Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengurniakan nyawa untuk kita terus melayari kehidupan di muka bumi-Nya ini yang penuh dengan dugaan. Menyingkap tahun 1436H, tahun hijrah ini telah menyingkap beberapa peristiwa yang amat menyedihkan buat umat Islam. Namun yang pasti menjadi kedukaan terbesar adalah tragedi di Makkah ( Masjidil Haram) dan di Mina. Adakah kejadian itu hanyalah kejadian tanpa kita melihat dalam aspek yang lebih luas, memuhasabah diri ?

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaithan adalah musuh besar bagi kalian.” [Al-Baqarah : 208]
Setiap tahun umat Islam dari seluruh dunia akan datang dan berkumpul di bumi bertuah ini untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5, yakni ibadah Haji. Umat Islam dari pelbagai latar-belakang dan berbeza bangsa dan warna kulit. Tapi mereka berkumpul dan bersatu atas kalimah Allah dengan tujuan yang sama untuk meng'ESA'kan Allah s.w.t.

Namun adakah itu sahaja yang diperintahkan oleh Allah s.w.t? Kitab Al-Quran yang diturunkan itu , adakah hanya mengajar untuk kita bersatu dan bekerjasama atas urusan ibadah Haji sahaja ? Tidak, Al-Quran itu merangkumi pengaturan yang melingkungi urusan individu, masyarakat, bernegara dan ibadah kepada Allah s.w.t. Tapi apakah ruh yang hilang dalam masyarakat aau komuniti umat Islam hari ini?
" Dan ika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewa di negeri itu ( suapaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu,maka sudah sepantasny berlaku terhadapnya perkataaan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya" Al-Isra: 17 
Kita hilang punca dalam aspek kenegaraan, umat Islam hanya bebas untuk melaksanakan Islam dalam soal individu sahaja namun dalam aspek kenegaraan kita diaturkan dengan sistem yang tidak berpandukan Islam. Lihat sahaja Arab Saudi, sebuah negara yang kaya dengan hasil alamnya yakni minyak dan gas, tapi apakah yang ada nampak di Makkah. Sepanjang saya di Makkah, saya menyaksikan bangunan-bangunan tinggi yang dibina, dan atas nama hotel-hotel terkemuka dunia seperti Hilton, Marriot , Movenpick dan sebagainya. Siapakah pemilik hotel-hotel besar itu? Pastinya dari Barat bukan, tanah umat Islam itu, digadaikan kepada pemilik-pemilik hotel terkemuka dunia dari Amerika Syarikat dan sebagainya. Dan dalam masa yang sama Amerika Syarikat terus mengepalai usaha menghalang kebangkitan Islam.

Apa bila kita berada di Makkah, kita dapat perhatikan keadaan di sana, adakah ini yang dikatakan sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas nya? Ke manakah semua hasil-hasil tersebut hilang siapakah yang merampasnya. Lihat sahaja di Malaysia contohnya, Petronas sebagai sebuah syarikat dibawah kerajaan yang dijadikan sebagai penyumbang dana yang besar kepada negara, namun dimanakah wang-wang tersebut dibelanjakan? Ketirisan yang tinggi menyebabkan hasil kekayaaan minyak itu tidak dapat dirasai oleh seluruh umat Islam.

Bahkan kejadian di Makkah dan di Mina itu, sewajarnya menjadi pengajaran buat Raja Saudi yakni King Salman, yang digelar sebagai penjaga dua masjid yang paling mulia dalam Islam yakni Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Allah telah menguji bumi yang penuh barakah ini disaat seluruh umat Islam bersatu dan berkumpul untuk mengesakan-Nya. Raja Salman, beliau sepatutnya bukan sekadar menjadi pelidung masjid termulia dalam Islam, namun beliau sepatutnya berusaha untuk menjaga seluruh umat Islam dalam sebuah institusi negara.

Bukan sekadar membantu umat Islam di kala menunaikan ibadah haji, tapi beliau wajib membantu umat Islam yang ditimpa musibah malahan serangan daripada pihak kuffar seperti Israel yang membantai umat Islam Palestin, umat Islam yang dibunuh di Syria, dan menghalang serangan Amerika Syarikat ke ats Iraq, dan Afghanistan.
Dunia telah mengetahui akan hubungan baik diantara U.S dan jua Arab Saudi. Syarikat minyak Aramco itu juga adaah hasil usahasama di atara Amerika Syarikat dan Arab Saudi. Kalau dapat digambarkan oleh rakan saya yang bekerja di sana, kawasan penempatan orang-orang Barat itu disediakan malahan seolah-olah Hollywood bagi mereka dalam lingkungan yang dikawal. Inikah yang dikatakan sebagai penjaga tempat mulia umat Islam.

