Tuesday, January 27, 2015

Diskusi Umum: 28 Januari 2015:- ROTAN


DISKUSI UMUM

ROTAN

Oleh: Wan Hisham Wan Salleh (Pimpinan Pusat HTM) 

Nantikan kupasannya dalam diskusi ini. Ayuh! hadirinya beramai-ramai....

Saturday, January 24, 2015

Memo Bantahan Terhadap Charlie Hebdo oleh Hizbut Tahrir Malaysia di Hadapan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum,



Pada Jumaat yang lepas 23 Januari 2015, Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan perhimpunan aman bantahan kepada kedutaan Perancis di atas kebiadapan suratkhabar Charlie Hebdo yang masih mengeluarkan kartun yang mengambarkan baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan terus secara terbuka menghina Islam.

Perhimpunan itu disebut sebagai Soladiriti Umat Islam Untuk Nabi Muhammad S.A.W.

Diskusi umum : Ancaman Liberalisme Merosak Aqidah Umat

 
DISKUSI UMUM HIZBUT TAHRIR
DISKUSI UMUM
 
Assalamualaikum,
 
Tajuk : Ancaman Liberalisme Merosak Aqidah Umat
Penyampai: Dr Wan Jefrey
Anjuran: Khilafah Centre Kuala Lumpur (KCKL)

Tuesday, January 20, 2015

Gadis KPOP: Bukti Kegagalan Undang-undang Malaysia

Assalamualaikum,


     Enteri ini saya ingin berkongsi beberapa perkara penting dalam isu terbaru yang hangat di Malaysia. Isu seorang gadis yang dikatakan di peluk dan memeluk seorang artis KPOP. Viral gambar tersebut mendapat perhatian yang tinggi daripada seluruh umat Islam samada yang mengkritik tindakan tersebut dan ada juga pihak tertentu yang mempertahankan tindakan gadis tersebut.

       Jadi bagaimana kita melihat perkara ini dari sudut kaca mata Islam? Adakah wajar tekanan dan kecaman yang dilemparkan kepada gadis tersebut walhal di dalam masa yang sama televisyen di Malaysia yang terus memaparkan wanita berpelukan dalam filem dan drama tanpa sekatan? Justifikasi yang dilemparkan ke atas gadis tersebut seolah-olah double standard terutama setelah beliau diminta untuk mengadap JAWI atau di keluarkan waran tangkap.

Monday, January 19, 2015

Perhimpunan Aman: Solidariti Umat Islam Untuk Nabi Muhammad


Assalamualaikum,
 
Adalah dijemput umat-umat Islam untuk bersama perhimpunan aman soladiriti Umat Islam terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Rincian aktiviti seperti di bawah:
Tempat: Tabung Haji Kuala Lumpur.
Masa: Selepas solat Jumaat
Tarikh : 23 Januari 2015
 
Anjuran : Khilafah Centre dan Hizbut Tahrir Malaysia. 

Sebar-sebarkan.


Posted Iskandar Musa 2015

Charlie Hebdo: Konspirasi Barat terhadap dunia Islam


Assalamualaikum,

Berikut disertakan link untuk mengakses slide presentation Diskusi umum anjuran Khilafah centre Kuala Lumpur pada minggu lepas 15 Januari 2015. Moga slide ini dapat memberi kefahaman kita akan isu yang berlaku dan false flag di rancang oleh pihak Barat.

https://drive.google.com/folderview?id=0B4SxpAE42riaZEh3UUdsN0VJLTA&usp=sharing

Sebar-sebarkan link di bawah moga bermanfaat kepada semua.

Posted Iskandar Musa 2015

Bagaimana Metode Yang Sahih Menegakkan Khilafah?

Wednesday, January 14, 2015

Ta'rif Hizbut Tahrir oleh HT Media Pusat



Ta'rif Hizbut Tahrir

Silakan layari di youtube dengan link: http://www.youtube.com/watch?v=-u4avdwtyBY

CHARLIE HEBDO: SERANGAN TERHADAP KEBEBASAN BERSUARA?



DISKUSI UMUM

CHARLIE HEBDO: SERANGAN TERHADAP KEBEBASAN BERSUARA?

Oleh: Hj Iskandar (Aktivis HTM)

Ketahui kronologi dan sebab akibat serangan Charlie Hebdo

✔Fahami tipu muslihat Barat disebalik tindak balas mereka terhadap kes ini

✔Apakah yg sepatutnya diperbuat oleh umat islam ke atas penghinaan terhadap islam dan pertuduhan ke atas umat Islam?

