Tuesday, September 30, 2014

Pejalan Haji Part 8- Perihal Jumaat 1435H dan Haji

Assalamualaikum,

Apabila kita membicarakan hari Jumaat, seluruh umat Islam akan mengatakan akan keberkatan hari tersebut malahan dinyatakan oleh Allah s.w.t tidak akan berlaku Hari Kiamat itu melainkan pada hari Jumaat. Dan banyak lagi ayat Al-Quran mahupun hadis yang membicarakan tentang hari Jumaat dan keistimewaanya.

"Dan tidak akan terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat," (HR Muslim).

Penginapan penulis bersama-sama jemaah Haji yang lain di Land Premium Hotel, Makkah Al-Mukarramah.

Sunday, September 28, 2014

Pejalan Haji Part 7- Kisah Ziarah Makkah dan Hudaibiyyah Edisi 1

Assalamualaikum,

Sepanjang saya berada di tanah suci Makkah, saya telah menyertai 2 rombongan ziarah yang diaturkan oleh muasasah Maktab 89. Tujuan daripada ziarah pertama untuk melihat beberapa tempat peristiwa penting yang telah berlaku sepanjang penyebaran Islam dan dakwah Rasulullah s.a.w dan sahabat di tanah suci ini.  Kita yang menyertai ziarah itu bukan sahaja merenung dari perspektif sejarah, tapi sebaliknya kita melihat dari perspektif yang lebih besar yakni politic struggle yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam menyebarkan Islam kepada kaum kafir Quraisy ketika itu. Dari ziarah itu seterusnya, saya mula menilai sejauh mana usaha dan tindakan yang telah saya lakukan dalam dakwah Islam ? Apakah yang telah saya lakukan sepanjang hayat saya ini untuk Islam ? Berapa ramaikan orang yang telah saya berjaya tarik untuk memeluk Islam. Syurga Allah itu amat mahal sekali nilainya, adakah dengan amalan saya yang tidak seberapa ini, saya telah mengharapkan balasan syurga dari Allah s.w.t. 

Ziarah Makkah Al-Mukarramah

Dalam ziarah ini, kami melawat beberapa tempat penting di sekitar Makkah, dan diantaranya seperti senarai berikut;

1. Jabal Rahmah
2. Jabal Thur
3. Masjid Ja'ranah  (Miqat Makani)

Antara destinasi persinggahan dalam ziarah Makkah, berniat umrah di Miqat (Masjid Ja'ranah). Umrah sunat pertama yang dilakukan selepas yang pertama dilakukan dengan berniat di Qarnul Manazil.

Friday, September 26, 2014

Pejalan Haji Part 6- Perkakasan Elektrik dan Dobi

Assalamualaikum,

Bagi yang bakal menunaikan ibadah umrah dan haji, saya pasti anda akan membawa barangan elektronik seperti jam telefon (HP) dan juga kamera. Oleh yang demikian anda juga akan mengecas bateri-bateri barangan elektronik tersebut bukan? Oleh itu di antara barangan yang boleh dibawa seperti di bawah;

1. Extension cable untuk plug ( untuk 2 plug min) 
2. Plug kepala bulat untuk type Saudi ( gambar akan di kongsikan)
3. Charger HP dan kamera 
4. Powerbank

Extension Cable yang boleh dibawa dari Malaysia.

Tuesday, September 23, 2014

Pejalan Haji Part 5- Kisah Sepatu dan Hajarul Aswad (Batu Hitam)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya diberikan keizinan oleh-Nya untuk di tanah suci Makkah Al-Mukaramah. Betapa saya bersyukur kepada Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini, Alhamdulillah. Entri Part 5, saya ini berkongsi bagaimana keadaan di Masjidil Haram yang sepatu menjadikan asset terpenting buat setiap jemaah. Biarpun rak-rak telah disediakan di setiap pintu masuk malahan di kawasan solat juga terdapat rak-rak kasut. Namun tetap sahaja setia jemaah akan membawa sepatu masing- masing bersama ketika solat.

