Assalamualaikum,

Bagi yang bakal menunaikan ibadah umrah dan haji, saya pasti anda akan membawa barangan elektronik seperti jam telefon (HP) dan juga kamera. Oleh yang demikian anda juga akan mengecas bateri-bateri barangan elektronik tersebut bukan? Oleh itu di antara barangan yang boleh dibawa seperti di bawah;

1. Extension cable untuk plug ( untuk 2 plug min) 
2. Plug kepala bulat untuk type Saudi ( gambar akan di kongsikan)
3. Charger HP dan kamera 
4. Powerbank

Extension Cable yang boleh dibawa dari Malaysia.


Buat pengetahuan rakan-rakan di hotel yang saya tinggal ini, dia mempunyai plug 3 pins sebagaimana di Malaysia. Oleh yang demikian kalau kita bawa extension, cuma sambung sahaja macam di Malaysia. Malahan dengan ada extension ini kita dapat mengecas beberapa barangan elektrik serentak. 

Jangan di lupa untuk membawa charger HP atau Kamera juga! Nanti extension sudah dibawa tapi charger tiada pun tiada gunanya. Amat berguna kalau kita ada barangan tambahan seperti di atas. Di sini plug standard adalah 2 pin bulat, dan tempat masuk plugnya juga memang telah tersedia bulat. Oleh itu sebaiknya anda membawa barangan ini dari Malaysia. Boleh juga untuk membelinya di Makkah di kedai supermarket Bin Dawood, namun harganya adalah sedikit mahal berbanding di Malaysia.

Untuk jemaah haji, beg yang di check in so far tiada had untuk berat. Jadinya eloklah untuk bawa barangan tersebut dari Malaysia dan tiada sebarang charge akan dikenakan. Ketika saya check in 11 Sept 2014, itu antara barangan yang terdapat dalam beg check in saya. Nah di hotel Land Premium ini amat membantu terutama di awal ketibaan kami yang masih tidak mahir jalan di situ. Namun kita kalau setakat nak cari barangan tersebut memang tiada masalah.


Jenis Plug yang terdapat di Arab Saudi atau Makkah Al-Mukarramah.

Powerbank juga penting bagi yang datang bersama suami isteri, bagi memastikan hp tidak habis bateri. Komunikasi telefon amat penting terutamanya pertemuan selepas solat atau tawaf. Dengan jumlah jemaah yang mencecah juta orang, maka amat sukar untuk mencari secara melihat kecuali diatur tempat bertemu. Selain itu plug yang ada di Masjidil Haram, jangan haraplah ada peluang hendak digunakan untuk charge sebab pasti akan ada orang yang lebih awal akan cop dulu. Maka adanya Powerbank amat membantu dan memastikan HP anda sentiasa ada bateri.

Contoh powerbank yang boleh dibeli dari Low Yat atau mana-mana kedai mobile.

Sekali lagi hendak saya katakan, anda boleh beli Powerbank di Saudi tetapi harganya akan 2 kali harga di Malaysia. Jadi kalau anda rasa terlalu berat untuk dibawa dari Malaysia, anda boleh sahaja untuk beli di Saudi. Alat-alat elektronik lain seperti seterika boleh juga dibawa tapi bagi jemaah lelaki saya rasa tidaklah begitu urgensi berbanding barangan saya senaraikan di atas.

Sebagai tambahan perkongsian, di sini line telefon hanyalah setakat 3G, mereka belum lagi sampai tahap 4G seperti di Malaysia maka sambungan internetnya tidak selaju Malaysia . Syarikat yang majoriti jemaah Haji dan Umrah langgan adalah Mobily Simcard, dan untuk plan data seperti berikut;

2GB: SR60 ( semua model telefon) 
5GB: SR100 ( hanya ada untuk telefon model iPhone)


Ada hanya perlu top up jumlah duit i.e. SR60 kemudian hantar "SUB 2G" ke "1100". Tapi jangan dimasukkan sekali simbol ". Manakala untuk 5GB hanya masukkan "SUB 5G" dan hantar ke "1100". Maka anda akan menerima sms pengesahan dari Mobily yang mana langganan anda telah berjaya.

