Saya tak pasti samada saya kurang menonton televisyen kebelakangan ini atau memang iklan ini telah di remove kan untuk ditayangkan di TV setelah isu "derma 2.6billion" keluar. Siapa tengok iklan itu ada lagi?? Begitulah resam politik Demokrasi, acapkali entri sy menjelaskan bahana buruk sistem parlimen, DUN, ini. Undang-undang buatan manusia , so apa-apa memihak kepada golong pemerintah yang menguasai legaslatif dan judikatif dlm sistem demokrasi. https://goo.gl/wUe1kK


So mengapakah kalian marah, walhal kalian masih setia dengan demokrasi.? Kalau kalian benar-benar marah, bukan perasaan sahaja tapi fikirkanlah akar permasalahan yakni SISTEM yang mengatur kita. Kehadiran Kerry ke Malaysia dalam persidangan Menteri-menteri Asean memang kita sudah boleh agak apa yang ingin disampaikan. U.S akan berusaha untuk meningkatkan penguasaan ke atas negara-negara Asean, kedatangan Kerry ibarat Boss datang untuk memberi arahan kepada pekerjanya.

Itulah yang berlaku, sebagai sebuah negara yang majoriti Islam, kita wajib menolak sebarang campur tangan mahupun berbaik dengan kafir yang boleh dikategorikan kafir Harbi. Di tangan mereka penuh darah-darah umat Islam yang menjadi mangsa mereka di Afghanistan, Palestin, Syria dan Mesir. Merekalah dalang sebenar dalam isu-isu yang berlaku malahan pembunuhan umat Islam. Jadi mengapakah kita perlu bekerjasama dengan mereka?

Tolak kerjasama dengan U.S dan negara imperialis lain. Kembali sistem Islam yang mulia yakni Khilafah, dengan tertegaknya negara ini yang boleh menyelesaikan segala permasalahan umat Islam hari ini. Bukanlah masih mengikut jalan yang ditunjukkan Kerry dan Obama

Betapa hinanya kita terus mengikut aturan selain aturan Islam yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Dari Shahabat ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyalahu anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh telah beruntung orang yang masuk Islam, dan diberi rizki yang cukup dan Allah memberikan sifat qana’ah (merasa cukup) atas rizki yang ia terima.” 

‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu berkata, “Kami adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Alla
h Azza wa Jalla dengan Islam, maka bila kami mencari kemuliaan dengan selain cara-cara Islam maka Allah akan menghinakan kami.” 

Nukilan Hamba-Mu,
Iskandar Musa

Post a Comment

Previous Post Next Post