Berkesempatan bersolat di saf yang ke-5 daripada depan. Dapat dilihat tempat imam adalah dihadapan yang terdapat mic warna emas. Ketika ini menanti solat Maqrib.

FUNGSI & PERANAN PARTI POLITIK DALAM ISLAM

Sunday, September 21, 2014

Pejalan Haji Part 4- Imam Masjidil Haram 2014 dan Saf Hadapan

Assalamualaikum,


         Enteri kali ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan imam yang mengimani solat 5 waktu di Masjidil Haram, Makkah. Dalam masa-masa tertentu imamnya adalah berbeza untuk setiap waktu. Namun di antara imam-imam tersebut yang saya amat teruja dengan bacaan dan suara yang lunak adalah yang mengimani solat Maqrib. Mana tidaknya, bila imam itu mengimani kami, saya merasakan andai bacaan lagi panjang lagi best. 
Sheikh Bandar Daleelah
(Current Imam and appointed in 2013)

Saturday, September 20, 2014

Kematian Yang Pasti dan Sakitnya

Kematian Yang Pasti dan Sakitnya❗
==========================

Sediakah kita dalam menghadapi sakitnya saat nyawa ditarik oleh Allah swt? Moga hadis dibawah dapat memberi kita gambaran kematian yang pasti dan tiada siapa dapat lari darinya.

Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” 

(HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang terlekat ?” (HR Bukhari)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".

(al-Qur'an [33]:16)

Dari Makkah Al-Mukaramah Day 8

Pejalan Haji Part 3- Pengalaman Pertama Umrah Yang Mengujakan ( Tawaf dan Saie)

Assalamualaikum,

Barangkali anda diantara pembaca yang pernah menunaikan ibadah umrah, namun saya serba sedikit ingin berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki di Masjidil Haram. Mana tidaknya, niat untuk mengerjakan umrah memang telah disematkan di dalam hati beberapa kali namun tidak sebabkan hal-hal yang tertentu, hajat tersebut tidak dapat di sempurnakan. Namun, berkat doa dan keinginan yang ada itu, Allah Maha Mendengar insannya yang meminta. Akhirnya Allah memberikan kad jemputan yang lebih besar yakni sebagai Tetamu Allah untuk mengerjakan Haji pada Tahun 1435H / 2014. Ini merupakan satu rahmat yang amat tidak terhingga akan saya dapat gambarkan, seperti tidak percaya mendapat panggilan untuk menunaikan Haji. 

Jemaah Malaysia bergerak dalam satu rombongan menuju ke Masjid Haram. Sepanduk menunjukkan no maktab 89 dipegang oleh 2 pekerja. Jemaah diingatkan untuk sentiasa berada dalam kumpulan dan tidak berpecah.

Wednesday, September 17, 2014

Kesyukuran kepada Allah Swt.

Kecukupan dan Kesyukuran
======================

✅Pernahkah atau kerapkah kita melakukan sujud syukur tatkala menerima berita baik atau mendapat sesuatu yang baik contohnya mendapat zuriat , disembuhkan dari sakit, dihindarkan dari malapetaka,& sebagainya.

✅Nikmat Allah pada kita sangat luas &tidak terhingga banyaknya. Maka tingkatkanlah tanda kesyukuran kpd Allah. Jangan hanya berdoa kpd Allah tatkala susah tapi bila beroleh kesenangan, lupa akan Allah.

--------------------------------

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Ibrāhīm[14]:7

Dari Makkah Al-Mukaramah Day 6

Pejalan Haji Part 2- Niat Umrah dan ketibaan di hotel Land Premium.

