Assalamualaikum,
Tapi yang lebih menarik, beberapa hari yang lepas, Sheikh Bandar tidak hanya mengimamkan solat Maqrib. Tapi beliau juga telah mengimamkan solat Subuh, jadi saya akan dapat mendengar 2 kali bacaan Al-Quran yang indah oleh beliau. Berikut merupakan beberapa latar belakang beliau yang boleh kita contohi agar dapat mendidik anak-anak yang sentiasa dengan Allah swt. Namun andai saya diberi kelebihan dalam bahasa arab, moga bacaan dan pemahaman akan ayat-ayat yang dibaca, akan membuat kita lebih malu dengan Allah. Betapa Allah swt itu telah memberi banyak peringatan di dalam Al-Quran namun tetap sahaja kita lalai daripada mengerjakan segala perintah dan larangan dari-Nya.
Berikut serba sedikit profil Sheikh Bandar Bandar Bin Abdul Azeez Baleela;
Enteri kali ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan imam yang mengimani solat 5 waktu di Masjidil Haram, Makkah. Dalam masa-masa tertentu imamnya adalah berbeza untuk setiap waktu. Namun di antara imam-imam tersebut yang saya amat teruja dengan bacaan dan suara yang lunak adalah yang mengimani solat Maqrib. Mana tidaknya, bila imam itu mengimani kami, saya merasakan andai bacaan lagi panjang lagi best.
Imam tersebut adalah Sheikh Bandar Baleelah, kelunakkan suara beliau amat mengujakan, malahan boleh buat kita tersentuh dan menangis bila mengenangkan dosa-dosa kita malahan kebesaran Allah swt yang tidak terhingga. Sheikh Bandar mula menjadi imam besar masjidil haram bermula tahun lepas 2013, video dibawah adalah solat pertama yang diimani oleh Sheikh Bandar Baleelah . Teman-teman boleh mencari banyak lagi video malahan free download MP3 bacaan lunak Sheikh Bandar ayat-ayat Al-Quran. Saya tercari-cari siapakah gerangan imam yang mempunyai suara lunak itu, malahan antara waktu solat yang saya nantikan adalah waktu Maqrib kerena beliau akan mengimamkan solat tersebut. Begitu tinggi mujizat Al-Quran, apabila dibaca sebegitu lunak, boleh buat kita tersentuh dan menangis.
Sheikh Bandar Daleelah
(Current Imam and appointed in 2013)

Solat Pertama Yang Imami oleh Sheikh Bandar Daleelah diangkat menjadi Imam Besar masjidil Haram pada 1435H.
Tapi yang lebih menarik, beberapa hari yang lepas, Sheikh Bandar tidak hanya mengimamkan solat Maqrib. Tapi beliau juga telah mengimamkan solat Subuh, jadi saya akan dapat mendengar 2 kali bacaan Al-Quran yang indah oleh beliau. Berikut merupakan beberapa latar belakang beliau yang boleh kita contohi agar dapat mendidik anak-anak yang sentiasa dengan Allah swt. Namun andai saya diberi kelebihan dalam bahasa arab, moga bacaan dan pemahaman akan ayat-ayat yang dibaca, akan membuat kita lebih malu dengan Allah. Betapa Allah swt itu telah memberi banyak peringatan di dalam Al-Quran namun tetap sahaja kita lalai daripada mengerjakan segala perintah dan larangan dari-Nya.
Berikut serba sedikit profil Sheikh Bandar Bandar Bin Abdul Azeez Baleela;
- Lahir di Makkah tahun 1395 AH.
- Memperoleh gelar Master di 1422 AH di Fiqh dari College of Studi Islam Syariah dan dari Umm al-Qura University.
- Meraih gelar doktor dalam Fiqh dari Fakultas Syariah pada tahun 1429 AH dariUniversitas Islam Madinah.
- Bekerja sebagai guru fiqh di Institut Haram al-Sharif bagian yang lebih tinggi.
- Beliau sekarang asisten profesor di University of Taif.
- Menjabat sebagai Imam dan khatib Masjid Ameera Nouf di distrik Aziziyah diMakkah, dan setelah itu di Masjid Bin Baz.
- Diangkat sebagai Imam dari Masjid al Haram pada Minggu 1434/12/09 AH.
- Diangkat sebagai permanen Masjid al Haram pada hari Rabu, 4/12/1434AH.
- Mengimami shalat pertama di Masjid al Haram pada 1434/05/12, pada waktu Maghrib
Bersolat di saf hadapan belakang imam besar Sheikh Bandar Baleelah. Alhamdulillah impian tercapat pada hari pertama 12 Sept di Makkah.
Pancur emas, sebagai laluan air sekiranya Makkah hujan dan air yang bertakung atas Kaabah akan dialirkan melalui pancur emas di atas.
