Assalamualaikum,
Tahun 1436H,merupakan tahun yang getir umat Islam seluruh dunia. Tahun itu kita diberi pelbagai ujian dan dugaan oleh Allah s.w.t. Tapi adakah kita sedar bahawa kita masih diatur dengan sistem aturan selain daripada Islam. Pelbagai krisis yang melanda umat Islam hari ini disebabkan kita mengatur urusan dunia ini tidak berpandukan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. 
Islam itu telah sempurna diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, tapi apakah kita sedar bahawa hari ini 2015, kita masih sahaja di atur dengan sistem kufur. Beberapa peristiwa berikut merupakan sinopsis yang berlaku pada tahun 1436H, adakah kita mahu tahun demi tahun Islam, permasalah itu terus berlaku tanpa sebarang solusi yang tuntas? Apakah kita hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa untuk membantu rakan se-akidah kita?

1. Krisis Palestin dan Yahudi


Peristiwa Palestin ini merupakan isu yang evergreen yang masih sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan, pelbagai usaha telah dilakukan malahan usaha pengaman yang diketuai pihak Barat. Tapi apakah kalian sedar, jika ia diketuai oleh Barat seperti Amerika, adakah mereka inginkan bahawa Palestin bebas dan mempunyai negaranya sendiri. Isu Palestin bukanlah isu Palestin yang bersifat negara Assaybiyyah, tapi isu Palestin wajib dilihat dari aspek yang lebih luas yakni isu Palestin adalah isu vital umat Islam. 

Tanah Palestin itu dimuliakan dengan permulaan kiblat pertama umat Islam, tidakkah kalian sedar? Peristiwa yang mulia Nabi Muhammad s.a.w itu, yang melalui masjid Al-Aqsa, yang menjadi masjid Mulia dalam Islam. Namun hari ini isu masih tidak dapat diselesaikan oleh umat Islam.

Umat Islam masih gagal melihat penyelesai sebenar kepada permasalah tersebut yakni dengan jihad. Isu Palestin itu takkan dapat diselesaikannya hanya dengan doa sahaja, tapi perlu tidankan yang berbentuk fizikal yang ini dengan menghantar bala tentera yang menewaskan Yahudi. Tindakan kurang ajar Yahudi itu, tidak akan dapat diselesaikan dengan doa, apakah kalian sedar? 

Rasulullah s.a.w berdoa sahaja apa tindakan yang dilakukan oleh Yahudi ke atas umat Islam ketika zamannya? Beliau juga melakukan peperangan dan berusaha untuk menegakkan syiar Islam dengan thariqah yang ditunjukkan Islam. Tidakkah kalian sedar ???

Hanya Khilafah yang mempunyai Amirul Mukminin yang dapat menjadikan isu Palestin berakhir. Derma, doa, bantuan perubatan itu hanya dapat meringankan luka yang dirasai oleh penduduk Islam Palestin, tapi itu sahaja tidak dapat menghilangkan terus ancaman dari Pihak Yahudi ke atas mereka. Doa sahaja tidak menghalang mereka, andai tentera-tentera umat Islam terus berpeluk tubuh melihat tanpa membantu mereka!

2. Syria oh Syria, sampai bilakah malian terus diuji Allah s.w.t, sampai bilakah umat berdiam diri?


Peristiwa yang penuh duka ini telah berlangsung lebih dari 3 tahun, tapi apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin umat Islam dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Masalah Syria bukanlah hanya masalah mereka tapi kita bersama yang mengucap kalimah syahadah. Kita mampukan melihat umat Islam Syria diseksa, kanak-kanak dibunuh tanpa sebarang pengadilan. Kalian masih bersangkan baik dengan NATO mahupun UN untuk menyelesaikan masalah orang Islam.

Tidak kalian ketahui bahawa NATO dan UN lah yang terus menerus menjadi duri dalam daging yang menghalang kebangkitan pejuang-pejuang Islam yang benar. Mereka yang ingin meletakkan Islam itu diatas dan penuh kemuliaan, tapi kemulian itu dirobek oleh tentera-tentera asing malahan yang lebih menyedihkan mereka dibantu oleh tentera-tentera umat Islam.

Dimanakah maruah kalian wahai tentera Islam yang bersekutu dengan UN dan NATO, mereka menggunakan nama kemanusiaan sekadar hendak membutakan mata kalian dari melihat perkara yang sebenar. Sejarah telah membunuh krisis umat Islam Bosnia, yang menjadi dalang adalah NATO dan UN, mereka kafir takkan redha untuk melihat umat Islam berkuasa di muka bumi Allah s.w.t

Usaha pendamaian yang dilakukan oleh U.S dan pakatan,hanyalah untuk menjadikan ideologi mereka diterapkan dimuka bumi Allah s.w.t. Mereka mahu amalan sistem sekularisme diterapkan dalam negara umat Islam agar mereka mampu mengawal dan merencana masa depan umat Islam, tidak kalian mengetahuinya  atau kalian mengelapkan hati untuk mencari kebenaran?

3. Negara-negara umat Islam masih dijajah ideologi Kapitalisme 

Sepanjang tahun 1436H juga kita masih dapat melihat bahawa umat Islam gagal untuk kembali bangkit sebagaimana zaman para sahabat kerena kita masih dibelenggu dengan sistem kufur dalam mengatur negara. Lihat sahaja Malaysia contohnya, masih sahaja menerapkan sistem demokrasi sekularisme biarpun yang memimpin itu mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun hakikatnya pemerintahan negara itu tidak diatur berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.


Lihat sahaja lambakan hiburan di Malaysia, yang menjadikan pelik bagi semua adalah negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi di negara tersebut terdapatnya Kasino, Kilang membuat arak, Kedai Nombor/Judi, dan pelbagai lagi bentuk hiburan.

Tapi perlu dilihat, kebangkitan yang kita mahupun bukan hanya berbentuk kebendaan tetapi bersifat keamanan dan syiar Islam itu sirna di bumi Allah s.w.t.

Biarpun U.S dan Britain dikatakan negara yang maju dari sudut kebendaan tetapi jelas rakyat mereka jauh dan kosong dari aspek ketuhanan, malahan masalah kemiskinan dan pengangguran turut dihadapi oleh mereka. Itulah bahana sistem ekonomi kapitalis, yang untung adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat.

Lihat sahaja kadar jenayah di U.S dan Britain, biarpun sebuah negara yang dikatakan maju dari sudut kebendaan namun apabila ditelusuri dari aspek kehidupan seharian, mereka bermasalah dari pengaturan ekonomi, kadar jenayah, penzinaan dan pelbagai lagi masalah berkaitan pengaturan manusia.

Moga tahun 1437H ini akan memberi satu erti baru buat perjuangan Islam. Kita tinggalkan sistem demokrasi kufur yang menjadikan umat Islam terus dihina dan diperlekehkan. Ini adalah disebabkan umat Islam yang jauh meninggalkan Islam dalam pengaturan hidup mereka di bumi Allah s.w.t ini. Insyallah kita berusaha untuk mengembalikan Sistem Pemerintahan Khilafah, yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a.
Wasalam.


Post a Comment

Previous Post Next Post