Assalamualaikum,

Saya pasti mana-mana penganut agama Islam, ketibaan dan berada di hadapan kaabah pasti satu cita-cita yang ada di dalam hati mereka. Cuma dalam soal kemampuan yang kadang-kadang menyebabkan ada dikalangan umat Islam yang tidak dapat ke tanah suci Makkah. Namun demikian bukanlah menjadi satu penghalang atau alasan untuk kita tidak ke tanah Haram. Cuba kita bayangkan berapa duit atau gaji kita yang telah kita laburkan untuk pakej-pakej pelancongan yang lain seperti pergi ke Indonesia, pusing-pusing Malaysia, Europe dan pelbagai lagi. 

Namun adakah kita dah keluarkan duit kita untuk menjadi simpanan supaya kita dapat menunaikan umrah? Tepuk dada tanya iman. Sejauh mana usaha kita untuk mengerjakan ibadah umrah dan seterusnya berusaha untuk menunaikan ibadah Haji. Untuk Haji kita perlu mendaftar dengan tabung Haji dan minimum untuk daftar Haji adalah RM 1300. Dari situ kita akan diberikan tahun kita dijangka akan menunaikan haji.

Ketibaan di Jeddah MH 8046 adalah pada jam 8.10 mlm waktu tempatan. Ketibaan kami dikatakan awal dari jadual asal. Perjalanan kami memang agak lancar, bermula dari check in di Kelana Jaya dan seterusnya check in di Airport KLIA. Semua proses agak lancar, tidak sebarang gangguan atau kelewatan. Dan kami berlepas dari lapangan terbang KLIA seperti yang dijadualkan. Alhamdulillah untuk semua ahli jemaah haji KT-37.

Gambar jemaah haji dihantar dengan menggunakan bus Plusliner. Semua bas diiringi oleh Polis Diraja Malaysia.

Pejalan Haji Part 1- Penerbangan dan Ketibaan di Tanah Haram

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk saya mengakses internet melalui talian telefon Mobily. Antara syarikat telekomunikasi yang terkenal di kalangan jemaah haji Malaysia tahun ini. Ini kerana kemudahan yang diberikan termasuk free calls semasa musim Haji ini . Penerbangan saya dari Malaysia pada 11 September 2014, tarikh ini penuh bermakna buat saya kerana bakal menjejakkan kaki ke Tanah Haram, Holy Land bagi umat Islam seluruh dunia, tempat di mana turunnya Al-Quran dan tanah kelahiran Rasulullah junjungan kita SAW. Moga perjalanan ini diberkati oleh Allah swt. Penerbangan saya MH 8046, dari Malaysia dijadualkan pada 4.15 ptg dari KLIA dan menuju ke tanah lapangan terbang Jeddah.

Untuk jemaah haji sekalian, setiap dari jemaah akan dibenarkan untuk membawa beg besar dan beg kecil yang akan dibawa ke dalam kabin pesawat. Yang istimewa jemaah haji yang diuruskan oleh TH, kita akan check ini di Kelana Jaya dan tidak seperti penerbangan lain yang kita pernah naik perlu melalui KLIA counter. Beg besar yang akan dimasukkan ke dalam pesawat juga diuruskan 100% oleh pihak MAS dan TH, jadi jemaah tak perlu untuk bawa beg besar dan mengusung sebaliknya semua diuruskan oleh pihak TH. Bagi pak cik dan mak cik yang dah berusia memanglah amat memerlukan agar mereka tidak kepenatan untuk mengusung beg yang masing melebihi 30 kg setiap orang. 

Gambar ahli keluarga yang bersama-sama menghantar ke Tabung Haji Kelana Jaya. Anak saya Waqi (baju belang merah) dan Falah( didukung ibunya) juga berada di dalam gambar.

Tuesday, September 16, 2014

Perbandingan Kafir dan Beriman

Perbandingan Kafir dan Beriman
=======================

Penekanan Allah swt terhadap ciri-ciri orang Kafir dan Beriman. Ciri orang kafir itu buta serta pekak, manakala beriman itu celik dan mendengar. Moga kita diberi hati yang bersih untuk menerima Islam dan bukan insan yang pekak dan buta biarpun telah diberi peringatan oleh Allah swt dan Rasulullah.