Pemimpin umat Islam hari ini, masih cintakan dunia dan takutkan mati. Maka itulah yang berlaku yang menyebabkan kehinaan ke atas umat Islam hari ini, disatu sisi kita menyaksikan pemimpin-pemimpin umat Islam bergembira dengan kemewahan malahan yang lebih menyedihkan mereka berdampingan dan bersalaman dengan bangga-nya bersama pemimpin negara yang banyak membunuh umat Islam yakni Amerika Syarikat, adakah ini pemimpin sepert Sallehuddin Al-Ayubi yang kita dambakan, atau jauh sekali nak menyamai sifat pemimpin selepas baginda Rasulullah s.a.w seperti Ali, Umar, dan Abu Bakar.

Malahan, PM Malaysia juga berbangga beliau di antara PM dunia yang dapat bermain golf selama 4 jam bersama dengan Obama. Biar apa pun alasan beliau, seorang pemimpin muslim itu haram untuk berbaik dengan pemimpin negara Kafir Harbi, yang di atas arahannya, jutaan umat Islam di bunuh seperti di Iraq, Palestin, Afghanistan dan banyak lagi negara umat Islam hasil percaturan Amerika Syarikat. Beliau mengatakan biarpun bermain golf dengan Obama, tidak menjadikan beliau setuju dengan semua polisi U.S, tapi apakah selari tindakan tidak setuju, tetapi boleh bangga malahan mengukir senyuman apabila bertemu dengan Obama?  

Ibarat seorang  penjenayah yang telah membunuh seluruh ahli keluarga kita, adakah wajar kita menerima pelawaan pembunuh tersebut untuk bermain golf bersama, malahan berjenaka dengan pembunuh tersebut, pelik bukan?


Markas tentera U.S jelas berada di Arab Saudi dan bukanlah sesuatu yang rahsia. Kapal-kapal U.S berlabuh tersebut di Fujairah Naval Base dan Port Port Jebel Ali.
Biarpun, disebalik kejadian di Mina itu dikatakan takdir dan ujian dari Allah s.w.t yang diluar lingkungan kemampuan manusia. Namun di sisi yang lain, umat Islam dan Raja Salman wajar untuk memuhasabah diri kepada Allah s.w.t, sesungguhnya hidup kita ini terlalu singkat, dan kehidupan selepas ini yang kekal abadi. Apakah peranan kita dimuka bumi Allah s.w.t ini ?Jawapannya,  kita wajib berusaha untuk melaksanakan Islam secara Kaffah. Kita mampu bersatu dan mengadap kiblat yang sama ketika menunaikan ibadah haji, tapi mengapa kita tidak mahu bersatu dibawah satu naungan Khilafah, yang menerapkan hukum Allah s.w.t secara KAFFAH.

Umat Islam wajib bangkit dengan pemikiran yang jernih berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Menolak sistem kuffur yang digunapakai sekarang ini di negara-negara umat Islam, selagi mana kita menjadikan hukum selain hukum Allah itu, selama itulah kita akan terus ditindas oleh pemerintah-pemerintah yang zalim ini.

Kesengsaraan umat Islam untuk tahun 1436H begitu banyak sekali dan diantaranya;
  1. Peperangan di Syiria yang tidak masih belum selesai, malahan angka korban dilakukan oleh rejim Bashar Assad kian meningkat hari demi hari.
  2. Serangan tentera pakatan Arab Saudi ke atas Yaman, terus dilancarkan atas alasan untuk menyerang puak Houthi, malahan serangan dilancarkan juga ketika umat Islam ingin menyambut Hari Raya Aidiladha. http://www.wsj.com/articles/saudi-led-military-coalition-escalates-attacks-in-yemen-1442251311
  3. Pelarian Syiria yang terus dihimpit dengan halangan untuk berhijrah oleh negara-negera tertentu, malahan tidak mahu diselamatkan oleh negara umat Islam.
  4. Rohingya, kejadian yang menyayat hati mereka dibiarkan untuk tersandai dilautan tanpa simpati daripada negara-negara umat Islam.
  5. Isu Palestin, yang tahun demin tahun masih tiada pembelaan dari pemimpin umat Islam. Bantuan dana dan perubatan sahaja, yang tidak menyelesaikan isu Palestn dan Yahudi.
Apakah umat Islam ini akan terus berdiam diri, sedangkan Allah telah menurunkan ujian-Nya kepada kita, tidakkah kalian sedar? Peringatan daripada Allah itu boleh datang dalam banyak aspek, maka muhasabahlah diri dan renungilah betapa kerdilnya kita dimuka bumi Allah ini. Kematian itu sekelip mata sahaja Allah lakukan, dan di saat itu apakah jawapan kita Allah ?

Bersama-samalah kita mengajak kepada yang  ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar. Kita perlu bersatu untuk mengembalikan sistem pemerintahan Islam yakni KHILAFAH ISLAMIYYAH. Jemputlah hadir ke Muktamar Khilafah 2015 pada 3 Oktober 2015, jam 9.00 pagi di Nouvelle Hotel.

Post a Comment

Previous Post Next Post