah melegakan setelah dapat merendamkan badan dan kaki. Baju dan seluar terus rendam bersama bagi menghilangkan kotoran di seluar dan baju, selain menghilangkan bauan peluh yang boleh memberi tarikan kepada lebah.

Selesai mandi dan bersiap, kini membuat persiapan bagi perjalanan pulang esok. Kami dijangkan akan bertolak dari Camp 5 pada jam 4 pagi, ini bagi memastikan kami sampai di Kuala Litut paling lewat jam 7 pagi. Boatmen telah dimaklumkan agar berada di Kuala Litut pada jam 7 pagi. Insyallah perjalanan itu mendapat keselamatan dari Allah swt.

Alhamdulillah kami berjaya sampai di Mulu National Park pada jam 8.00pgi dan bersiap-siap bersiap-siap untuk mengejar flight 10.20pagi. Kami bersarapan di National Park Mulu dan seterusnya bergerak ke Airport Mulu.

Perjalanan ke Miri Pinnacles berjaya untuk tahun 2014. Moga akan dapat hadir lagi disini bagi menikmati keindahan Allah swt ini.

Untuk sahabat-sahabat ynag ingin pergi ke Mulu boleh layari webpage perlancongan untuk Borneo di http://www.borneonaturetours.com/www/default.aspx.

Wassalam.

Kempen April 2014-TOLAK OBAMA datang Malaysia


KONFERENS MUSLIMAH: Selamatkan Wanita dan Anak-anak Dengan Syariah dan Khilafah Jemputan Ke

Jemputan Ke 
KONFERENS MUSLIMAH
Selamatkan Wanita dan Anak-anak Dengan Syariah dan Khilafah

Tarikh
: 4 Mei 2014 (AHAD)
Masa: 8.30 pagi - 1.00 ptg
Tempat: Kuala Lumpur International Hotel
Lorong Haji Hussein
Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur


Semua Dijemput Hadir (Muslimah Sahaja)
Masuk Adalah Percuma!


Google+ Followers