------------------------------------------------------------------------------

Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?

(Hūd[11]:24)

Makkah Al-Mukaramah Day 5

Sunday, September 14, 2014

Tetamu Allah tahun 1435H/2014

Asslamualaikum,

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kursus Haji Perdana 2014 di ADTECH Taiping, Perak. Kursus ini dianjurkan setiap tahun untuk para Haji yang telah pasti untuk menunaikan haji pada tahu tersebut. Jadi disini saya ingin sharing beberapa peralatan yang perlu dibawah oleh jemaah lelaki, pada saya pakaian yang minima sudah cukup dan tidak terlalu banyak sebagaimana yang telah saya alami;

1. 1 set baju ihram
2. 1 set baju biasa ( baju melayu atau baju santai)
3. Tikar satu untuk lapik tidur
4. Alatan mandi ( cukup sabun dan ubat gigi)
5. Seluar dalam -2 helai
6. Ubatan
7. Batu untuk melontar 70 biji
8. Buku rujukan haji- satu buku

Barangan lain seperti bantal, selimu, pakaian melebihi sehelai adalah tidak perlu. Barangan di atas sudah mencukupi sahaja satu beg kecil untuk diisi. Bagi saya yang datang dari Ipoh terus memakai pakaian ihram.

Haji Tamatu' ( Umrah Tawaf, Saie, dan bercukur/memotong rambut)

Pembahagian kumpulan dari daerah-daerah Perak dibahagikan dalam bentuk Maktab 51, 52 and 53. Daerah-daerah dari perak seperti Ipoh, Bagan Serai, Taiping, Kuala Kangsar, Bota, dan Gerik. Tempat penginapan untuk semalam adalah seperti gambar diatas yang mana lapiknya hanya canvas putih dan biru. Maka untuk yang datang bolehlah bawa alas untuk tidur.

Sepanjang hari pertama pakaian yang dipakai hanyalah baju ihram dan aktiviti penuh sehingga petang. Masa untuk mandi dan ke tandas perlulah diuruskan sepenuhnya, memandangkan kehadiran yang lebih 1000 orang, maka tandas agak ramai dan memungkinkan hanya mandi-mandi ayam sahaja. Aktiviti hari pertama;

1. Aktiviti ibadah umrah bagi Haji Tamatu'. Yakni niat ihram umrah di miqat dan seterusnya menunaikan tawaf dan saie, dan bergunting.

Aktiviti ibadah hari pertama tamat pada jam 6.30petang. Dan seterusnya makan malam dan bersiap-siap untuk solat maqrib berjemaah di dewan besar Adtech. Kepenatan baru sahaja aktiviti saei dan tawaf yang sedikit dan jarak saie itu pun hanya 1/4 daripada jarak sebenar di tanah haram kelak. Moga insan ini dan rakan yang akan menjadi tetamu Allah tahun ini diberikan kesihatan agar dapat menempuh dan melaksanakan haji ini.

Selepas solat maqrib, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan surah yasin mendoakan agar semua para jemaah diberikan kesihatan dan kekuatan sehingga tarikh penerbangan. Setelah selesai solat Isyak, majlis diteruskan dengan majlis perasmian ibadah Haji Akhbar 2014 oleh YB yang bertanggungjawab dalam menjaga uruasan keagamaan di Perak. Alhamdulillah majlis selesai sekitar 11.45 malam.

Aktiviti ibadah praktikal diteruskan dengan wukuf di Arafah, mabit di muzdalifah dan melontar jamrah kubra untuk tahalul thani. Dan melontar jamrah untuk hari tasyrik yang pertama 11 Zulhijjah.

Mabit di Muzdalifah dan Melontar jamrah kubra.

