Assalamualaikum

          Kejadian tembakan di Paris baru-baru telah mengejut dunia, malahan kejadian tersebut telah dikaitkan dengan militan Islam. Pembunuhan penulis dan kartunis suratkhabar terkenal di Perancis itu yang di kenali sebagai Charlie Hebdo, suratkhabar itu juga dikaitkan dengan beberapa artikel dan kartun yang telah menghina Islam dan baginda Rasulullah s.a.w. Video yang  telah diupload di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube menunjukkan 2 orang lelaki yang berpakaian lengkap ala tentera dan bertopeng meluru ke arah seorang lelaki dan melepaskan tembakan sehingga mati.

Latar belakang suratkhabar Charlie Hebdo

        Charlie Hebdo ini adalah suratkhabar mingguan (weekly newspaper) yang mengeluarkan artikel berbentuk penulisan, kartun dan sindiran-sindiran. Di antara kartun yang pernah dikeluarkan oleh surat khabar ini adalah sindiran terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam.


Pada 3 November 2011 suratkhabar ini telah mengeluarkan tajuk utama yang di namakan sebagai Charia Hebdo yang bermaksud Shariah Law dengan kartun orang berserban yang menghina Nabi Muhammad . Malahan kenyataan yang dikeluarkan adalah 100 lashes if you don't die of laughter! - Yang bermaksud 100 sebatan jika anda tidak mati dalam keadaan tertawa.
          Keluaran kartun tersebut jelas bukanlah satu tindakan freedom of speech sebagaimana yang telah di laungkan oleh Barat, tapi satu tindakan untuk menghina Islam dan menghalang kebangkitan Islam di muka bumi Allah s.w.t ini. Sekiranya perkara yang sama dilakukan terhadap tokoh mereka, pasti sesuatu tindakan akan di ambil terhadap pihak yang melakukannya. Kebebasan bersuaran yang dilaungkan oleh puak-puak ini sekadar untuk menghalalkan perbuatan mereka - malahan ada di kalangan umat Islam juga bersetuju dengan mereka.

Serangan terhadap ibu pejabat Charlie Hebdo


Kesan daripada artikel-artikel dan kartun yang bersifat prejudis terhadap Islam dan Nabi Muhammad s.a.w , beberapa serangan telah yang lakukan ke atas pejabat suratkhabar ini dalam beberapa siri dikaitkan dengan Islam :
2 November 2011 dimana pejabat mereka diserang dengan fire bombed dan laman web mereka telah di godam. 
7 Januari 2015 serangan tembakan di ibu pejabat Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 orang termasuk ekonomist , kartunis dan pengawal keselamatan.
Maklumat awal serangan itu dilakukan oleh militan Islam dan beliau telah melaungkan Allahuakbar  - Allah Maha Besar ketika serangan di lakukan. Kejadian di Paris ini begitu mendapat perhatian dunia terutamanya mereka yang anti-Islam dan Barat terus melabelkan Islam itu ganas dan pelampau. 

                Walhal dalam pada masa yang sama tentera-tentera US dan Israel yang membunuh umat Islam di Iraq, Syria, Afghanistan, Gaza dan Palestin tidak pula dikatakan sebagai pengganas dan pelampau ??! Inilah peranan media Barat, mereka akan berusaha untuk melabelkan Islam = Pengganas dan dalam masa yang sama mereka menafikan mereka itulah sebenarnya pengganas dan pelampau.
Inilah bentuk provokasi yang cuba dimainkan oleh media Barat, apabila melibatkan umat Islam atau kebetulan pelaku itu adalah muslim, terus generalisasi bahawa orang Islam itu adalam pengganas ataupun extremist. Walhal apa yang dilakukan oleh Israel atau Yahudi untuk lebih kejam malahan membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa, adakah media Barat akan melabelkan Israel atau orang Yahudi itu sebagai pelampau atau pengganas? Beranikah meraka, tidak berlaku demikian bukan?
Charlie Hebdo ditaja oleh syarikat-syarikat Barat

          Biarpun mendapat kencaman oleh dunia Islam , majalah ini tetap saja terus mengeluarkan artikel dan kartun yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Kebebasan bersuara itu hanya diberikan kepada puak-puak Kristian yang anti Islam, mereka berhak bersuara dan bercakap apa sahaja tentang Islam malahan berkarya yang menghina Islam dan Nabi junjungan Muhammad s.a.w . 

          Sebaliknya apabila umat Islam cuba bertindak demikian, sekatan di buat dan gerakan seperti Hizbut Tahrir yang bergerak secara intelektual tanpa keganasan juga telah dilabelkan sebagai pengganas dan cuba untuk di haramkan di United Kingdom dan beberapa negeri umat Islam lainnya.
The French government granted nearly €1 million to support the magazine.The Digital Innovation Press Fund (French: Fonds Google–AIPG pour l’Innovation Numérique de la presse), partially funded by Google, donated €250,000 , matching a donation by the French Press and Pluralism Fund. The Guardian Media Group has pledged a donation of £100,000.
Keratan petikan ini di ambil dari wikipedia yang menyatakan bahawa Suratkhabar ini ditaja oleh kerajaan Perancis berjumlah 1 million pound sterling. Maka apakah yang dapat anda bayangkan? 

