Asslamualaikum,
Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan terbaru pesawat Malaysia Airlines MH17. Setelah hampir berbulan-bulan misi pencarian MH370 tidak berjaya, dan seterusnya kita dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa pesawat MH17 milik syarikat penerbangan Malaysia.
Malaysian jet shot down by surface-to-air missile
http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysian-jet-shot-down/1270060.html
Dalam masa yang sama juga semalam Israel telah memulakan serangan darat ke atas Gaza. Dunia dialihkan perhatian ke arah MH17 dan dalam masa yang sama Israel terus membedil dan membunuh umat Islam di Gaza. Adakah kit sedar tentang perisitiwa ini? Seolah-olah ianya sengaja atau tidak disengajakan perkara ini boleh berlaku serentak.
Israel launches ground operation in Gaza
http://www.channelnewsasia.com/news/world/israel-launches-ground/1270032.html
Kejadian tragedi MH17 ini berlaku sehari selapas US dan European Nation membuat kerjasama untuk meningkatkan lagi sekatan ekonomi ke atas Russia yang menjadi dalang provokasi ketidakstabilan Ukraine. Adakah ini menyebabkan Russia mengambil jalan mudah untuk memberi perhatian dunia dengan menembak jatuh MH17? Perisitiwa MH17 ini juga telah melonjakkan duit US berbanding Euro dan melonjakkan harga minyak dunia seperti link dibawah ;
Oil prices jump after Malaysian jet crash in Ukraine
http://www.channelnewsasia.com/news/business/international/oil-prices-jump-after/1270026.html
Negara besar dunia seperti Britain dan US terus bersatu bagi memberi tekanan ke atas Russia, dan mereka terus menggunakan badan-badan dunia seperti UN dan PBB. Sesungguhnya apa yang berlaku terhadap MH17 bukanlah satu kebetulan dan kemalangan yang tidak dirancang. Dunia menyaksikan teater atau filem yang sedang diarahkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, malah ini juga merupakan satu perisitiwa yang tidak mungkin tidak sengaja.
World leaders demand UN probe into downed Malaysia plane
http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/world-leaders-demand-un/1270000.html
Dalam melihat permasalahan ini kita perlh melihat secara lebih meluas dalam konteks negara-negara besar Britain, US dan Russia. Dalam isu Ukraine kita dapat lihat bahawa Britain dan US bersatu untuk memberi tekanan ke atad Russia.
Inilah yang berlaku ke atas umat Islam, barat bersatu dalam menjatuhkan umat Islam namun dunia Islam atau pemimpin -pemimpin Islam tidak bersatu dalam isu Palestine. Adakh kit sedar?
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Pemimpin umat Islam hari ini cintakan Dunia dan takutkkan mati sebagaimana Sabda Nabi saw. Alangkah baculnya mereka terus berdiam diri dengan disaluti kemewahan dan kesenangan, mereka alpa dan terus membiarkan umat Islam dibunuh,dipijak dan dihina sehendaknya.
Moga Ramadhan tahun ini terakhir tanpa Khilafah dan moga pemimpin Islam akan membantu Islam dan memberikan nusrah untuk menegekkan Daulah Islamiyyah.
Ya Allah Engkau Makbulkanlah doa hamba-Mu yang lemah ini!!
Iskandar 18 July 2014
Jumaat 1435H