Aktiviti wukuf di Arafah disyararkan seperti didalam dewan Adtech, khutbah Arafah disampaikan oleh Ust yang ditugaskan dan seterusnya dicerikan bahawa khutbah kedua di Arafah kelak serentak dengan Adhan kedua. Setelah tamat khutbah, maktab yang dilepaskan dahulu adalah MK-52, diikuti MK-53 dan yang terakhir MK-51. Jemaah bergerak ke muzdalifah untuk bermabit biarpun sementara untuk solat tahajjud, taubat, dan mengutip batu untuk melontar.

Untuk hari yang pertama 10 Zulhijjah, 7 anak batu untuk mendapatkan tahalul Thani setelah melontar jamrah Kubra, jemaah akan bercukur untuk mendapatkan tahalul Thani dan bebas sebahagian daripada 13 larangan ihram Haji melainkan yang berkaitan dengan hubungan sesama lelaki dan perempuan.

Oleh yang demikian, jemaah bolehlah bercukur di Mina kelak setelah melontar jamrah Kubra. Dan untuk hari-hari tasyrik kelak hanya berpakaian biasa untuk melontar pada 11,12,13 Zulhijjah untuk jamrah sugra, wusta dan kubra. (63 biji anak batu).

Bagi lelaki disyaratkan agar melontar menampakkan ketiak yakni isyarat benar-benar seperti melontar dan bagi wanita tidak boleh bukak ketiak, kena sedikit mengepit. Alhamdulillah selesai aktiviti untuk malam itu dan jemaah dibenarkan pulang ke maktab-maktab masing untuk minum malam dan berehat. Malam itu saya setelah selesai minum malam terus melelapkan mata dengan pakaian ihram walhal boleh sahaja terus untuk menukarkan pakaian, tapi cuma mahu merasakan berpakaian ihram kelak sebagaimana di Muzdalifah ketika diawal pagi.

Hari kedua dan terakhir kursus Perdana

Alhamdulillah, masing-masing  bangun awai sekitar 3.30pagi untuk bersiap-siap solat tahajjud dan solat subuh. Perkara pertama adalah untuk berebut bilik air kerana andai lewat pasti beratur panjang untuk tunggu turn ke bilik air. Alhamdulillah pagi itu Allah memudahkan urusan mandi memandangkan masih tidak ramai orang. Setelah bersiap-siap dengan pakaian biasa, saya berehat dan melelapkan mata bagi menunggu waktu sekitar jamw 5pagi baru bergerak ke dewan besar.

Solat subuh berjemaah dengan seluruh ahli jemaah kursus Perdana tahun ini. Setelah solat subuh kami meneruskan ibadah praktikal yang berikutnya untuk melontar jamrah hari tasyrik 12 dan 13 sebanyak 42 biji anak batu. Diikuti dengan tawaf haji sebanyak 7 kali dan diikuti dengan saie haji dari Safa ke Marwah 7 kali.

Memandangkan jemaah-jemaah masih belum sarapan, pastinya agar mencabar bagi melakukan aktiviti tersebut. Alhamdulillah semua jemaah berjaya menyempurnakan aktiviti praktikal tersebut. Safa dan marwah diajar agar semua jemaah agar berlari-lari anak bile mendekati lampu hijau.

Selain saie kami terus bertahalul. Tapi aktiviti hari ini kami memang dah pakai pakaian biasa sebab tahalul awal lepas lontar jamrah Aqabah. Jadi baki melontar hanya berpakaian biasa, tawaf dan saie.

Selesai program tersebut sebelum Zuhur, jemaah2 makan tengahari dan sedia untuk pulang ke daerah masing-masing. Untuk kami pulang ke Ipoh. Alhamdulillah selesai kursus Akhbar Haji 2014 peringkat negeri Perak. Sekarang bersedia untuk ke Makkah Al-Mukaramah, insyallah diberi peluang dan kesihatan. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Abu Falah 2014.

