Tuesday, November 11, 2014

ANCAMAN PLURALISME DI MALAYSIA: SIS CABAR MAJLIS FATWA

Pejalan Haji Part 18- Ziarah luar sekitar Madinah Al-Munawarah

Assalamualaikum,

Kini masuk siri Pejalan Haji Part 18, insyallah disini saya ingin berkongsi pengalaman saya melakukan ziarah luar di sekitar kota Madinah Al-Munawarah. Hari sebelumnya kami telah melakukan ziarah dalam masjid Nabawi yang mana kami menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w, makam sahabat dan ziarah perkuburan Baqi. Kami jua berkesempatan melihat tempat yang dinamai sebagai Rawdhah ( Taman Syurga) .

Untuk hari ziarah luar ini, kami akan dibawa ke beberapa tempat yang menjadi sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Tempat-tempat yang akan kami lawati adalah Masjid Quba, Masjid Dua Kiblat, Bukit Uhud, Khandak dan juga Pasar Kurma. Destinasi kami adalah Masjid Quba, fadhilat di Masjid ini adalah melakukan solat 2 rakaat mendapat pahala seperti melakukan ibadah umrah. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w ;

Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Google+ Followers