Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan keratan akhbar yang membicarakan soal etika atau aturan pemakainya oleh pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Di antara keratan berita tersebut adalah:
PETALING JAYA: Tourists who intend to visit Terengganu must now abide by a dress code, as amoutlined by the state government.
According to the the state government news portal Teganukita, a circular with guidelines on attire will soon be released to all Malaysian travel agents and Malaysian tourism headquarters in neighbouring countries, including Singapore, Indonesia and Thailand.
According to the the state government news portal Teganukita, a circular with guidelines on attire will soon be released to all Malaysian travel agents and Malaysian tourism headquarters in neighbouring countries, including Singapore, Indonesia and Thailand.
Namun telah dilaporkan, capaian untuk artikel tersebut kini tidak lagi ada dalam website rasmi kerajaan negeri Terengganu (teganukita- http://teganukita.my/). Viral yang berleluasa dalam media maya telah menyebabkan kerajaan negeri menarik balik plan untuk menetapkan dress code bagi pelancong yang datang ke Terengganu. Adakah kerajaan negeri merasa tekanan daripada berita yang dilaporkan oleh The Star serta bantahan dari agensi pelancongan?!
Realiti Pelancongan di Terengganu
Di antara aset yang besar untuk negeri Terengganu sepertinya Pulau Redang dan Pulau Pangkor, kedua-dua Pulau ini menjadi destinasi dunia untuk pengemar-pengemar diving dan aktivi pulau. Apabila membicarakan berkenaan Pulau, kita akan dapat gambarkan cara berpakaian orang-orang luar terutamanya dari negara Barat berpakaian. Cara berpakaian memang semestinya bertentangan dengan hukum syarak apatah tatacara orang timur berpakaian.
Dalam pada itu, antara sumber pendapatan besar bagi negeri Terengganu adalah dari aktiviti pelancongan sama seperti Sabah dan juga Melaka. Negeri-negeri ini memang terkenal dengan aset-aset atau alam semulajadi yang menjadi tarikan orang ramai untuk melancong ke sana. Oleh itu, tindakan memperkenalkan tatacara pakaian bagi semua pelancong yang ingin ke Terengganu bakal menjejaskan industri pelancongan di Terengganu yakni potensi jumlah masukan pelancong berkurangan.
Malahan agensi-agensi pelancongan juga ada yang menentang idea tersebut dengan menjadikan alasan bahawa pelancong yang datang ke Terengganu telah mengenakan tatacara berpakaian yang sopan dan tidak perlu mengubal undang-undang tersebut. Beginilah realiti yang berlaku bilamana sesuatu yang mengarah kepada Islam ingin dilaksanakan. Belum lagi menetapkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah, yang mana membicarakan terperinci berkenaan aurat lelaki dan perempuan samada di tempat awam atau peribadi.
Tapi mengapakah kerajaan negeri Terengganu menarik balik perancangan tersebut ? Adakah mendapat tekanan dan tentangan dari rakyat Terengganu sendiri ? Dalam sistem kapitalis itu, kepentingan atau manfaat dijadikan sebagai sumber hukum dan bukannya menjadi Al-Quran itu sebagai rujukan. Mereka melihat dengan melaksanakan peraturan tersebut bakal menjejaskan keuntungan mereka akibat penurunan pelancongan ke negeri Terengganu. Sedangkan Allah itu yang memberi rezeki dan kepada-Nya lah tempat kita berserah dan bukannya kita yang menentukan rezeki itu.
Etika berpakaian dalam Islam
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
Dalam Islam, penetapan pakaian adalah untuk menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan. Dan etika berpakaian ini dibahagikan kepada tempat umum (public) dan juga tempat peribadi (private). Ini dijadikan sandaran bagi membincangkan aurat bagi lelaki dan juga perempuan. Malahan telah jelas batas-batas aurat lelaki dan perempuan dalam Islam.Untuk lelaki aurat itu adalah di antara pusat ke lutut sebagaimana hadis.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
Dalam Islam, penetapan pakaian adalah untuk menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan. Dan etika berpakaian ini dibahagikan kepada tempat umum (public) dan juga tempat peribadi (private). Ini dijadikan sandaran bagi membincangkan aurat bagi lelaki dan juga perempuan. Malahan telah jelas batas-batas aurat lelaki dan perempuan dalam Islam.Untuk lelaki aurat itu adalah di antara pusat ke lutut sebagaimana hadis.
Selain itu untuk keadaan lelaki dan lelaki di tempat tertutup auratnya juga adalah sama dan berbeza untuk lelaki dengan mahramnya. Lelaki dengan mahramnya perempuannya juga adalah di antara lutut dan pusat.
Berbeza dengan wanita, Allah telah menggariskan bahawa untuk kawasan public, aurat mereka hanya nampak muka dan pergelangan tangan sahaja. Malahan Islam telah menggariskan pakaian khusus untuk wanita Islam di kawasan public berbeza dengan lelaki muslim yang mana Allah tidak menggariskan pakaian khusus melainkan cukup menutup aurat sebagaimana yang Islam telah gariskan.
Definisi Khimar dan Jilbab
Dan bagi wanita di kawasan khusus contohnya di rumahnya , tidak diwajibkan berpakaian khusus sebagaimana di kawasan public tapi cukup untuk berpakaian sopan di hadapan mahramnya di rumah tersebut samada lelaki dan perempuan. Begitulah yang telah Islam tetapkan, malahan etika berpakaian bagi wanita di kawasan public ini diwajibkan kepada wanita non-muslimah yang berada di dalam Daulah Islam.
Begitu juga lelaki non-Islam mereka juga wajib untuk menutup aurat sebagaimana kewajipan ke atas lelaki muslim. Mereka bakal dikenakan takzir andai melalaikan kewajipan itu i.e berpakaian tidak senonoh di kawasan umum, samada orang Islam ataupun orang bukan Islam. Itulah sepatutnya diterapkan di dalam sebuah negara yang ingin mendaulatkan Islam sebagai yang teratas di dalam struktur pemerintahan Malaysia.
Inilah yang berlaku jika ingin menerapkan Islam namun asas pemerintahan Malaysia itu masih di bawah perlembagaan yang tidak Islami, bagaimanakah ingin melaksanakan sesuatu undang-undang bersifat Islami walhal perkara pokok yang memegang undang-undang itu sendiri adalah kufur iaitu Perlembagaan Malaysia.
Hari ini, penerapan Islam itu perlu mendapat redha daripada golongan kufur yang menyokong sistem perlembagaan itu, pastinya mereka dominan dalam menyatakan hak mereka kerana mereka didokong oleh sistem yang mengatur Malaysia ini.
Apakah yang akan berlaku kepada mereka andai yang menyokong Malaysia adalah perlembagaan Islam, dan kita ingin menerapkan undang-undang tersebut, pastinya orang Islam yang hak lebih dominan berbanding orang Islam sekular yang menentang penerapan hukum Allah s.w.t. Tiada jalan lain untuk menyelesaikan permasalahan umat Islam hari ini melainkan dengan penerapan Islam secara kaffah dengan KHILAFAH.
Iskandar Musa.
16 April 2015