Monday, December 21, 2015

Travelog: Maldives Keunikan Negara Ribuan "Pulau", Menanti Dengan Kejernihan Airnya dan Keputihan Pasirnya Ibarat Mutiara. Jadikan checklist negara percutiaan anda !!


Assalamualaikum, 

Entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjejakkan kaki di tanah Maldives. Sebelum membuat sebarang keputusan untuk ke sana, pastinya kita akan melakukan beberapa persediaan awal mahupun checklist bagi memilih destinasi tersebut. Di antaranya bagaimana anda ingin memastikan percutian anda itu penuh bermakna?

Lapangan terbang Maldives di bina di atas pulau buatan, pulau menaiki bot untuk ke bandar Male. Usah risau, perkhidmatan bot transit dari Male di Lapangan terbang disediakan 24 jam.

Saturday, December 12, 2015

Mengapa kecoh sangat dengan G25, walhal banyak lagi aturan Malaysia yang bercanggah dengan Islam? Sedarkah kita !! Demokrasi patut dimansuhkan juga !

Assalamualaikum.



Mansuhkan Hukuman Khalwat

Beberapa minggu ini, Malaysia dipanaskan dengan gesaan oleh G25, ataupun group dari 25 orang golongan profesional. Hukuman Khalwat di mansuhkan.Apa yang menjadi perbualan hangat samada di media sosial mahupun di kedai kopi, adalah cadangan mereka kepada kerajaan agar memansuhkan undang-undang berkaitan dengan khalwat yang disampaikan oleh Noor Farida Ariffin. 

Friday, December 11, 2015

Bantah kepada British dan Perancis, yang menyerang Syria !! Talam dua muka Perancis dan British, yang menjadikan alasan PARIS untuk membunuh umat ISLAM !!





Alhamdulillah...Alhamdulillah..Allhamdulillah..

Kuala Lumpur, 11 Disember 2015: Pujian kepada Allah s.w.t yang telah memudahkan perjalanan demonstrasi aman yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir Malaysia. Biarpun telah di fitnah oleh JAIS bahawa HT itu sebuah ajaran sesat, itu tidak melemahkan semangat para pejuang Khilafah untuk menyatakan yang haq dan mencegah kemungkaran. Ingatlah peringatan Allah sebagaimana firman di bawah :

Wednesday, December 9, 2015

Tokoh Pejuang Khilafah Abu Mahmud (Sh. Abdul Hadi Fa'oor)- kembali bertemu PENCIPTA pada usia 81 tahun ! Dan 60 tahun lebih mengorbankan masa beliau untuk memperjuangkan Islam !!

Assalamualaikum,

Betapa beliau merupakah tokoh terawal yang telah bersama-sama berjuang dengan pengasas Hizbut Tahrir, Sheikh Taqiyuddin An-Nabhani. Perjuangan beliau dalam memperjuangkan Islam itu hingga ke akhir hayat. Itulah sewajibnya dilakukan oleh umat Islam, mempergunakan usia itu untuk memperjuangkan kalimah Allah. Biarpun beliau tidak dapat menyaksikan tertegaknya Daulah Khilafah di muka bumi Allah ini, namun benih-benih perjuangan yang beliau telah taburkan itu, pastinya akan melahirkan ramai lagi tokoh seperti beliau.

Beliau merupakan tokoh Hizbut Tahrir yang pernah menjadi sahabat dan pembantu kepada 3 Ameer Hizbut Tahrir yakni Sh Taqiuddin Al-Nabhani pada 50s, 60s,70s, Sh Abd Qadeem Zalloum 80s dan 90s, dan Sh Ata' Ibn Khalil sejak 20s.


Demonstrasi Aman: Isu serangan ke atas Syria

Assalamualaikum,

Jemput hadir demonstrasi aman anjuran Hizbut Tahrir Malaysia pada 11 Disember 2015 selepas solat Jumaat. Sila berkumpul di Masjid Tabung Haji jam 2.00ptg.

Wassalam.


Friday, December 4, 2015

Empat Orang Pimpinan Hizbut Tahrir Malaysia telah di tahan oleh pengawai penguatkuasaan JAIS, apakah kesalahannya ? Mari tonton video kejadian tersebut.

Assalamualaikum,

Bertempat di KHILAFAH CENTRE Bandar Baru Bangi, ketika sidang akhbar yang sedang berlangsung, pegawai penguatkuasaan JAIS telah datang menyerbu dan menahan 4 orang syabab aktivis HTM serta menyita barang milik pejabat Khilafah Centre Bangi.
Firman Allah : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” (Al-Baqarah : 286)
Berikut adalah kronologi kejadian pada petang semalam 4 Disember 2015, di mana kehadiran para wartawan adalah untuk mendengar penjelasan & perincian penafian FATWA JAIS daripada jurubicara Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman yang datang dari suratkhabar Selangor Kini, Harian Metro dan beberapa lagi.

Wednesday, December 2, 2015

Travelog Korea 3: Tip ringkas Solat Jumaat di Bandar Seoul , Itaewon.

Assalamualaikum,


Di Korea ini,di antara kesulitan bagi mereka yang beragama Islam adalah untuk menunaikan solat 5 waktu di tempat yang khusus. Ini di sebabkan kemudahan surau malahan masjid yang tidak banyak di negara ini. Namun untuk menunaikan solat Jumaat di Seoul, antara pilihan utama masjid yang kebanyakan umat Islam akan pergi setiap hari Jumaat adalah di daerah Itaewon , Seoul. Selain itu, di kawasan ini juga terdapat banyak sekali kedai-kedai halal, jadi selepas solat Jumaat bolehlah terus menjamu selera di restoran-restoran halal di sekitar masjid Itaewon ini.


Islam itu mudah, kita dibenarkan untuk solat di mana-mana kawasan yang diyakini bersih. Dan untuk berwuduk, seeloknya kita membawa ke mana-mana sahaja 'spray bottle' yang boleh digunakan untuk berwuduk. Untuk musim sejuk, kita boleh mengambil wuduk dengan niat Khauf, menyapu di atas stocking sahaja. Makanya, tiada alasan yang mengatakan susah untuk beribadah di Korea lantas tidak menunaikan solat fardhu ini.

Tuesday, December 1, 2015

Fitnah Kepada Gerakan Hizbut Tahrir , Hizbut Tahrir Haram?


Assalamualaikum, 

Jemput hadir ke majlis Diskusi Umum anjuran Hizbut Tahrir cawangan Batang Kali akan dianjurkan malam ini 2 Disember 2015, bermula jam 9.00 malam. Moga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberikan penyelesan dan kefahaman akan fitnah-ftinah yang dilemparkan ke atas Hizbut Tahrir. 




Wasalam.

Google+ Followers