Assalamualaikum, Kuala Lumpur, April 2014: Kali, ini NIS ingin menulis enteri berkenaan Barack Obama. Mengapa kita sewajibnya menolak agar bekerjasama dengan pengganas No.1 di dunia ini dengan bukti-bukti dibawah ini;
1. US merupakan negara imperialis yang akan tidak henti-henti berusaha untuk menguasai mana-mana negara terutamanya negara umat Islam yang kaya dengan bahan mentah.
1. US merupakan negara imperialis yang akan tidak henti-henti berusaha untuk menguasai mana-mana negara terutamanya negara umat Islam yang kaya dengan bahan mentah.
2. US menguasai sesuatu negara bukan hanya untuk menguasai kekayaan yang ada disesebuah negara yang ditaluki malahan akan berusaha untuk menerapkan ideologi kapitalisme dan sekularisme di dalamnya.
3. US menghantar drone (pesawat pengintip tanpa pemandu) ke mana-mana seperti Pakistan untuk tujuan perisikan malahan membunuh umat Islam disana.
4. Kekejaman US telah terbukti di Afghanistan dan Iraq dimana ramai rakyay negara tersebut yang dibunuh malahan tentera US sendiri membunuh dan menyeksa ramai orang Islam tanpa apa-apa alasan.
5. Kekejaman US di penjara Guantanamo Bay yang telah mendapat kritikan dunia dimana tahanan-tahanan disitu ditangkap tanpa sebarang bicara. Seksaan di penjara itu juga amat kejam.
6. Hubungan baik US dan Israel tidak dapat dinafikan lagi, antara isu yang tidak pernah selesai adalah kes penaklukan dan penjajahan oleh Israel Laknatulah ke atas umat Islam Palestin. Dimana ramai rakyat Palestin yang dibunuh dan ditangkap. Tanah-tanah umat Islam Palestin dirampas, rumah dirobohkan dan kanak-kanak dibunuh.
7. Adanya tangan-tangan US dlm krisis dinegara-negara umat Islam seperti di Syria dan Mesir, yang menyebabkan kekuatan yang menafikan kebangkitan Islam. Selain itu US membantu pemimpin yang kejam dan pembunuh dalam terus memimpin sesuatu negara selagi memberi manfaat dan menjadi kuli mereka.
Kesimpulannya inilah alasan-alasan mengapa kita perlu menolak Barack Obama dari. Hizbut Tahrir Malaysia baru-baru ini telah mengadakan seruan/demonstrasi bagi mengutuk kekejaman rejim Amerika Syarikat ke atas negara-negara umat Islam di seluruh dunia seperti Afghanistan, Pakistan, Iraq, Mesir, Palestin, Uzbekistan, Sudan, dan banyak lagi negara. Sesungguh pemimpin kutuk Amerika ini Barack Obama merupakan pengganas No.1 di dunia, dialah yang membunuh ramai umat Islam, dialah yang mengatur segala macam campur tangan dalam negara umat Islam.
Amat sedih apabila melihat umat Islam harini terutamanya pemimpin umat Islam boleh bersalaman malahan "BANGGA" dapat bertemu dengan pemimpin ini. Malahan pujian dan sokongan yang dihambur oleh Presiden of United States ini dihebohkan malahan dijadikan muka hadapan sesebuah akhbar i.e. US puji tindakan Perdana Menteri dalam tindakan tersebut. Inilah hakikatnya pemimpin umat Islam hari ini, dihadapan umat Islam mereka berani berbuat apa sahaja seperti tangkapan, risikan, deraan dan pelbagai lagi, tp terhadap "BOSS" mereka ini, hanya tunduk dan angguk tanda setia untuk menerima sebarang arahan. Ibarat anjing yang mengikut kata-kata si pemiliknya, baling tulang ke kiri, ke kiri la si anjing akan berlari dan mengambilkannya dan kalau ke kanan, ke kananlah ia.
Moga pemimpin umat Islam ini diberi petunjuk oleh Allah swt, dan sessungguhnya pemimpin yang beralih kepada Islam dan mendaulatkan Islam, amat terpujilah mereka seperti puak Ansar yang memberi nusrah kepada Nabi Muhammad saw. Sungguh mulia kalian disisi Allah swt saat kalian bersedia untuk mati kerana Islam dan insyallag syurga akan kelak akan menanti kalian apabila kalian meninggalkan muka Allah swt ini.
Amin ya rabbal alamin..Ya Allah sessungguhnya akan menulis untuk menyampaikan ajaran-Mu, redha la ia.
Iskandar.