Mengenali Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar

JEMPUTAN KE: KULIAH UMUM

Tajuk: "Mengenali Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar"

Penyampai: Ustaz Abdul Hakim Othman (Jurucakap HTM)

Tarikh: 17/9/2014 (Rabu)

Masa: 9.00 malam - 11.00 malam

Tempat: Khilafah Centre,
No. 53A, Jalan Meranti 2C, Bandar Utama Batang Kali, Selangor.

*Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir.
*Jamuan ringan disediakan
*Masuk adalah percuma

Sebarkan. Jazakumullahu khairan.

Janji Allah Itu Pasti❗

Janji Allah Itu Pasti❗
==============

✅Janganlah kita terpedaya dengan keseronokan dunia sehingga melalaikan kita dari mengingati Allah swt. Janji Allah itu pasti!

✅Ayat dibawah menjelaskan akan setiap dari kita akan dihitung amalan kita samada dosa dan pahala samada sedikit atau banyak. Maka teruslah istiqamah di jalan Allah, tinggalkanlah segala larangan-Nya.

✅Moga kita beroleh syurga Firdaus dengan rahmat Allah swt.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun.

Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

(Luqmān[31]:33)

Makkah Al-Mukaramah Day 4

SERANGAN GHAZA: MENYINGKAP 'KEMENANGAN' HAMAS


DISKUSI UMUM

SERANGAN GHAZA: MENYINGKAP 'KEMENANGAN' HAMAS

Oleh: Khairul Effendy
(Aktivis Hizbut Tahrir)

“Berkat kemuliaan Allah, pengorbanan rakyat, dan kegigihan gerakan penentangan, terutama Briged Izzudin Al-Qassam dan gerakan lain, hari ini kita menyatakan kemenangan kita atas kekuatan jahat Israel"

(Sami Abu Zuhri, Jurucakap Hamas, The Malaysian Insider 28/08/14)

Apakah kemenangan hakiki yang perlu diraih oleh umat Islam?

Sejauh manakah solusi-solusi yang dilakukan oleh umat Islam saat ini membuahkan hasil untuk bebas daripada penjajahan zionis Israel?

... dan yang paling penting... Bagaimanakah membuka kembali Palestin daripada penjajahan Zionis Israel sepertimana yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika membuka tanah al-Quds?

Jom hadiri forum diskusi ini.

Tarikh: 18hb September 2014
Hari: Khamis
Masa: 9.00 Malam

Alamat: Khilafah Centre (KL), Taman Sri Rampai, No 32A-1-2, Jalan Megan Setapak 1, Taman Sri Rampai, 53300, Kuala Lumpur.(berdekatan stesyen minyak Petron Sri Rampai & Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah)

Anjuran: Khilafah Centre dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia

Masuk adalah Percuma

Muslimin & Muslimat dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

0192424265 @Amin
(Whatsapp / Wechat / SMS)

Website : www.mykhilafah.com
Facebook : www.fb.com/htm1435
Twitter : https://twitter.com/ht_msia
Youtube : http://www.youtube.com/user/MediumSyiar

*sebar-sebarkan untuk meraih pahala secara PERCUMA.

Saturday, September 13, 2014

ISTIMEWA UNTUK REMAJA... KEM SMART IBADAH: IBADAH DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN

ISTIMEWA UNTUK REMAJA... KEM SMART IBADAH: IBADAH DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN.

Sempena musim cuti sekolah yang baru tiba ini, Khilafah Centre dengan kerjasama Bahrul 'Arifah (Lajnah Dakwah Kampus Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia) dengan berbesar hati menjemput para pelajar Muslimah daripada Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi untuk menyertai program seperti maklumat berikut:

1) Kuala Lumpur

Tarikh: 17-18 September 2014
Masa: 10 pagi (Rabu) - 12 tengahari (Khamis)
Tempat: No. 32A-1-2, Jalan Megan Setapak 1, Taman Megan Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Hubungi: Pn. Sarzliana 0111572205

2) Selangor

Tarikh: 19-20 September 2014
Masa: 5 ptg (Jumaat) - 8 pagi (Sabtu)
Tempat: KHILAFAH CENTRE, 47-1, JALAN 7/7A, SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Hubungi: Cik Raihana 0172334703

Yuran Penyertaan: RM10 sahaja

Ayulah para remaja sekalian, rebut peluang ini!

