Kecoh kita dengar apa yang berlaku dan apa yang dibongkarkan oleh Caprice berkenaan sedikit tindakan UEL ketika di Gaza yang dikatakan akan menyukarkan bantuan NGO yang akan datang.

Selain dari team UEL yang memberi tahu mereka perlu melalui perjalanan 21 jam dengan hampir 20 sekatan. Selain itu,team NGO yang pergi ke Palestin banyak memberi ucapan terima kasih kepada Menteri Luar Malaysia & kerana hubungan baik dengan kerajaan Mesir.

Ingin saya jelaskan disini, Gaza / Palestine adalah tanah umat Islam, mengapa perlu hubungan rapat Malaysia & Mesir sedangkan kita sama2 mengucap kalimah syahadah. Ikatan syahadah itu sudah cukup sebagai ikatan yang kuat sesama muslim ! Namun dalam sistem negara Asyabiyyah ini, masing-masing negara umat Islam masih bertelagah di antara satu dengan yang lain, dan yang pasti ini adalah tujuan setiap pemimpin itu untuk mempertahankan kuasa mereka. Kejayaan kuasa besar satu ketika dahulu memecah belahkan negara umat Islam dan seterusnya masing-masing berusaha untuk mempertahankan kekayaan dan kuasa mereka sehingga hari ini.

Selain itu, kita semua akui bahawa negara-negara Arab ini dibelakangnya adalah negara-negara samada Amerika, British mahupun Russia. Negara-negara Besar ini menjadikan negara Arab ini sebagai tempat mereka untuk mengawal politik di timur tengah dan Israel itu dipergunakan mereka untuk menjadi krisis di timur tengah terus berlaku. Barat tidak pernah ingin krisis di Palestin dan Israel berakhir, memang mereka mahukan keadaan di Timur Tengah sedemikian agar mereka dapat terus menguasai negara Timur Tengah ini.


Bahkan, disebabkan pemimpin2 inilah krisis Palestin sehingga kini tidak sampai ke penghujungnya. Biarpun mereka bantu NGO, tp mereka sebenarnya bacul, di saat Israel membunuh umat Islam Palestin.  Pemimpin-pemimpin umat Islam di Timur Tengah memang menjadi boneka kepada kuasa besar, mereka dibiayai oleh Negara-negara besar dari segi ketenteraan dan bantuan kewangan.

Lihat sahaja sumbangan IMF sebanyak AS 5.2 billion kepada Mesir untuk menghadapi pandemik Covid19. Betapa mudahnya negara Mesir mendapat bantuan dari IMF, dan pastinya ini mendapat campurtangan dari US bagi menjaga hubungan baik mereka dengan Mesir. Bahkan kita tahu betapa akrabnya Israel dan Mesir, dan sehingga ini kewujudan Israel adalah disebabkan wujudnya boneka-boneka dari kalangan pemimpin-pemimpin Arab.

Mengapa mereka tidak bantu saat itu, jadi tidak perlu bantu NGOs perlu dihantar kesan dari peperangan itu!!

Pemimpin Mesir & Malaysia ini hadir setelah umat Islam Palestin dibantai dan dibunuh? Mana hubungan baik sesama Islam yang mana wajib kita melindungi umat Islam lain , bantu dengan kententeraan ke Palestin?

Isu Caprice dan Ust Ebit ini adalah sebahagian masalah yang dihadapi oleh NGO2 dari seluruh yang ingin membantu Palestin, tiada siapa yang perlu salah menyalahi di antara satu sama lain. NGO datang untuk memberi bantuan selepas peperangan yang dilakukan oleh Israel, dan ini akan terus berlaku dimana setelah semua bangunan itu dibina semula, Israel datang merobohkannya. Hal ini akan terus berlaku ibarat sesuatu yang berulang-ulang dek kebaculan negara-negara umat Islam datang untuk menyelesaikan perkara pokok dari masalah ini iaitu, dengan menghantar tentera untuk menghapuskan kebiadapan Israel ke atas umat Islam.

Tapi mereka perlu sepakat bahawa masalah ini berpunca dari pemimpin2 umat Islam yang bacul dan penakut. Terutama disekitar Palestin seperti Mesir, Jordan, Saudi, dan byk lagi.

Tugas NGO ini akan mudah sekiranya pemimpin umat Islam bersatu di atas ikatan akidah Islam. Pemimpin di Gaza pun kita ketahui ada diantara mereka yang pro-Israel dan terbukti seorang Khatib dihalau dari mimbar yang cuba mengajak umat Islam agar membantu kerajaan pro-Israel.

Moga Khilafah segera tertegak dan Palestin ditakluk kembali dibawah naungan Islam. Saat itu kita tidak perlu melalui 21 jam perjalanan selain karenah birokrasi untuk masuk ke Gaza. Khilafah akan menyelesaikan masalah Palestin dengan menghantar tentera untuk membebaskan Palestin dan akan melindungi Palestin sebagaimana pemimpin terbaik umat Islam di era Pemerintah Khilafah.

*****

“Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini (salah faham) seelok-eloknya berdamai,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Post a Comment

Previous Post Next Post