Kesatuan Umat di bawah Khilafah.

Tahukah anda;

Khalifah Abdul Hamid II (Khilafah Uthmaniah) telah membuat keputusan mewujudkan landasan keretapi Hijaz (1900) yang menghubungkan Damshiq di Syria dan Madinah sebagai simbol Kesatuan Islam.

Pembiayaan landasan keretapi telah dilunaskan dalam waktu beberapa tahun sahaja dan ia berfungsi sebagai alat yang utama untuk menghubungkan wilayah-wilayah utama di dalam Daulah Islam. Ia juga digunakan sebagai laluan pantas untuk pengangkutan dan menempatkan unit ketenteraan. Selain itu, khusus pembinaan landasan keretapi Hijaz ini adalah untuk memudahkan dan meningkatkan pelayanan Jemaah Haji.

Fakta-fakta penting tentang landasan keretapi Hijaz:

1. Pembinaan landasan keretapi ini atas perintah Khalifah (Sultan Abd Hamid II), yang memerintahkan segenap kaum muslimin untuk melibatkan diri dalam pembangunan suci ini.

2. Pembiayaan yang diperlukan saat itu adalah sebesar 16 juta US dengan nilai dolar saat itu.

3. Selain itu sumbangan dari kaum muslimin, sumbangan datang dari pemerintah, Angkatan bersenjata, tokoh masyarakat serta gabenor Mesir serta pemerintahan Shah di Iran.
4. Pembinaan ini melibatkan 5000 anggota Angkatan Darat serta orang awam.

5. Perancangan awal pembangunan ini sehingga ke Mekkah dan pelabuhan Jeddah, namun kerana berlakunya masalah pembiayaan dan terjadi pertentangan oleh penduduk dari wilayah itu, maka jalur ini hanya berakhir sampai Madinah.

6. Pendapat lain mengatakan bahawa Syarif Hussein, Amir (pemimpin Mekkah) saat itu memandang bahawa landasankereta api ini mengancam kedudukannya di wilayah Hijaz sehingga menolak pembangunan landasan itu sampai ke Mekkah bahkan Jeddah.

Wassalam.




Post a Comment

Previous Post Next Post