Keratan daripada Malaysia Insider ;
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. - TMI
Sekali lagi Pakatan Rakyat dihimpit dengan kes terbaru berkenaan perletakkan DUN Kajang bagi memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dalam PRU Kecil Kajang. Sebagaimana laporan berita semasa, memang dapat diagak bahawa DSAI bakal mengantikan Menteri Besar sekarang.
Konflik dalaman Selangor mula mencapai keadaan yang memerlukan campur tangan DSAI yang akhirnya mengorbankan seorang DUN Keadilan. Refleksi daripada pihak UMNO mahupun rakan pakatan rakyat bercampur gaul dan akhirnya menjadi alat UMNO untuk menghentam Keadilan.
Rakyat sebagaimana biasa terus ditipu oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Pergaduhan dalaman mereka dalam isu PKNS seterusnya membawa kepada perletakkan jawatan DUN Kajang. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kesafahaman melainkan atas berkepentingan bersama untuk meraih undi dalam piliharaya yang akan datang.
Inilah musibah demokrasi yang telah melanda umat Islam hari ini yang terus diperdayakan dengan sistem yang tidak Islami ini. Sistem kufur ini dicipta oleh manusia dan akan terus digunapakai oleh mereka yang berkepentingan untuk meraih kekuasaan dan bukannya mahu melaksanakan Islam. Islam tidak lagi menjadi agenda utama mereka sebaliknya kekuasaan atau kepentingan peribadi mereka yang menjadi titik tolak kepada sebarang keputusan yang dilakukan.
Demokrasi
adalah sistem kufur yang terus diterima pakai di negara - negara umat
Islam. Masih ada umat Islam di dunia ini tsiqah dengan sistem yang kufur
ini, alangkah sedihnya melihat akan situasi ini akibat ketidaksedaran
umat akibat kegagalan sistem kufur ini. Perkara perletakkan ahli DUN
bukan sesuatu perkara baru kerana beberapa kes telah berlaku sebelum
ini seperti dibawah;
2014: YB Lee.Chin Cheh (ADUN Kajang)
2009: Empat ADUN PKR Perak lompat parti,kembali kepada UMNO (http://anwaribrahimblog.com/2009/02/13/bn-terus-rakus-ugut-adun-pakatan-lompat-parti/)
ADUN Kajang, Lee Chin Cheh menafikan spekulasi bahawa dia telah memberi maklumat yang salah kepada sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan. - Mkini.
Laporan Malaysiakini akan bakal menjadi kenyataan dan kita yakin bahawa Tan Sri Khalid bakal digantikan oleh DSAI setelah Pilihanraya kecil DUN Kajang.
Apapun alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid mahupun DSAI, permainan mereka memang sudah dijangka,kemelut dalaman PKR sudah tidak dapat disembunyikan lagi.http://www.myundi.com.my/pru13/selangor.aspx, link merujuk kepada keputusan PRU-13 yang merujuk kepada kemenangan 14 kerusi PKR bertanding DAP and PAS dengan 15 kerusi.
Mengapa DUN Kajang dan bukannya DUN lain? Pada hemat saya, kalau kita meneliti link tersebut kita akan dapat perhatikan bahawa tidak ramai DUN berbangsa Cina dan kemenangan dengan majoriti juga adalah berbeza. Untuk PKR meletakkan DSAI,adalah meletakkan risiko andai mereka meletakkan kawasan dengan majoriti sedikit,dan agak keterlaluan untuk menendang DUN yg menang dengan majoriti sangat besar *belasan ribu. Untuk membuang YB Melayu juga agak berisiko kerana ia akan digunapakai oleh UMNO untuk sentimen Melayu,makan yang dikorbankan adalah YB Cina dan kemenangan dengan majoriti di antara rendah dan tinggi. Maka kawasan YB Lee Chin Cheh dilihat agak sesuai bagi DSAI bertanding.
Akhir kalam, keputusan PRU Kecil Kajang ana nampak akan menuju kepada kemenangan Keadilan kerana banyak isu-isu massa kini ke arah Keadilan seperti isu gula, GST, harga kereta, dan pelbagai lagi.
Anwar bakal mengantikan Tan Sri Khalid. Pada saya ya benar DSAI bakal mengantikan menteti besar Selangor sekarang kerana dalam peruntukan Selangor tiada seberang peraturan MB mesti lahir di Selangor sebaliknya cukup sekadar Melayu dan Islam.
PRU-14 menyaksikan DSAI sudah cukup tua untuk bertanding bagi mencapai jawatan Perdana Menteri (PM) andai Pakatan Rakyat menang, maka ini nampaknya "last step" untuk beliau memegang jawatan besar dalam institusi Nasional di Malaysia sebagai Menteri Besar Negeri Selangor.
Apakah akan berlaku kepada Selangor selepas DSAI menjadi Menteri Besar? Adakah kemelut PKNS akan terpadam dengan DSAI menjadi MB? Seterusnya ke mana hala tuju Tan Sri Khalid setelah diganti oleh DSAI?
Insyallah ana akan sambung pada penulisan yang akan datang...Wassalam.