Assalamualaikum,
Hizbut Tahrir Malaysia sedang menjalankan Kempen GST HARAM di serata pelosok Malaysia dari Kota Raya Kuala Lumpur sehingga ke Bandar Sandakan Sabah. Tujuannya adalah untuk memberikan kesedaran kepada umat akan keharaman GST atau Cukai dari sudut pandang Islam. Pemerintah yang ada telah mengambil sesuatu yang bukan hak mereka dan telah mewajibkan umat / rakyat untuk membayarnya. Itulah dia keburukan sistem ekonomi kapitalis, yang merupakan sistem yang buruk dan tidak adil kepada manusia.
Terdapat pelbagai pandangan yang menyeleweng dari pandangan sebenar Islam malahan sekadar untuk mempertahankan kerajaan Sekular dalam melaksanakan sistem percukaian yang bertentangan dengan Islam. Ulama' terdahulu telah jelas membahaskan bahawa cukai dalah haram untuk diambil dari umat slam.
Moga usaha ini akan memberikan sedikit cetusan idea kepada umat Islam selama ini mereka telah di atur oleh sistem kapitalis yang kejam malahan tiada tandingan dengan Islam.
Iskandar
29 Jamadil Akhir 1436H

Post a Comment

Previous Post Next Post