Asslamualaikum,
Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kursus Haji Perdana 2014 di ADTECH Taiping, Perak. Kursus ini dianjurkan setiap tahun untuk para Haji yang telah pasti untuk menunaikan haji pada tahu tersebut. Jadi disini saya ingin sharing beberapa peralatan yang perlu dibawah oleh jemaah lelaki, pada saya pakaian yang minima sudah cukup dan tidak terlalu banyak sebagaimana yang telah saya alami;
1. 1 set baju ihram
2. 1 set baju biasa ( baju melayu atau baju santai)
3. Tikar satu untuk lapik tidur
4. Alatan mandi ( cukup sabun dan ubat gigi)
5. Seluar dalam -2 helai
6. Ubatan
7. Batu untuk melontar 70 biji
8. Buku rujukan haji- satu buku
Barangan lain seperti bantal, selimu, pakaian melebihi sehelai adalah tidak perlu. Barangan di atas sudah mencukupi sahaja satu beg kecil untuk diisi. Bagi saya yang datang dari Ipoh terus memakai pakaian ihram.
Haji Tamatu' ( Umrah Tawaf, Saie, dan bercukur/memotong rambut)
Pembahagian kumpulan dari daerah-daerah Perak dibahagikan dalam bentuk Maktab 51, 52 and 53. Daerah-daerah dari perak seperti Ipoh, Bagan Serai, Taiping, Kuala Kangsar, Bota, dan Gerik. Tempat penginapan untuk semalam adalah seperti gambar diatas yang mana lapiknya hanya canvas putih dan biru. Maka untuk yang datang bolehlah bawa alas untuk tidur.
Sepanjang hari pertama pakaian yang dipakai hanyalah baju ihram dan aktiviti penuh sehingga petang. Masa untuk mandi dan ke tandas perlulah diuruskan sepenuhnya, memandangkan kehadiran yang lebih 1000 orang, maka tandas agak ramai dan memungkinkan hanya mandi-mandi ayam sahaja. Aktiviti hari pertama;
1. Aktiviti ibadah umrah bagi Haji Tamatu'. Yakni niat ihram umrah di miqat dan seterusnya menunaikan tawaf dan saie, dan bergunting.
Aktiviti ibadah hari pertama tamat pada jam 6.30petang. Dan seterusnya makan malam dan bersiap-siap untuk solat maqrib berjemaah di dewan besar Adtech. Kepenatan baru sahaja aktiviti saei dan tawaf yang sedikit dan jarak saie itu pun hanya 1/4 daripada jarak sebenar di tanah haram kelak. Moga insan ini dan rakan yang akan menjadi tetamu Allah tahun ini diberikan kesihatan agar dapat menempuh dan melaksanakan haji ini.
Selepas solat maqrib, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan surah yasin mendoakan agar semua para jemaah diberikan kesihatan dan kekuatan sehingga tarikh penerbangan. Setelah selesai solat Isyak, majlis diteruskan dengan majlis perasmian ibadah Haji Akhbar 2014 oleh YB yang bertanggungjawab dalam menjaga uruasan keagamaan di Perak. Alhamdulillah majlis selesai sekitar 11.45 malam.
Aktiviti ibadah praktikal diteruskan dengan wukuf di Arafah, mabit di muzdalifah dan melontar jamrah kubra untuk tahalul thani. Dan melontar jamrah untuk hari tasyrik yang pertama 11 Zulhijjah.
Mabit di Muzdalifah dan Melontar jamrah kubra.
Aktiviti wukuf di Arafah disyararkan seperti didalam dewan Adtech, khutbah Arafah disampaikan oleh Ust yang ditugaskan dan seterusnya dicerikan bahawa khutbah kedua di Arafah kelak serentak dengan Adhan kedua. Setelah tamat khutbah, maktab yang dilepaskan dahulu adalah MK-52, diikuti MK-53 dan yang terakhir MK-51. Jemaah bergerak ke muzdalifah untuk bermabit biarpun sementara untuk solat tahajjud, taubat, dan mengutip batu untuk melontar.
Untuk hari yang pertama 10 Zulhijjah, 7 anak batu untuk mendapatkan tahalul Thani setelah melontar jamrah Kubra, jemaah akan bercukur untuk mendapatkan tahalul Thani dan bebas sebahagian daripada 13 larangan ihram Haji melainkan yang berkaitan dengan hubungan sesama lelaki dan perempuan.
Oleh yang demikian, jemaah bolehlah bercukur di Mina kelak setelah melontar jamrah Kubra. Dan untuk hari-hari tasyrik kelak hanya berpakaian biasa untuk melontar pada 11,12,13 Zulhijjah untuk jamrah sugra, wusta dan kubra. (63 biji anak batu).
Bagi lelaki disyaratkan agar melontar menampakkan ketiak yakni isyarat benar-benar seperti melontar dan bagi wanita tidak boleh bukak ketiak, kena sedikit mengepit. Alhamdulillah selesai aktiviti untuk malam itu dan jemaah dibenarkan pulang ke maktab-maktab masing untuk minum malam dan berehat. Malam itu saya setelah selesai minum malam terus melelapkan mata dengan pakaian ihram walhal boleh sahaja terus untuk menukarkan pakaian, tapi cuma mahu merasakan berpakaian ihram kelak sebagaimana di Muzdalifah ketika diawal pagi.
Hari kedua dan terakhir kursus Perdana
Alhamdulillah, masing-masing bangun awai sekitar 3.30pagi untuk bersiap-siap solat tahajjud dan solat subuh. Perkara pertama adalah untuk berebut bilik air kerana andai lewat pasti beratur panjang untuk tunggu turn ke bilik air. Alhamdulillah pagi itu Allah memudahkan urusan mandi memandangkan masih tidak ramai orang. Setelah bersiap-siap dengan pakaian biasa, saya berehat dan melelapkan mata bagi menunggu waktu sekitar jamw 5pagi baru bergerak ke dewan besar.
Solat subuh berjemaah dengan seluruh ahli jemaah kursus Perdana tahun ini. Setelah solat subuh kami meneruskan ibadah praktikal yang berikutnya untuk melontar jamrah hari tasyrik 12 dan 13 sebanyak 42 biji anak batu. Diikuti dengan tawaf haji sebanyak 7 kali dan diikuti dengan saie haji dari Safa ke Marwah 7 kali.
Memandangkan jemaah-jemaah masih belum sarapan, pastinya agar mencabar bagi melakukan aktiviti tersebut. Alhamdulillah semua jemaah berjaya menyempurnakan aktiviti praktikal tersebut. Safa dan marwah diajar agar semua jemaah agar berlari-lari anak bile mendekati lampu hijau.
Selain saie kami terus bertahalul. Tapi aktiviti hari ini kami memang dah pakai pakaian biasa sebab tahalul awal lepas lontar jamrah Aqabah. Jadi baki melontar hanya berpakaian biasa, tawaf dan saie.
Selesai program tersebut sebelum Zuhur, jemaah2 makan tengahari dan sedia untuk pulang ke daerah masing-masing. Untuk kami pulang ke Ipoh. Alhamdulillah selesai kursus Akhbar Haji 2014 peringkat negeri Perak. Sekarang bersedia untuk ke Makkah Al-Mukaramah, insyallah diberi peluang dan kesihatan. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Abu Falah 2014.