Dobi (Laundy)

Untuk dobi, di setiap hotel jemaah Haji ada di sediakan perkhidmatan dobi yang dipanggil "Shalal". Maka ianya memang tersedia di tempat-tempat jemaah Haji tinggal . Cumanya di hotel kami menetap jumlah jemaah maksimum adalah 4000 orang, maka dalam sesuatu keadaan dobi mengambil masa yang lama malahan ada beberapa kes tertukar baju, kain ihram dan etc. Oleh itu bagi pakaian simple/ringkas, sebaiknya dibasuh sendiri dan disidai di aras atas, pagi sidai, tengahari dah boleh angkat baju anda. Berikut adalah caj untuk dobi bagi tahun 2014 sebagai rujukan;

Kain Ihram sepasang : SR10
T-Shirt: SR 3
T-Shirt berkola: SR 5


Andai kita kerap menghantar ke dobi maka perbelanjaan kita sahaja akan tinggi untuk dobi sahaja. Maka bolehlah bawa berus basuh baju dari Malaysia atau di beli di Makkah, banyak kedai menjualnya, agar kita dapat membasuh sendiri sahaja pakaian kita.

Peralatan Membasuh;

1. Berus sabut
2. Baldi kecil 
3. Penyangkut Baju
4. Penyepit Baju
5. Tali ampaian


Tambahan;

6. Penyangkut dinding (gam), amat berguna untuk lekat di dinding bilik bagi sangkut baju/seluar dan sebagainya.
Penyangkut dinding (gam) yang boleh dibawa dari Malaysia.


Saya sendiri telah membeli 2 set penyangkut lekat di dinding. Ia amat berguna untuk menyangkut baju. Almari baju hanya ada sebuah walhal di dalam bilik ada 5 orang jemaah. Jadi amat terhad tempat menyangkut dan adanya penyangkut lekat amat berguna.

Insyallah semua barang di atas boleh diperoleh di kedai-kedai runcit di sini namun seperti biasa harga adalah sedikit mahal terutamanya bila tiba musim haji ini. Jadi sebaiknya di bawa sendiri barangan tersebut dari Malaysia, lagipun tidaklah seberat mana pun barangan tersebut untuk dibawa dari Malaysia. Untuk pakaian di sarankan tidak terlalu banyak dibawa dari Malaysia, kerana sebaiknya di beli di Makkah sahaja seperti jubah bagi lelaki.
Kemudahan tawaf yang telah dinaik tarafkan bagi menampung jumlah jemaah haji yang kian bertambah. Sekarang semua jemaah boleh memilih untuk bertawaf di ground, level 2 atau level 3.

Tapi bagi jemaah haji yang berumur dan uzur, amatlah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dobi ini. Lantas, mereka boleh fokus beribadat dan tidak terganggu memikirkan pakaian yang hendak dibasuh. Pakaian di sini juga tidaklah kotor mana, kerana kebanyakan pakaian dipakai pergi ke masjid dan di dalam hotel. Perkhidmatan dobi ini amat membantu bagi golongan berumur dan uzur. 

Lupa untuk dikongsi, baldi ada dijual di sekitar hotel Land Premium, maka disyorkan untuk berkongsi sesama rakan sebilik untuk membeli satu baldi. Lagipun bukan semua akan membasuh pada hari yang sama, maka sebiji baldi pada saya sudah mencukupi.

Sekian dulu perkongsian saya buat masa ini, hari Wukuf telah ditetapkan Jumaat hadapan. Haji Akhbar tahun ini..moga sata dan jemaah lain mendapat haji mabrur.


7 Hari Menuju Hari Wukuf.

Dari Masjidil Haram Makkah Al-Mukaramah.
Previous Post Next Post