Assalamualaikum,
Kali ini sharing saya tentang travelog menggunakan pengangkutan awam sempena syawal 1436H. Pastinya satu lagi kejayaan buat KTM dengan menambah laluan ETS ke Padang besar Perlis. Pastinya menjadi satu kegembiraan buat mereka yang kerap ke utara tanah air Malaysia.
Menurut kenyataan rasmi dari pihak KTM mereka telah membuka laluan ke Padang Besar bermula pada 11 Julai yang lalu, dan pastinya bagi menampung orang ramai yang ingin pulang berhari raya di Kampung. Bagi kami sekeluarga, trip untuk menggunakan train bukanlah dirancang dari awal sebaliknya sehari sebelum Syawal.
Alhamdulillah untuk trip ke Ipoh ke Padang Besar masih banyak lagi kekosongan, namun kami ingin membeli tiket Kangar ke Kuala Lumpur pada 20 atau 21, kehabisan!! Ini menunjukkan sambutan yang baik dari orang awam malahan menjadi alternatif bagi mereka selain bas atau flight. Pastinya train menjadi pilihan memandangkan kadar kemalangan bas yang kerap berlaku ketika hari perayaan.
Kadar Tambang
Untuk dewasa dari Ipoh ke Butterworth adalah RM23.00 dan Butterworth ke Kangar RM16. Untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran tambang. Jadi anda boleh kira-kira bahawa dari Padang Besar ke Kuala Lumpur adalah RM80, dan Ipoh ibarat pertengahan perjalanan.
Koc yang digunakan adalah koc komuter yang digunakan untuk trip dekat di sekitar Kuala Lumpur (Lembah Klang) dan masih tidak menggunakan koc untuk perjalanan jauh seperti Ipoh ke Kuala Lumpur. Kerusi agak kurang selesa kerana akan tegak dan sukar untuk tidur bagi jarak perjalanan jauh, bas pasti jauh lebih selesa berbanding koc ini.
Laluan Percubaan
Bahkan itu juga, tandas juga tiada dalam koc ini memandangkan ia direkabentuk untuk perjalanan dekat dan bukannya jauh. Maka koc tersebut berhenti di beberapa hentian bagi pengguna ke tandas dalam masa 5 minit! Walhal tandas di setiap perhentian agak jauh dan perlu menaiki tangga, alangkah susahnya bagi mereka yang uzur. Dan kalau berlaku apa-apa ketika di dalam koc ketika sedang berjalan,makannya kenalah bertahan macam bas.
Alhamdulillah, kami sampai di Butterworth transit untuk 40 minit. Namun ketibaan kami agak lewat 15 minit dari jadual asal, makan di Butterworth boleh untuk lebih lama ke tandas dan bersolat subuh, walaupun sudah dekat syuruk. Kedai-kedai jual makanan juga tiada di stesen jadi kami tunggu sehingga di stesen Arau nanti.
Namun sepanjang perjalanan, memang melalui kesemua stesen-stesen baru untuk ETS. Diberitakan bahawa koc keretapi yang sebenar akan mula beroperasi dalam bulan September 2015. Apapun memandangkan ia masih dalam tempoh percubaan maka boleh di pertimbangkan, namun sewajarnya caj penumpang dikurangkan semasa tempoh percubaan kerana keselesaan tidak sebagaimana harga yang sebenar.
Janganlah sekadar nak meraih untung dari rakyat yang telah dibebani dengan pelbagai kenaikan. Dari GST dan kenaikan minyak yang telah membebankan rakyat. Moga umat Islam sedar, akar dari permasalahan ini adalah tiadanya penerapan Islam yang kaffah.
Iskandar Musa
Syawal 1436H