Assalamualaikum,
- Perhimpunan sejuta Belia di Putrajaya mendapat liputan yang amat besar sehinggakan laporan mengatakan sekitar 2 juta orang telah menghadiri perhimpunan tahunan itu. Pihak kerajayaan pastinya mempunyai agenda tersendiri dalam merancang program ini dan pastinya mereka ingin meraih undi daripada para belia yang berusia 21 tahun dan ke atas. Ini merupakan rencana terbesar dan tiada tujuaan lain yang ingin mereka kecepi melainkan untuk meraih sokongan undi daripada pihak belia.
- Benarlah kata-kata Najib yang mengatakan bahawa demokrasi yang diamalkan pembangkang sebagai demo crazy, namun tegas saya ingin katakan disini adalah demokrasi itu sendiri memang sebuah democrazy kerana ia adalah ciptaan manusia dan palsu belaka dapat mengatur manusia dengan baik.
- Para pejuang berani mati democrazy perlulah sedar tiadalah kesyumulan demokrazy ini sebagaimana Islam. Para belia perlu sedar bahawa mereka adalah pewaris umat Islam yang perlu bersama mendirikan daulah Khilafah Islamiyyah. Bukannya berhimpun sejuta di Putrajaya untuk bergembira dengan konsert, drag racing, K-Pop, sukan extrem dan sebagainya.
- Belia sewajarnya dididik dengan tsaqafah-tsaqafah Islam yabg benar dan membentuk keperibadian Islam yang terunggul. Mereka sewajibnya didedahkan dengan peristiwa-peristiwa keberanian belia-belia Islam di Timur tengah yang berani berjuang kerana Islam.
- Belia perlu diangkat motivasinya bagi mencontohi para sahabat Nabi yang mampu untuk mengetuai bala tentera Islam di usia yang amat muda seperti Ibnu Umar dan Usamah bin Zaid. Usamah bin Zaid dilantik Nabi untuk mengepalai bala tentera Islam menentang Rom pada usia 18 tahun. Dimanakah belia Islam di usia 18 tahun??
- Disini bukanlah saya ingin memprovokasi belia-belia Malaysia untuk melakukan keganasan semborono sebagaimana yang ditegah dalam Islam. Namun perjuangan belia Islam Palestine kerana mereka tidak dibantu oleh tentera Islam yang bacul di Turki, Mesir, Syria, Lubnan, dan Jordan. Maka mereka menggunakan senjata batu untuk membalas kekejaman pihak Yahudi dan janganlah kita dikalangan mereka yang cakap tanpa melihat perisitiwa tersebut dalam kontek yang lebih
- Ayuh belia Islam Malaysia, kamu adalah pewaris pejuang-pejuang Islam segagah Umar Al-Khattab, berani seperti Hamzah, licik dan pintar seperti Ali dan tidak menyerah kalah seperti Bilal. Ayuh marilah bersama-sama memperjuangan kembalinya Khilafah Islamiyyah.
Sekian Wassalam.