Assalamualaikum

Muktamar Khilafah 2015: Adakah kita sedar? Kemenangan kita dalam menyambut Syawal ini adalah bersifat individu? Namun adakah umat Islam secara global menang dalam melaksanakan perintah Allah bersandarkan Al-Quran. Al-Quran yang diperbanyakkan bacaan ketika Ramadhan namun isinya sehingga kini tidak dilaksanakan secara keseluruhan dalam struktur pemerintahan tapi menjadikan sistem kufur dalam mengatur umat Islam.



Bencana Kepada Umat Islam


Kemuliaan kita hari ini rendah kerana umat Islam telah meninggalkan Islam dan menjadikan sistem selain Islam untuk mengatur mereka. Syawal disambut gembira di Malaysia tapi apakah umat Islam telah bersatu? Apakah yang berlaku di Syria, di Yaman, Iraq dan pelbagaikan pelosok dunia ini. Umat Islam ditindas dan dihina, adakah Syawal ini cukup untuk bergembira seolah-olah kita sebenarnya telah menang tapi umat Islam masih gagagl bersatu? Laungan takbir membesarkan Allah, namun adakah ianya hanya sebutan di bibir tanpa memakai erti yang sebenar? 



Takbir Raya: Kemenangan Umat Islam?


Gema takbir ini, umat Islam di negara lain masih lagi dihimpit kesusahan, malahan dihina dalam melaksanakan Islam. Ayuh datanglah dan sambutlah seruan Muktamar Khilafah 2015, moga kita bersama parti yang memperjuangkan sistem pemerintahan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, dan bukannya sistem demokrasi. 

Ayuh bersatulah kita dalam mengembalikan sistem Khilafah yang akan menerapkan 100% sistem Islam dan menghapuskan sistem Kufur. Kemenangan hakiki kita adalah memperjuangkan Islam, dan menjadikan sebagai cara hidup kita.

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan kita kembali bersatu dibawah naungan Khilafah. 

Musa Iskandar
1 Syawal 1436H

Post a Comment

Previous Post Next Post