Thursday, September 11, 2014

PERANG GHAZA: MENYINGKAP KEMENANGAN HAMAS

DISKUSI UMUM

PERANG GHAZA: MENYINGKAP KEMENANGAN HAMAS

Oleh: Khairul Effendy
(Penganalisis Politik Antarabangsa)

"Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 2,016 orang terbunuh dalam peperangan dengan Israel itu, manakala 10,196 orang cedera. (Kosmo, 19/08/14)

“Berkat kemuliaan Allah, pengorbanan rakyat, dan kegigihan gerakan penentangan, terutama Briged Izzudin Al-Qassam dan gerakan lain, hari ini kita menyatakan kemenangan kita atas kekuatan jahat Israel"

(Sami Abu Zuhri, Jurucakap Hamas, The Malaysian Insider 28/08/14)

Apakah kemenangan hakiki yang perlu diraih oleh umat Islam?

Sejauh manakah solusi-solusi yang dilakukan oleh umat Islam saat ini membuahkan hasil untuk bebas daripada penjajahan zionis Israel?

... dan yang paling penting... Bagaimanakah membuka kembali Palestin daripada penjajahan Zionis Israel sepertimana yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika membuka tanah al-Quds?

Jom hadiri forum diskusi ini..

Tarikh: 18hb September 2014
Hari: Khamis
Masa: 9.00 Malam

Alamat: Khilafah Centre (KL), Taman Sri Rampai, No 32A-1-2, Jalan Megan Setapak 1, Taman Sri Rampai, 53300, Kuala Lumpur.(berdekatan stesyen minyak Petron Sri Rampai & Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah)

Anjuran: Khilafah Centre dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia

Masuk adalah Percuma

Muslimin & Muslimat dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

0192424265 @Amin
(Whatsapp / Wechat / SMS)

Website : www.mykhilafah.com
Facebook : www.fb.com/htm1435
Twitter : https://twitter.com/ht_msia
Youtube : http://www.youtube.com/user/MediumSyiar

*sebar-sebarkan untuk meraih pahala secara PERCUMA....

Wednesday, September 10, 2014

Sakaratul Maut

Sakaratul Maut
============

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”.

(Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).


هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ طِينٍ ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِنْدَهُ ۖ ثُمَّ أَنْتُمْ تَمْتَرُونَ

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).

Al-'An`ām 6:2

Monday, September 8, 2014

Riak dalam Bersedekah

Riak dalam Bersedekah
==================

✔Barangkali kita adalah mereka yang rajin untuk bersedekah utk membantu org yg susah atau ditimpa bencana.

✔Tambahan dlm beberapa minggu ini byk sekali kutipan derma dilakukan utk Gaza Palestin yang ditimpa kesusahan akibat kekejaman Israel Yahudi.

✔Namun peringatan buat kita semua sebagaimana ayat dibawah, agar sedekah dan amalan baik kita itu diterima oleh Allah swt dan mendapat redho-Nya.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).

(Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

(Al-Baqaraħ[2]:264)

Banner Facebook sempena Kempen Kibarkan Bendera Rasulullah

Assalamualaikum,
 
Berikut merupakan banner yang boleh diupload di facebook teman-teman sekalian. Sama-sama kita berkempen bagi memberi penjelasan kepada umat Islam tentang bendera yang digunakan oleh Rasulullah saw. Sejauh mana kefahaman umat Islam tentang Al-Liwa' dan Ar-Rayah? Barangkali umat lebih memahami asal usul bendera Malaysia atau Jalur Gemilang.... Tapi apakah kita memahami sejarah Al-Liwa' dan Ar-Rayah..ayuh temn

 

Friday, September 5, 2014

GAZA BERDARAH DAN BERDARAH KEMBALI..SAMPAI BILA ???

