Alhamdulillah...Alhamdulillah..Allhamdulillah..
Kuala Lumpur, 11 Disember 2015: Pujian kepada Allah s.w.t yang telah memudahkan perjalanan demonstrasi aman yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir Malaysia. Biarpun telah di fitnah oleh JAIS bahawa HT itu sebuah ajaran sesat, itu tidak melemahkan semangat para pejuang Khilafah untuk menyatakan yang haq dan mencegah kemungkaran. Ingatlah peringatan Allah sebagaimana firman di bawah :
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.
Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."
[QS.At-Taubah:111-112]
HT jugalah yang imengajak umat Islam untuk bersama-sama menunjukkan soladiriti kepada umat Islam di Syria dan bantahan kepada Perancis dan British. Tugas ini sepatutnya juga diemban oleh institusi agama Islam di Malaysia seperti JAKIM, JAIS dan pejabat mufti, malahan kerajaan Malaysia.
Mereka sepatutnya tegas menyatakan yang haq dan menunjukkan kemarahan kita ke atas kekejaman British dan Perancis yang membunuh umat Islam di Syria. Usahlah kita berlembut dengan mereka dan hanya datang kepada mereka untuk melahirkan kesedihan akan peristiwa PARIS, namun membiarkan mereka menyerang umat Islam tanpa bertemu menunjukkan protes kita? Wajarkah !
Mereka tidak pula bertemu dengan umat Islam disaat mereka membunuh umat Islam yang bilangannya lebih berbanding tragedi PARIS!?
Tetapi pemimpin umat Islam yang ada sekarang, terhegeh-hegeh untuk ke Pejabat Kedutaan Perancis untuk menyatakan simpati, apakah itu adil bilamana mereka dengan tanpa belas kasihan membunuh umat Islam di Syria malahan dinegara-negara umat Islam lain atas alasan "ISIS" ? Kedudukan mereka yang menyerang dan memerangi umat Islam itu adalah kategori Kafir Harbi, yang wajib diperangi (apabila tertegaknya Daulah Khilafah) bukan untuk dijadikan kawan.
Wahai umat Islam Malaysia khasnya..
Bangkitlah dan sedarlah bahawa kita masih dijajah dengan idea dan sistem sekular. Tiada cara lain dapat mengembalikan Islam melainkan dengan Islam. Ayuh bersama menyatakan yang haq biarpun pahit. Ingatlah janji Allah, dan janji Allah itu pasti.
Iskandar Musa.