Wednesday, February 29, 2012

Syria oh syria...

Kekejaman Assad memang tidak dinafikan lagi, rejim ini sanggup membunuh semata-mata untuk mempertahankan rejim dari ayahnya. Pemimpin sebegini memang tidak berkemanusiaan dan terus membunuh baik kanak-kanak dan juga wanita. Penembak tepat digunakan untuk membunuh para pendemonstrasi dan mereka-mereka yang menentang Assad.
Pembunuhan terus berlaku disemua daerah-daerah di Syria sebagaimana peta geografi di atas. Bagi golongan yang menentang si rejim Assad maka mereka ini akan dikejarkan dan dibunuh agar tidak mempengaruhi dan menyebar luaskan fahaman penentangan terhadap pemerintah Assad. Seandainya teman-teman dapat melayari wikipedia,maka tuan akan memahami yang Syria ini terdiri daripada pelbagai kaum dan sejarah menunjukkan bahawa keluarga Assad dapat memerintah juga atas landasan rampasan kuasa dan terus dibawa sehingga dizaman pemerintahan anak beliau.
Di dunia Arab seolah tiada apa-apa tindakan yang dilakukan dan hanya menghantar pemerhati untuk melihat layanan rejim Assad terhadap rakyatnya. Sudah jelas sekali dimata mereka bahawa rejim Assad sewenang-wenangnya membunuh insan-insan yang tidak bersalah bahkan pembunuhan mereka amatlah kejam.

Wanita juga dibunuh dan betapa baculnya tentera-tenter Syria yang menggunakan kelengkapan secanggih mungkin untuk menghadapi barisan rakyat pembangkang yang tidak mempunyai senjata canggih. Betapa keji dan hinanya bagi tentera yang sekadar menurut perintah dapat memerhatikan tugasan tersebut menuruti Islam ataupun tidak. Ayuh kita bersama-sama usaha untuk mengembalikan keagungan Islam dan membangkitkan semangat kita biarpun menghadapi pelbagai halangan dari pemerintah mahupun biar berkuasa. Moga mati kita nanti mempunyai jawapan kepada Allah swt, janganlah kita menjadi insan-insan yang tidak mampu berkata-kata kerana kita sekadar melihat apa yang berlaku di Syria tanpa mempunyai perasaan apapun.
Ya Allah Engkaulah Selamatkankah Muslimin dan Muslimat di Syria....Amin!!

Google+ Followers