Imam akan mengimami solat dihadapan Kaabah dan bersebelahan dengan pintu Kaabah dan Hajarul Aswad. Sepanjang duduk di saf, saya terus menerus memerhatikan keindahan Kaabah yang tidak jemunya untuk saya meilhat akan kekuasaan Allahh swt. Saya berada di saf ke-5 dari hadapan , dipenghujung dari penulisan ini saya akan berkongsi serba sedikit beberapa tips bagaimana mendapat peluang untuk bersolat di antara barisan yang paling hadapan. Sepanjang saya di Makkah ini, saya telah diberi keizinan-Nya untuk solat di hadapan Kaabah 2 kali. 1 solat Isyak dan 1 solat Maqrib, dan ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan saya sepanjang menunaikan ibadah Haji 2014 ini. Namun beberapa minggu menghampiri Hari Wukuf, jumlah umat Islam yang berada di Kota Makkah bertambah, malahan untuk bersolat 5 waktu sahaja perlu datang lebih awal untuk memastikan kita mendapat saf dihadapan dan jika lambat samada kita solat diluar Masjid atau di mana-mana bahagian yang mempunyai ruang.
Dalam saya melihat kaabah ini, saya kini lebih berminat untuk mengetahui sejarah serba sedikit mengenai masjidil haram dan peluasannya. Sebagaimana yang umum mengetahui, kini masjidil haram pesat dengan aktiviti pengubahsuaian untuk keseluruhan bangunan lama untuk meningkatkan kapisiti jemaah dalam sesuatu masa. Sebagaimana yang saya ada kongsikan sebelum ini, laluan untuk Saie telah dinaiktarafkan dan mempunyai hawa dingin yang bagus.
Ketika gambar ini diambil, keadaan diluar Masjidil Haram dilanda dengan sedikit ribut pasir, malahan diberitakan di Malaysia. Alhamdulillah kami telah berada di saf hadapan pintu Kaabah dan tiada sebarang masalah dengan ribut pasir itu.
Penulis mengambil kesempatan selepas solat Maqrib untuk berada di hadapan pintu masuk Kaabah dan sebelah kiri pintu adalah kedudukan hajarul aswad yang dikawal oleh pengawal keselamatan masjid.
Kalau dapat diperhatikan dalam gambar di atas, langit kelihatan kuning akibat pancaran lampu dihalang oleh partikel pasir yang banyak dan seterusnya menjejaskan jarak penglihatan. Saya berada di Saf yang ke-4, dan berhadapan dengan Maqam Nabi Ibrahim yang terletak hanya dii belakang saya. Untuk bagi mereka yang kan menunaikan umrah atau haji, adalah ditegah untuk berbuat seperti perbuatan di atas kerana Rasulullah hanya memegang Penjuru Yamani dan Hajarul Aswad. Manakala Rasulullah hanya mencium batu Hajarul Aswad dan tidak penjuru-juru lain Kaabah yang tidak dinyatakan. Malah perbuatan mencium dinding kaabah, merintih di dinding kaabah atau bergayut dipintu kaabah seperti gambar di atas bukanlah yang Rasulullah lakukan, maka lakukan sebagaimana sunnah.
Berikut beberapa tips bagaimana untuk mengambil saf dihadapan;
- Datang awal ke masjid dan pastikan laluan menuju tawaf di bahagian ground floor.
- Ketika waktu contoh Maqrib 6.32 petang, maka di anjurkan anda untuk masuk tawaf di penjuru Yamani 30 minit lebih awal dalam jam 6.00 petang.
- Jemaah-jemaah lain akan membentuk saf paling awal adalah berhadapan dengan hajarul aswad.
- Maksud ayat di atas adalah jemaah tersebut akan berhenti untuk tawaf dan membentuk barisan saf.
- Kalau masa ada masuk tepat, maka anda akan berkesempatan untuk berada di antara saf yang paling di hadapan dan berhadapan pintu Kaabah dan Hajarul Aswad.
- Sebaiknya terus menyambung barisan saf yang telah dibentuk oleh jemaah-jemaah lain.
- Selain itu anda ljuga boleh untuk berada lagi awal contoh 45 minit sebelum dan menyertai umat Islam lain bertawaf. Dan dinasihatkan anda bukan untuk bertawaf tapi sekadar untuk dapat saf dihadapan. Kerana sekiranya bertawaf anda mungkin terpaksa menyambung lagi baki selepas solat atau perlu mengantikan tawaf yang diganti disebabkan batal (berebut utk saf terdepan).
Di atas merupakan cadangan untuk pembaca bagaimana untuk mendapat tempat yang baik malah hanya beberapa saf sahaja memisahkan beliau dengan Imam. Namun perlu diambil perhatian, ini adalah sunat untuk mendapat tempat yang paling depan namun janganlah kita mencederakan atau berebut-rebut sesama Islam yang akhirnya akan menyakiti umat Islam lain. Biarlah kita lakukan perkara yang sunat namun perkara wajib tetap dijaga ( hubungan sesama Islam).
Buat masa ini, setakat itu sahaja penulisan saya bagi enteri Part 4; Rakan-rakan boleh juga membaca part 1-3 seperti link di bawah;
Sekian dari Makkah Al-Mukarramah.
12 HARI MENUJU HARI WUKUF.