Friday, November 4, 2011

PAS mengajak Hizbut Tahrir mengundi dalamnya dalam pilihanraya yang datang?

Selamat Hari Raya Haji buat teman-teman,

http://www.youtube.com/watch?v=rfP_WagC93c&feature=youtube_gdata_player

Terdetik dihati apabila Tn Guru Hadi Awang mengajak Hizb untuk mengundinya pada pilihanraya akan datang dan disambut dengan laungan Takbir. Jelas sekali mereka masih belum sedar akan pendirian perjuangan penegakan KHILAFAH menuruj manhaj kenabian dan bukannya menurut sistem demokrasi yang dipraktikkan hari ini.

Sistem demokrasi yang meletakkan keagungan Al-Quran dan As-Sunnah disisi, dipaksa untuk kompromi dalam melaksanakan hukum-hukum kufur bahkan jauh dari Islam. Dikatakan perjuangan Hizb perjuangan yang tidak mengikut realiti atau tidak realistik.Biarlah apa pun yang dikatakan namun secara jujur perjuangan yang sebenar pasti mendapat ganjaran yang besar dari Allah swt.

Kehadiran umat yang ramai dalam Konferens Negara Islam anjuran Hizb membuktikan umat mula mencari solusi baru dalam kekalutan jemaah yang tidak berprinsip dalam menegakkan Islam. Moga kita semua jemaah bersama menegakkan Khilafah bukan dengan Jalan Demokrasi.

2 comments:

Fikrah Yang Agung said...

Boleh tidak ada masalah, namun PAS kena perjuangkan suasana yang Islamic dalam pilihan raya...

sila buat 7 syarat dalam artikel ini

http://dawnofcaliphate.blogspot.com/2011/11/pandangan-sebenar-ht-tentang-pilihan.html

ISKANDAR said...

Mampukah mereka buat 7 syarat dlm sistem yg ada nie