Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat pembaca sekalian dijemput untuk menghadirkan diri majlis ilmu "Munaqashah" anjuran Hizbut Tahrir Malaysia di Khilafah Centre Johor Bahru. Penceramah-penceramah adalah tokoh intelektual dan juga pendakwah bebas Hizbut Tahrir. Alamat dan poster program ini adalah seperti dibawah.

Tarikh: 13 Januari 2013 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat: Khilafah Centre Johor Bahru,
20-01, Jalan Putra 1,
Taman Sri Putra, Johor Bahru

Seluruh warga Johor Bahru dijemput hadir bagi memberi satu pencerahan baru dan jernih tentang isu yang hangat diperkatakan yakni Gaza dan Syria. Apa yang kita mahukan daripada permasalahan ini adalah solusi dari kaca mata Islam. Bukanlah solusi ataupun gula-gula yang dihulurkan oleh pihak imperialis Barat seperti Amerika, Britain, mahupun Jerman.

Seterusnya kita ingin meneliti ajen-ajen Barat dari kalangan pemimpin umat Islam sendiri yang terus menjadi kaki dan tangan imperialis untuk menyebarkan luaskan idea Demokrasi dan kebebasan bersuara. Alangkah deritanya umat Islam kerana memiliki pemimpin boneka sedemikian dan alangkahnya sedihnya kerana umat Islam terus ditipu dengan keselesaan sementera yang tidak memberi apa-apa kesan ke atas kebangkitan sebenar umat Islam.

Adakah Sirna Kebangkitan Negara Islam (AL-Khilafah di Syria)?

Adakah potensi negara Arab atau As-Syam untuk meneruskan kesinambungan kegemilangan negara Islam (Khilafah) selepas Khilafah Uthamaniyyah?

Ayuh hadirkan diri untuk merungkaikan segala persoalan di atas dan jadilah kita dikalangan umat Islam yang berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan. 


Post a Comment

Previous Post Next Post