Assalamualaikum,
Enteri kali ini saya berkisar solat Jumaat di Bandar Ulsan, South Korea. Bagi yang belum pernah sampai ke Ulsan, barangkali anda boleh menjadikan ia sedikit rujukan sebelum datang ke sini. Memandangkan Ulsan ini merupakan bandar industri, maka kita dapat katakana terdapat banyak orang luar yang tinggal di sini dari pelbagai Negara di dunia ini. Malahan saya juga agak terkejut juga bahawa di Ulsan, ada diadakan solat Jumaat dan bangunan yang digunakan untuk solat itu juga agak luas dan saya anggarkan sekitar dalam 50 orang atau lebih boleh ditampung.
Memandangkan ia merupakan hari yang ke-5 kami di Ulsan setelah kami singgah sebentar di Seoul untuk satu malam. Bulan Oktober ini, di khabarkan oleh orang-orang Korea merupakan waktu yang baik untuk beriadah, namun tahun ini 2015, cuaca sejuk itu datang lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Barangkali global warming yang telah mula memberi kesan kepada dunia sejagat.
Jalan masuk ke surau tersebut di tingkat 3, orang ramai boleh masuk melalui pintu yang tertera NO.1. Menuju ke tingkat 3. |
Waktu di Ulsan ini adalah selari dengan garisan latitud di Malaysia Barat yakni Sarawak dan Sabah. Jadi perubahan waktu itu tidaklah terasa sangat terutama jika anda pernah bekerja di Sabah ataupun Labuan, waktunya hanya awal sejam berbanding semenanjung Malaysia. Waktu solat itupun akan awal sejam berbanding semenanjung Malaysia. Untuk tarikh 30 October 2015 baru-baru ini, waktu solat Zuhur di sini sekitar jam 12.15pm waktu tempatan.
Jalan masuk ke surau tersebut di tingkat 3, orang ramai boleh masuk melalui pintu yang tertera NO.1. Menuju ke tingkat 3. |
Saya juga tidak menjangkakan ramai komuniti Islam yang bekerja atau menjaga projek di Hyundai Heavy Industries atau dikenali sebagai HHI. Malahan surau yang dijadikan tempat solat Jumaat itu juga dijaga oleh orang Islam Algeria, malahan khutbah yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian mudahlah untuk difahami oleh semua penganut Islam yang hadir. Imam pula adalah dari Pakistan dan makmum ramai juga dari Malaysia.
Surau tersebut di tingkat 3 sebuah bangunan yang berada di persimpangan jalan utama ( Daeungdae-ro) . Jarak dari pintu masuk HHI sekitar 1.4km sahaja dan ianya amat dekat dari pejabat kami. Berikut merupakan beberapa keeping gambar untuk panduan rakan-rakan yang berkunjung ke Daeungdae, Ulsan. Sekiranya dari HHI, bangunan tersebut sebelah kiri anda dan sekiranya dari Bandar Ulsan ianya disebelah kanan anda , dengan melalui Jalan Daeungdae-ro.
Antara pesanan yang terbaik yang saya diberitahu adalah, untuk berjalan di Korea ini, pastikan anda menyimpan gambar-gambar ke mana halatuju anda. Dan tunjukkan gambar tersebut sekiranya anda ingin berkomunikasi dengan orang tempatan. Barangkali mereka tidak dapat bertuur dengan Bahasa Inggeris tetapi mereka memahami sekirannya anda menunjukkan gambar tersebut.
Moga sharing yang tak seberapa ini dapat menjadi rujukan buat teman-teman Muslim terutamanya dari Malaysia yang berkunjung ke Ulsan.
Iskandar, Ulsan.
Salam kenal dan terima kasih atas info yg menarik. Saya rasa ada sedikit pembetulan. Nama masjid ini ialah masjid Al-Mina, donggu, ulsan. Terletak di jalan kkotbawi-ro (꽃바위로) di bangeo-dong, donggu, Ulsan.
Semoga bermanfaat :)