Tuesday, June 30, 2015

Kejatuhan Total Empayar Othmaniah dan Kaitannya Dengan Bank dan Hutang

KEJATUHAN TOTAL EMPAYAR OTHMANIAH & KAITANNYA DENGAN BANK DAN HUTANG


Sejarah jatuh bangunnya Islam ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami, samada untuk mengelakkan kejatuhan atau mahu membangunkannya semula.

Bedah sejarah kali ini menyorot kembali kronologi kejatuhan Empayar Othmaniah dan kaitannya dengan bank dan hutang. Bagus dibaca oleh para pegawai negara dan ibubapa. Jika tidak faham sekali, silalah diulang baca semula.

Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah. Ianya bukan satu proses semulajadi, tetapi satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologi membawa saudara kembar yang menjadi 'protokol atau prosedur' bersama-samanya, iaitu bon-bon, sekuriti, wang kertas dan lain-lain instrumen kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak lagi boleh dipakai. Mereka mensasarkan Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan. Keputusan para Ulamak dalam hal-hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Sebelum itu umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan. Masyarakat Yahudi dan Nasrani membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan dibenarkan tidak ikut serta dalam urusan ketenteraan dan keselamatan negara.

Tuesday, June 23, 2015

Kultum Ramadhan 25 June di Khilafah Centre

Assalamualaikum,

Insyallah Hizbut Tahrir Kuala Lumpur akan mengadakan kultum Ramadhan pada khamis ini 25 June 2015 di Khilafah Centre Kuala Lumpur. Semua Muslimin dijemput hadir untuk berbuka bersama sambil mendengar tazkirah ringkas.

Moga Ramadhan kali ini memberikan makna buat kita dan lebih baik dari sebelumnya.

Iskandar Musa.


Monday, June 22, 2015

Khilafah adalah mahkota kewajipan!!


Assalamualaikum, 

Di bulan yang penuh barakah ini, moga umat Islam kembali bersatu dibawah kalimah syahadah yang satu. Kita bukan sahaja bersama ketika berbuka dan berterawih, namun kita juga bersama-sama berusaha untuk mengembalikan institusi Daulah Khilafah yang menjadi mahkota kewajipan!!

Iskandar Musa
Ramadhan 1436H

Google+ Followers