Monday, December 21, 2015

Travelog: Maldives Keunikan Negara Ribuan "Pulau", Menanti Dengan Kejernihan Airnya dan Keputihan Pasirnya Ibarat Mutiara. Jadikan checklist negara percutiaan anda !!


Assalamualaikum, 

Entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjejakkan kaki di tanah Maldives. Sebelum membuat sebarang keputusan untuk ke sana, pastinya kita akan melakukan beberapa persediaan awal mahupun checklist bagi memilih destinasi tersebut. Di antaranya bagaimana anda ingin memastikan percutian anda itu penuh bermakna?

Lapangan terbang Maldives di bina di atas pulau buatan, pulau menaiki bot untuk ke bandar Male. Usah risau, perkhidmatan bot transit dari Male di Lapangan terbang disediakan 24 jam.
Maldives adalah sebuah negara yang mempunyai sangat banyak pulau dan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain adalah menggunakan bot. Kami menggunakan flight Malaysia Airlines yang bertolak petang dari Kuala Lumpur dan sampai di sana sekitar jam 9 malam. Untuk pengetahuan semua, masa di sini adalah lewat 4 jam dari waktu Malaysia i.e Malaysia jam 10 malam, di sana baru jam 6 petang. Matawang yang laku dan majoriti menggunakan di sini adalah US dollar $.

Helicopter view...pemdangan dari atas bandar Male.
Bandar Male, jelas susunan bangunan di bandarnya ini menunjukkan kepadatan penduduk di sini. Jalanraya utamanya ibarat lorong sahaja di Malaysia.
Sampainya kami disana, perkara yang menjadi persoalan adalah di mana and bagaimana mahu ke hotel yang kami tempah di bandar Male. Kami tidak mengambil mana-mana agensi untuk mengatur percutian kami sebaliknya menguruskan sendiri perjalanan percutian kami di Maldives termasuklah pengangkutan. Alhamdulillah, di sini orangnya ramah-ramah dan mudah untuk kita mendapatkan bantuan dari mereka. Dan Maldives adalah negara majoriti umat Islam !!

Kami membeli kad prabayar di Airport Maldives, di sini dengan harga sekitar $50 yakni sekitar , matawang yang dipakai di sini adalah dollar dan matawang Maldives. Jadi di Malaysia saya telah membuat tukaran awal-awal sebelum ke sana. Namun kesan dari jatuhnya nilai matawang Malaysia menyebabkan tukaran ke dollar agak rendah. Nasib orang Malaysia yang ingin ke luar negara. 

Setelah selesai membeli kad prabayar dan menukarkan sim yang baru, selain kemudahan internet yang disertakan dalam talian telefon tersebut. Ini adalah bagi memastikan kemudahan untuk berhubung terutama menggunakan talian whatsapp dengan keluarga di Malaysia. Kami meneruskan perjalanan ke jeti yang berhampiran dengan Airport nak ke bandar Male. Bayaran hanya $1 untuk seorang, dan kanak-kanak juga dikenakan caj. Perjalanan ke bandar Male sekitar 15minit dengan bot.

Rupa bot dari Lapangan Terbang ke Bandar Male.
Untuk makluman semua kemudahan bot dari bandar ke Airport memang kerap dan anda tidak perlu risau tentang samada ada atau tidak bot ke bandar. Setelah sampai di jeti bandar, kami perlu mencari teksi ke hotel kami, kalau ikutkan di Male ini, semua boleh berjalan kaki kerana pulaunya tidaklah besar mana. Namun disebabkan fikirkan faktor keselamatan membawa 2 orang kanak-kanak dan wanita, kami pun menahan sebuah taxi.

Caj utk perkhidmatan teksi di Male adalah tetap tak kira kemana anda pergi dalam pulau ini dengan caj $5 dan setiap beg yang di simpan dalam bonet akan dicaj $1. Jadi beg 4 total anda akan di caj $9. Kiranya harga teksi agak berpatutan cuma pada jumlah beg itu agak berbeza dengan di Malaysia, bayaran teksi telah disertakan termasuk beg tetapi tidak di Maldives. 

Di antara seni bina yang menarik terdapat di Male. 
Kami memilih untuk bermalam di Male dan keesokan kami akan menggunakan feri awam ke Pulau percutian kami. Di Malaysianya terdapat banyak sekali Pulau, dan ada Pulau tertentu memang tidak orang awam tinggal sebaliknya sekadar pulau percutian atau hak milik persendirian. Oleh itu, pulau yang kami bakal pergi ini adalah pulau yang terdapat rakyat Maldives tinggal maka terdapat feri yang murah. 

Jika tidak perlu menggunakan private boat yang mengenakan caj $275 sehala sahaja, betapa mahalnya? Malahan untuk pulau persendirian, disediakan hanya boat plane yang dikena caj $200-300 sehala. Makanya percutian di Maldives ini yang menjadi mahal adalah pengangkutan ke tempat percutian di pulau berlainan dengan pusat bandar. Malahan di Pulau-pulau private itu boleh sahaja untuk kita dapat tempah hotel dibawah RM 200 dengan pemandangan yang amat menarik. 

Di antara keunikan masjid di sini, setiap masjid akan mempunyai telaganya sendiri. Malahan ada telaga yang telah dibina ribuan tahun dahulu. Kami juga telah menggunakannya untuk mengambil wudhuk.
Sekadar itu sahaja untuk enteri kali ini. Nantikan untuk edisi berikutnya. Moga memberi sedikit informasi yang berguna buat teman-teman semua. Untuk percutian, bandar Male sendiri dalam masa sehari anda akana dapat pusing satu pulau @ pusat bandarnya. Malahan perlu diingatkan disini, elak untuk tiba pada hari Jumaat di Maldives, kerana negara ini cuti pada hari Jumaat dan semua pengangkutan awam ke pulau-pulau lain tidak termasuk bot ke airport, tidak beroperasi pada hari Jumaat.

Iskandar musa.

No comments:

Google+ Followers