Assalamualaikum,

Bertempat di KHILAFAH CENTRE Bandar Baru Bangi, ketika sidang akhbar yang sedang berlangsung, pegawai penguatkuasaan JAIS telah datang menyerbu dan menahan 4 orang syabab aktivis HTM serta menyita barang milik pejabat Khilafah Centre Bangi.
Firman Allah : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” (Al-Baqarah : 286)
Berikut adalah kronologi kejadian pada petang semalam 4 Disember 2015, di mana kehadiran para wartawan adalah untuk mendengar penjelasan & perincian penafian FATWA JAIS daripada jurubicara Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman yang datang dari suratkhabar Selangor Kini, Harian Metro dan beberapa lagi.


Kronologi kejadian 4 Disember 2015;
  • Pada 34 min # Serbuan anggota JAIS ke atas sidang media yang sedang dijalankan. Membacakan waran yang telah dikeluarkan.
  • Pada 41 min & 30 Saat # Teguran tegas jurucakap HT kepada pegawai JAIS bahawa dia berkuasa di dunia ini, di akhirat kelak semua yang hadir ini akan menjadi saksi akan kesalahan mereka.
  • Pada 47 min # Bendera Rasulullah Al-Liwa dan Ar-Rayah juga telah disita oleh pegawai penguatkuasaan JAIS, barangkali ingin di pasang di pejabat JAIS.
  • Pada 1:06 # Pegawai JAIS menjelaskan syarat jaminan
  • Pada 1:07 # Jurucakap menjelaskan tindakan pegawai penguatkuasa JAIS yang silap.



Selain itu, berikut beberapa photo yang telah di ambil semasa operasi yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa JAIS. Moga JAIS, lebih profesional dalam menangani isu ini, kerana perkara ini amat berat kerana HT telah mendapat sokongan dari umat Islam di Malaysia. Imej JAIS akan dipandang serong oleh masyarakat dan komuniti Islam sekiranya tidak menyelesaikan perkara ini dengan profesional dan adil.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)
Ketua Pegawai Penguatkuasaan JAIS berbaju biru (ditengah-tengah)
Jelas tuduhan kepada Hizbut Tahrir itu satu fitnah dan kekeliruan fatwa itu sendiri. Tuduhan itu juga adalah terhadap Hizbut Tahrir secara global yang telah bergerak di serata dunia dan keahliaanya kini yang sudah meningkat jutaan orang. Maka JAIS, perlu adil dan mendengar penjelasan daripada HT dan mereka juga harus membawa bukti-bukti yang terdapat dalam FATWA tersebut.



Moga mereka yang terus memperjuangkan Islam itu akan diberi kekuatan daripada Allah s.w.t. Di dalam suasana yang tidak menerapkan hukum Allah ini, para pejuang akan pasti mendapat tentangan daripada mereka yang cuba menghalang kebangkitan Islam. Sebaliknya, mereka yang menerapkan hukum kufur dan pemerintah yang zalim itu tidak pula di muhasabahkan mahupun ditahan sebagaimana tindakan kepada gerakan-gerakan Islam yang ikhlas bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah.


Alhamdulillah semua 4 pimpinan HT Malaysia itu dibebaskan pada hari yang sama 4 Disember 2015, dengan jaminan 4 orang penjamin. Insyallah, usah gentar dalam menyatakan yang haq dan menentang kebatilan. 

Inilah liku-liku yang dihadapi oleh Hizbut Tahrir sebagai sebuah gerakan international yang bergerak untuk melangsungkan kembali kehidupan Islam dengan tertegaknya Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum Islam itu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Pastinya ada tangan-tangan ghaib itu yang senantiasa berusaha sebaik mungkin untuk menentang kebangkitan Islam, kerana mereka tidak takutkan Allah dan tidak takut mati.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka mengajak kepada yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
 (Surah at-Taubah, 9: 71)


Sekian, wasalam.

7 Comments

Hamba tuhan said…
Fikrah yg jelas dan mustahir telah pun meresapi bumi Malaysia....mana mungkin cahaya kebenaran ini terpadam ...malah akan terus bersinar....
ISKANDAR581 said…
Insyallah..itulah petanda akan bertambah bersinar akan perjuangannya..amenn
Unknown said…
Insya Allah, terus berjuang saudaraku, menyampaikan yg haq..
Anonymous said…
Hizbut Tahrir dan Doktrin ISIS sama 100% kecuali Isis yang penggal kepala orang..
Unknown said…
نصر من الله وفتح قريب
الله اكبر
abuali007 said…
APABILA ULAMA,USTAZ,MENIPU,MPERALAT,MPERSENDA,JUAL AGAMA,JD TUKANG TILIK,KONONYA,KERANA NAK MENGHALALKAN YG HARAM DIUBAHSUAI DIKAT,SCAN,BANYAK JUGA,LEBIH MENIPU,LEBIH TERUK DARI BOMOH,JAIS KENAPA MEMBISU...
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=355554369139140424#editor/target=post;postID=8833551122674865306;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=6;src=postname
Unknown said…
ujian akan terus datang, tapi Allah slalu melindungi. smangat, karna kita sedang memperjuangkan agama Allah.
Previous Post Next Post