Monday, January 12, 2015

Charlie Hebdo vs Freedom of speech

Charlie Hebdo vs Freedom of Speech

Apa yg berlaku jelas merupakan satu manipulasi berita yang dilakukan oleh pihak Eropah utk menyalahkan Islam. Di satu sisi mereka mengatakan Charlie Hebdo juga mengeluarkan artikel yg memperolokkan Christian dan Yahudi, malahan Pope.

Tapi adakah itu benar, 2 peristiwa sejarah yg jelas berlaku di Eropah yg menunjukkan tiada "freedom of speech" dan ianya hanyalah momokan Barat yg menghalalkan perbuatan mereka.

1. Maurice Sinet telah dipecat oleh Charlie Hebdo krn mengeluarkan artikel berbaur anti-semitism trhdp perkahwinan anak Sarkozy. Dia juga tlh di ugut bunuh oleh Jewish Defence League.
 
2. Julius Streicher yang mengeluarkan suratkhabar Nazi " Der Sturmer" pd 20 April 1923, bersalah di atas jenayah kemanusiaan krn artikel-artikel anti-semitism.

Tindakan mass gathering( soladiriti) yang dilakukan juga menunjukkan berat sebelah dan memilih isu oleh pihak Barat. Dalam masa yg sama tiada bantahan terhadap pembunuhan orang Islam di Palestin sebagaimana Paris Massacre.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Sebar-sebarkan.

Saturday, January 10, 2015

PARIS Massacre : Conspiracy to attack muslim community as a whole


Assalamualaikum

          Kejadian tembakan di Paris baru-baru telah mengejut dunia, malahan kejadian tersebut telah dikaitkan dengan militan Islam. Pembunuhan penulis dan kartunis suratkhabar terkenal di Perancis itu yang di kenali sebagai Charlie Hebdo, suratkhabar itu juga dikaitkan dengan beberapa artikel dan kartun yang telah menghina Islam dan baginda Rasulullah s.a.w. Video yang  telah diupload di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube menunjukkan 2 orang lelaki yang berpakaian lengkap ala tentera dan bertopeng meluru ke arah seorang lelaki dan melepaskan tembakan sehingga mati.

Latar belakang suratkhabar Charlie Hebdo

        Charlie Hebdo ini adalah suratkhabar mingguan (weekly newspaper) yang mengeluarkan artikel berbentuk penulisan, kartun dan sindiran-sindiran. Di antara kartun yang pernah dikeluarkan oleh surat khabar ini adalah sindiran terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam.

Friday, January 9, 2015

Serangan seorang pemuda terhadap Pejuang Khilafah yang sedang mengadakan demonstrasi aman di Dengkil

 

Asslamualaikum,

Berikut adalah video rakaman di saat seruan yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir Malaysia di Dengkil. Pemuda tersebut secara kasar telah menganggu seruan aman yang dijalankan oleh Hizbut Tahrir Malaysia. Namun secara perlahan pemuda itu diredakan oleh masyarakat setempat di situ. 

Moga pemuda itu diberikan kesabaran oleh Allah s.w.t. Hizbut Tahrir telah bergerak di serata dunia secara intelektual dan tanpa keganasan, mengajak umat Islam kembali kepada Islam kaffah. Membongkarkan kelemahan sistem yang mengatur umat Islam hari ini dan mengajak umat menolak sistem kufur ini dan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. 

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)

18 Rabiulawal 1436H 


Posted Iskandar Musa 2015

Wednesday, January 7, 2015

Kejatuhan mata wang: Penyelesaian Kapitalis vs Penyelesaian Islam


Assalamualaikum,

Di jemput hadir majlis ilmu anjuran Khilafah Centre cawangan Batang Kali yang akan di adakan pada malam ini 7 Januari 2015. Moga dengan kedatangan anda ini akan memeriahkan lagi majlis ilmu ini insyallah.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi nombor yang tertera di dalam poster di atas.

16 Rabiulawal 1436H


Posted Iskandar Musa 2015

Tuesday, January 6, 2015

Diskusi umum: Banjir Pantai Timur 8 Jan 2015 (Khamis)



Assalamualaikum, 

Tajuk di atas ditunda dari minggu lepas disebabkan penceramah bersama-sama Hizbut Tahrir Malaysia ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir. Jadi tajuk tersebut diteruskan minggu ini pada 8 Januari 2015, moga semua akan dapat mendengar terus pengalaman dari saudara penceramah yang telah ke Kelantan. 