 
Gambar-gambar sepanjang program yang telah diadakan;
 
Program tersebut telah diadakan di Surau Nur Khalid yang mengetengahkan 1 moderator dan 2 orang speaker.
 

 
 
GAZA BERDARAH DAN BERDARAH KEMBALI..
SAMPAI BILA ???
 
Siapakah yang kita harapkan utk menyelamatkan nyawa muslimin di Palestin?
Apakah resolusi PBB menjadi penyelamat mereka selama-lamanya?
Tidakkah kita berkehendak untuk mencari penyelesaian yang tuntas dan menyeluruh mengikut pandangan Islam?
 
*Forum Anjuran Khilafah Centre dan Hizbut Tahrir*
Tempat: Surau Nur Khalid, Kg.Merbau Indah Sungai Buloh.
Tarikh: 6hb September 2014 (Hari Sabtu).
Masa: 9.00 mlm - 11.00 mlm.
 
Ahli Panel:
1.Ust Abdul Hakim Othman.
2.Ust Omar Hussein.
Moderator: Sdr Razi Salleh.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.. Datanglah beramai-ramai..
Pameran Peradaban Islam dan Kempen Kenali Bendera Rasulullah SAW juga diadakan..

Thursday, September 4, 2014

MENGAPA DEKLARASI KHILAFAH OLEH ISIS TIDAK ABSAH MENURUT SYARAK?

DISKUSI UMUM

MENGAPA DEKLARASI KHILAFAH OLEH ISIS TIDAK ABSAH MENURUT SYARAK?

Oleh: ABU SULAYMAN PAHSHA
(Pensyarah Matrikulasi UIAM)ߔ

Mengapa tidak absah❔

✔ Itulah persoalan besar yang muncul ketika Hizbut Tahrir menyatakan pendiriannya tentang deklarasi Khilafah oleh ISIS.

✔ Tidak ada jawapan lain melainkan anda perlu hadir ke forum diskusi ini, bagi mendapat kupasan yang lebih terperinci.

✔ Semoga dengan forum ini, dapat menjawab segala kekeliruan tentang isu-isu yang berkaitan tentang Baiah, Khalifah & Khilafah secara terperinci.

Jom hadiri forum diskusi ini...

Tarikh: 11hb September 2014
Masa: 9.00 Malam
Hari: Khamis

Alamat: Khilafah Centre (KL), Taman Sri Rampai, No 32A-1-2, Jalan Megan Setapak 1, Taman Sri Rampai, 53300, Kuala Lumpur.(berdekatan stesyen minyak Petron Sri Rampai & Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah)

Anjuran: Khilafah Centre dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia

Masuk adalah Percumaߔ

Muslimin & Muslimat dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Sdr. Muhammad Amin, 0192424265 (Whatsapp / Wechat /FB)

Website : www.mykhilafah.com
Facebook : www.fb.com/htm1435
Twitter : https://twitter.com/ht_msia
Youtube : http://www.youtube.com/user/MediumSyiar

*sebar-sebarkan untuk meraih pahala secara PERCUMA....ߑ

Perjalanan Jauh dan Terberat.

Perjalanan Terjauh Dan Terberat

Wahai rakanku yang dikashi

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yg seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dgn semangat yg membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yg kuat dan bertubuh sihat yg mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membezakanmu dgn orang-orang yg lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dlm gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

Keutamaan Solat Tahajjud

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD
========================

Moga kita dikalangan mereka yang mampu istiqamah utk melaksanakan ibadah sunnah yg amat dituntut ini. Moga amal yg sedikit ini mendapat redha Allah. Selamat beramal ❗
Dan moga kita dpt menunaikan solat Jumaat hari ini dgn awal ke Masjid.👍

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

🌟(al-Qur'an [76]:26)🌟

Google+ Followers