MH17 menunjukkan permainan kuasa besar dalam mencatur politik dunia. Dalam perkembangan terbaru MH17 ini kita dapat perhatikan kuasa besar seperti US, Britain, dan Australia bersekutu dalam memberi tekanan kepada Russia. Apa tidaknya kehilangan MH17 daripada radar namun dalam beberapa jam terus keluar kenyataan bahawa MH17 terhempas akibat ditembak oleh peluru berpandu? Siapa yang melihat secara tepat ia telah ditembak dengan peluru berpandu dan bagaimana pemberita tahu ianya terhempas disebabkan peluru berpandu.
Berbanding dengan MH370, terhempas atau hilangnya masih timbul persoalan. Saat hilangnya kapal terbang tersebut sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan. Malahan serpihan daripada pesawat tersebut masih belum ditemui. Namun disaat pencarian MH370 masuk fasa yang baru, dunia telah dikejutkan dengan tragedi terbaru kepada pesawat milik Malaysia Airlines Sdn Bhd.
https://www.youtube.com/watch?v=SiUYlm7M6vc&feature=youtube_gdata_player
(Video di atas membuat perbandingan dua pemimpin besar dunia Putin and Obama)
Russian dan Ukraine sebagaimana yang diketahui telah bertelagak sejak awal tahun 2014 malahan berita berkenaan tentangan kedua-dua pihak di dalam media semasa. Namun masyarakat dunia barangkali ada yang tidak ingin mengambil tahu tentang peperangan atau konflik diantara kedua-dua pihak. Namun perisitiwa MH17 ini telah membuka mata banyak pihak, malahan trending Google dan Yahoo juga menunjukkan masyarakat dunia ingin mengetahui secara terperinci perkara tersebut.
Masyarakat dunia terus tertanya-tanya dan buat ahli keluarga mereka mahu pembelaan diatas kematian ahli keluarga mereka. Tekanan demi tekanan diberikan kepada Russia yang dikatakan menguasai kawasan konflik tersebut, biarpun tanah tersebut adalah dilingkungan Ukraine namun dibawah kekuasaan pihak pemberontak pro-Russia. Pasukan penyiasat Malaysia yang telah terbang ke Ukraine untuk ke tempat lokasi namun sehingga hari ini masih gagal untuk sampai ke tempat lokasi yang hampir 500km jarak dari bandar Kiev.
https://www.youtube.com/watch?v=VjrlTMvirVo&feature=youtube_gdata_player
(Video menunjukkan akan ketegasan Putin dan pastinya amat sukar untuk memberi tekanan kepada Russia)
Faktor keselamatan juga amat penting untuk diperhatikan oleh pihak Malaysia yang pergi ke sana. Ini disebabkan wilayah masih dibawah kekuasaan pemberontak dan memang amat bahaya untuk ahli keluarga mangsa juga ke wilayah tersebut. Pembunuhan penumpang dan anak kapal MH17 yang melebihi 200org pun mereka sanggup lakukan apatah lagi bilangan yang lebih kecil. Keluarga mangsa memang wajar untuk diberikan maklumat yang sebenar dan mereka telah hilang keluarga yang dikasihi.
Untuk keluarga Muslim, ini bakal memberi kesan yang mendalam memandangkan bulan Ramadhan dan tidak lama lagi akan menyambut Aidilfitri. Moga mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan dari Allah swt ini, sesungguhnya dari-Nya dan kepada-Nya kita akan kembali. Doakanlah kepada arwah-arwah agar ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan solehah.
Di saat dunia leka memberi perhatian kepada perisitiwa MH17, kita dialihkan daripada memerhatikan perkara yang tidak kurang pentingnya dimana umat Islam di Gaza disembelih dan dibunuh oleh rejim Yahudi. Angka korban telah melebihi 300 orang, dan akan terus meningkat. Seperti yang kita jangkakan badan dunia seperti UN dan PBB akan terus berdiam dan tidak melakukan sebarang tindakan.
Kepentingan Israel adalah perkara prioritas buat mereka dan bukannya rakyat Palestin. Isu umat Islam Palestin adalah isu dan masalah umat Islam, kita sendirilah perlu menyelesaikannya dan bukan berharap kepada pihak kuffar. Moga di saat bulan Ramadhan ini kita terus berdoa agar Khilafah segera tertegak menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia.
Amin ya rabbal alamin.
Iskandar Ramadhan 1435H.
Iskandar581@gmail.com