          Mereka bergerak dalam bentuk sebuah negara untuk menyerang idea Islam dan bukanlah gerakan NGO biasa yang dibiayai oleh badan individu. Jelas pihak kuffar bersatu dalam menentang Islam dan mereka akan terus menyerang umat Islam! Mengapa mereka berbuat demikian?

          Sejarah perang Salib cukup memberi kesan kepada mereka malahan di saat umat Islam dibawah naungan Khilafah mereka gagal untuk menguasai umat Islam dan tanah kekayaan umat Islam. Hari ini mereka tidak secara langsung telah menguasai negara-negara umat Islam melalui sistem pemerintahan yang ada dan pemimpin boneka di negara-negara umat Islam. Contohnya di Arab, Iraq, Iran, Turki, Palestin, dan banyak atlagi.

          Apakah yang dilakukan oleh pemimpin umat Islam di saat Nabi Junjungan kita Muhammad s.a.w di hina dan diperolokkan? Mereka sekadar berdiam diri tanpa sebarang tekanan diberikan kepada majalah Charlie Hebdo ini. Memang benar gerakan individu tidak cukup kuat untuk memberi tekanan kepada suratkhabar ini, malahan tindakan serangan oleh orang perseorangan e atas pejabat tersebut bukanlah tindakan yang sebenar wajar dilakukan oleh umat Islam kerana Islam juga menolak kekerasan tanpa sebab.

        Sebaliknya tindakan effektif perlu dilancarkan oleh sebuah Daulah Islamiyyah yang akan memberi ancaman kepada pihak Perancis untuk mengenakan tindakan ke atas suratkhabar tersebut seperti menghentikan karya yang menghina Islam atau menarik balik lesen penerbitan suratkhabar tersebut
Jika tidak, barulah Daulah akan mengenakan tekanan yang lebih keras malahan tindakan jihad terhadap mereka setelah beberapa amaran yang diberikan, apakah Islam itu ganas? Tidak, kerana kita mempertahankan maruah Islam dan tindakan sedemikian juga akan dilakukan oleh pihak kuffar andai agama mereka di ejek atau dipermainkan.
Islamphobia di kalangan orang Eropah



1. Fakta juga telah menunjukkan kadar peratusan warga non-muslim Jerman yang menganggap Islam sebagai ancaman, untuk November 2014 meningkat 57% daripada 53% untuk tahun 2012.

2. Kedua kenaikan kepada 61% warga Jerman menganggap bahawa Islam tidak sesuai dengan kehidupan Barat naik 9% daripada tahun 2012.

3. 99% umat Islam Jerman mendokong demokrasi dan ini fakta yang sesetengah orang Islam tidak mengakuinya.

Begitulah secara ringkas usaha terpimpin yang dilakukan oleh Barat untuk menghalang kebangkitan Islam. Mengapakah mereka benar-benar membenci Islam selain daripada kesan daripada perang salib? Ia adalah kerana mereka berusaha untuk menjadikan ideologi kapitalis dan demokrasi itu adalah cara hidup yang terbaik dan pastinya agama yang boleh menandingi ideologi kapitalis  adalah ideologi Islam. 
" Inilah adalah pertembungan dua ideologi besar saat ini yakni ideologi Kapitalisme dan ideologi Islam. Saat ini pihak kuffar berusaha untuk menghalang kebangkitan Islam dan mereka sedar akan bahaya seandainya Islam itu kembali dalam bentuk sebuah institusi NEGARA atau dinamakan sebagai KHILAFAH (Caliphate). Kerana sejarah telah menunjukkan kekuatan luar biasa Turki Uthmaniyyah yang di atur dengan sistem PEMERINTAHAN Islam. "
         Jadi apa yang dilakukan oleh Barat adalah dengan memburukkan Islam dan menafikan Islam itu adalah pengaturan yang terbaik dalam mengurusi kehidupan manusia di muka bumi ini. Mereka pasti takut bila mana Islam itu telah menguasai dunia, semua perkara-perkara yang songsang atau pun buruk pasti lagi tidak boleh dilakukan oleh mereka seperti rasuah, jual beli riba, undang-undang buatan manusia dan pelbagai lagi.

        Bersamalah kita bersatu hati menentang agenda jahat Barat ini dan jangan berasa anda berada di pihak yang salah kerana yang berada pada pihak salah adalah Barat itu sendiri. Islam itu sentiasa benar dan anda wajib untuk bangga.
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari or­ang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” (Fussilat 41: 33)
" I'm MUSLIM and I'm not terrorist "

19 Rabiulawal 1436H 

Posted Iskandar Musa 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post