Islam memandang perbuatan zina tergolong dlm hukum Hudud. Dimana Islam merincikan apa hukuman yang akan dikenakan kepada golongan tersebut. Selain itu Islam membahagikan hukuman tersebut kepada dua golongan;

1. Ghairu Muhsan ( belum berkahwin)
2. Muhsan ( sudah berkahwin)


Sebatan sebanyak 100 kali bagi yang belum berkahwin jika didapati bersalah berzina di mahkahamah. Sebaliknya untuk muhsan ( sudah berkahwin), hukumannya lebih iaitu rejam sampai mati.

Ini merupakan hukuman dalam Islam bagi menangani gejala penzinaan yang berlaku dalam masyarakat. Hari ini kita tidak diterapkan dengan hukum Allah, jadi tidak heranlah penzina ini berani untuk membuat kenyataan terbuka yang mereka terlibat dalam aktiviti penzinaan.

Antara kesan dari penzinaan, wujudlah masalah-masalah lain seperti pembuangan bayi, anak luar nikah dan sebagainya. Ini merosakkan nasab umat Islam jika perkara ini tidak dibendung dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah.

Pelbagai perrmasalahan yang berlaku hari ini kerana tiadanya Islam diterapkan dalam masyarakat sebaliknya manusia diatur dengan hukum atau undang-undang buatan manusia. Lantaran kemusnahan yang dirasai oleh kita sekarang ini kerana kita masih gagal untuk meletakkan perjuangan Islam itu sebagai yang utama.

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post