Assalamualaikum..

Hari ini 29.4.11 memberi lebaran baru dlm hidupku dimana isteriku yang telah pun mengandung anak pertama kami telah dimasukkan hospital.Isteriku telah menghubungi sekitar waktu tengahari yang beliau mula berasa sakit dan tanda-tanda hendak bersalin seperti pecah air dan sebagainya. Buat aku sebagai orang yang tidak berpengalaman dalam menyambut bayi pasti sedikit gementar apatah ini anak pertama kami.

Namun insyallah aku terus mendoa kepada Allah agar isteriku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian bersalin ini. Bah kata pepatah Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Isteri yang bersalin lebih tahu kesakitannyq dan sebagai seorang suami aku terus disampingnya disaat kesakitan itu, moga dengan kehadiran kekasih hatinya terus memberi kekuatan padanya.

Oleh kerana rumah dan pejabatku sekitar 30km jaraknya maka aku sampai sekitar jam 7.00pm agak lewat dari waktu isteriku menelefonku dlm jam 5ptg. Entahlah hari ini KL begitu sesak dengan mereka yang merancang untuk pulang ke kampung halaman setelah habis waktu pejabat.Memandangkan Isnin cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari ahad,maka setiap orang mengambil kesempatan tersebut untuk ke kampung halaman.

Jururawat beritahu yang isteriku mungkin bersalin dalam jam 3pgi dimana bukaan keseluruhan 10cm bagi normal wanita bersalin. Ketika kami sampai dihospital pusrawi bukaan sudah pun 4cm, so memang dlm jangkaan mlm ini juga anak pertama kami bakal dilahirkan ke muka bumi Allah swt.

Bagi mereka yang belum pernah merasa atau melihat secara "live" wanita bersalin, maka saat ini aku akui akan dikenang sehingga bila-bila dan mengambil iktibar betapa susahnya saat ibuku melahirkan aku suatu ketika dahulu. Membuatkan keimanan dan ketakwaan aku kpd Allah swt semakin bersemarak dan mengakui keagungan-Nya yang tidak ternilai.

Aku terus menemani isteriku di bilik bersalin dan berdoa agar beliau dipermudahkan Allah dalam melahirkan anak pertama kami. Biarpun aku tabahkan diri melihat isteriku dalam kesakitan dan terus memberi semangat kepadanya.

Tempat jam 11.40mlm,jururawat mula membuat pemeriksaan lagi dan ukuran bukaan sudah pun dalam 9.5 cm. Maka doktor terus dihubungi kerana dalam sedikit masa sahaja lagi seorang umat Nabi Muhammad bakal dilahirkan dimuka bumi Allah ini. Sekitar 12.05 pagi,Dr.Fidak yang menjadi pilihan isteriku muncul dan tanpa berlengah lagi memakai sarung tangan dan penutup mulut&hidung sebagai langkah kebersihan.

Isteriku diminta untuk bertindak sebagaimana yang diarahkan doktor dan akhirnya tempat jam 12.20pagi anakku dilahirkan di muka bumi Allah swt dengan tangisan pertamanya. Maha suci Allah, Allahuakbar, Subhanallah, dan segala pujiaan buat betapa besarnya kekuasaan Allah swt dlm mencipta manusia. Insyallah aku akan menyambung sedikit penulisan ttg kelahiran anakku di coretan yang lain,buat masa ini sekadar ini dahulu perkongsiaan dari-ku.

Iskandar


- Posted using BlogPress from my iPhone

Post a Comment

Previous Post Next Post