Disamping itu, kembara sehari membawa teman ke majlis perasmian KHILAFAH CENTRE di seksyen 7,Bangi,Selangor. Hari yang penuh bermakna dan bersejarah bagi Hizbut Tahrir Malaysia,yang secara rasminya mempunya pusat pengurusan/pentadbiran Hizbut Tahrir Malaysia. Khilafah Centre merupakan
sebuah rumah kedai tingkat atas,di pusat ini diadakan seminar-seminar kecil yang terbuka kepada umat.
Gmbr:Dirasmikan oleh Presiden HTM
Disamping dapat meningkatkan pengetahuan Islam, para peserta juga dapat memahami punca sebenar kemunduran Islam hari ini dan bagaiman Hizbut Tahrir melihat dari aspek thariqah Islam dalam menyelesaikannya dan bukan bersandarkan method dari barat seperti DEMOKRASI.
Moga usaha mulia Hizbut Tahrir Malaysia dan yang pastinya lebih mulia daripada perjuangan bangsa oleh UMNO,perjuangan liberalisme oleh PKR mendapat hidayah dan keredhaan Allah swt. Penyatuan umat Islam hari ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan mengembalikan kerangka pemikiran yang sebenar bersandarkan nas-nas jelas. Bukannya bersandarkan perasaan ataupun nafsu belaka.Maklumat lanjut layari mykhilafah.com.
Teman mendoakan keberjayaan HTM untuk terus maju ke hadapan mendidik umat dalam memahami perjuangan mendirikan KHILAFAH dan kewajipannya !! agar umat tanpa terus leka untuk tido dalam kerangka pemikiran kapitalisme.