Assamualaikum..

Barangkali jika hendak membicarakan judi haram ataupun judi halal ianya terdapat di Malaysia. Mana tidaknya, bagi pengusaha-pengusaha yang tidak memohon lesen bagi membuka tempat perjudiaan dikatakan judi haram. Namun di genting terdapat bapa segala judi yang diberitahukan tidak membenarkan orang Islam untuk masuk. Sejauh mana kebenarannya sy pun tidak pasti memandangkan tidak pernah untuk menyiasat di genting. Kes terbaru berkenaan tindakan kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap pengusaha judi sebelum pilihanraya kecil.



Namun disisi lain pihak kerajaan mengecam tindakan kerajaan negeri dengan beranggapan tindakan tidak selari dengan peruntukan Malaysia yang membenarkan non-muslim untuk bermain judi dan tindakan kerajaan Kelantan seolah-olah akan menakutkan pengundi non-muslim seolah-olah Islam tidak adil.

Inilah natijah berada dalam konkongan sistem demokrasi sekular, yang menjerumuskan mereka yang mempercayainya ke lembah kehinaan. Sesungguhnya sistem yang ada sekarang tidak sesuai untuk pelaksaan hukum syarak satu apa pun bahkan dalam kesedaran umat Islam sendiri berkenaan hukum syarak masih cetek.Inilah yang menyebabkan tentangan bukan sahaja dari non-muslim namun pekikan turut kedengaran dari mereka yang mengucapkan kalimah syahadah. Miqyas/tolok ukur merek bersandarkan perlembagaan negara samada ia sesuai atau tidak, jd golongan sebegini tidak berbaloi untuk bertelagah sebaliknya perjelaskan dahulu tujuaan perciptaan manusia yang sebenar dan hakikat manusia.



Moga golongan ini diberi hidayah dari Allah swt.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Post a Comment

Previous Post Next Post