Masuk adalah percuma dan dijemput semua untuk hadir.

Wasalam.

Posted Iskandar Musa 2015

Monday, January 5, 2015

Khalifah vs Perdana Menteri : Apakah perbezaannya?

Assalamualaikum,
Pertamanya kita sama-sama memanjatkan doa buat teman-teman yang berada di negeri-negeri yang dilanda banjir. Bahkan di dalam media massa juga melaporkan pelbagai eksiden yang tidak diingini sepanjang menghadapi musim banjir ini. Bagi pantai timur, banjir tahun ini dikatakan antara yang terburuk sepanjang 30 tahun.

Namun persoalan yang ditimbulkan dimanakah Perdana Menteri Malaysia di saat rakyat yang dipimpinnya dilanda musibah? Apakah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemimpin no.1 Malaysia dalam menghadapi saat-saat genting sedemikian rupa?

Banjir satu musibah and muhasabah buat semua 2014

Rumah Ibu beliau rosak teruk akibat kesan dari bencana banjir yang berlaku.

Assalamualaikum

Rentetan dari musibah banjir di Malaysia dalam 2 minggu lalu turut ditimpa oleh seorang syabab pejuang Khilafah Kuala Lumpur. Rumah bonda beliau turut mengalami kerosakan yang teruk, kampung beliau di Gris Dabong. Jika diperhatikan pada gambar yang disertakan, tahap kerosakan rumah itu memungkinkan tidak boleh lagi tinggal di rumah tersebut. 

Yang dapat diperhatikan adalah warna kekuningan di mana-mana sahaja akibat disalut oleh lumpur-lumpur selepas banjir. Rumah bonda beliau tenggelam teruk akibat banjir yang lalu, kebetulan bonda beliau berada di Kuala Lumpur ketika kejadian yang berlaku. Jelasnya apa yang boleh kita katakan berat lagi bahu yang memikulnya moga beliau terus diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah s.w.t. 

Friday, January 2, 2015

Ulasan Ucapan Maulidur Rasul Perdana Menteri


Seruan Hizbut Tahrir di Perlis Refleksi kehinaan yang dihadapi umat Islam sepanjang 2014.

Assalamualaikum,

Sempena Maulidur Rasul ini, PM Malaysia telah mengeluarkan ucapan sempena Maulidur Rasul. Namun jelas sekali ucapan tersebut tidak menginginkan Islam itu dilaksanakan secara kaffah di Malaysia. Di antara petikan-petikan ucapan Perdana Menteri itu seperti dibawah dan link lengkap;

http://www.najibrazak.com/en/blog/perutusan-yab-perdana-menteri-sempena-maulidur-rasul-1436h-2015m/

Petikan 2:

[  Secara jelas Al Quran telah mendidik kita agar sentiasa meninggikan Syiar Islam antaranya dengan memuliakan Rasulullah SAW melalui ucapan selawat dan menghidupkan sunnah-sunnah Baginda. Ia sebagai sebahagian indikator ketaqwaan insan Mukmin kepada Allah SWT. Oleh itu, perjuangan memperteguhkan Iman dan syariat Islam yang dibawa Baginda perlu menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai keberhasilan taqwa.  ]

Sirah Baginda Muhammad s.a.w sempena 12 Rabiulawal 1436H


Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain : 

Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Thursday, January 1, 2015

Seruan ke atas umat Islam: Refleksi Tahun 2014

Seruan Hizbut Tahrir Malaysia di Masjid Negara sebentar tadi selepas selesai solat Jumaat, 2 Januari 2015 bersamaan 11 Rabiulawal 1436H
Seruan Kepada Umat Islam Malaysia
اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Muslimin yg berbahagia,

Kita telah lalui 2014 dgn suka dan duka. Banyak peristiwa besar yang sangat memberi kesan kepada kita. Antaranya,

1. Kehilangan pesawat MH370. Satu hal yang sangat mengejutkan dan amat pelik kerana menjadi misteri. Padahal benda sebesar itu tak mungkin boleh hilang dari dikesan oleh pengesan berteknologi terkini. Hingga sekarang kita masih tertanya-tanya dengan misteri tersebut.

Google+ Followers