Assalamualaikum,

Saya beranggapan ramai dikalangan kita menghadapi masalah yang sama iaitu cincin yang dipakai longgar disebabkan beberapa faktor . Di antara faktor itu, longgar samada berat badan telah menurun dan menyebabkan jari tangan itu mengecil. Kalau layari website pelbagai cara yang telah ditunjukkan oleh orang ramai diseluruh dunia.

Antara yang membantu bagaimana untuk mengecilkan cincin termasuk laman web seperti dibawah mengecilkan cincin dengan ring wraps, perlu memusingkan wraps itu dibahagian bawah cincin. Namun menggunakan ring wraps ini menjadikan cincin tidak menarik dan juga nampak tidak kemas, malahan kena beli dari penjual tersebut, memakan masa jika anda mahukan ia cepat.


Sedangkan cara yang akan saya syorkan ini adalah lebih mudah dan murah  untuk dilakukan oleh sesiapan sahaja dan dimana sahaja, murah dan senang. Malahan jika diperhatikan bahagian yang telah diubahsuai itu, kita tidak akan nampak bahagian tersebut apabila ia telah dipakai oleh pemakai cincin, bahagian itu tidak kelihatan sama sekali.

Malahan cara lain untuk mengetatkan cincin adalah dengan menggunakan ring clip.Ring Clip sejenis logam yang digunakan untuk mengetatkan bahagian dalam cincin. Namun saya telah berusaha untuk mencari ring clip ini, namun tidak semudah yang disangka malahan harganya juga sekitar RM10/pcs. Tapi sejauh mana kesesuaian untuk semua size cincin its mash tidak dipastikan terutama untuk cincin yang lebih lebar. Perlu beli pelbagai size untuk mengecilkan cincin ada malahan cara saya ini lebih murah, NO copyright boleh sahaja disebarkan kepada rakan-rakan dan teman.

Berikut adalah cara saya untuk mengetatkan cincin dengan cara yang mudah dan murah !!

a) Alatan yang diperlukan;

1. Gam Kuat, mudah didapati dimana-mana kedai segera atau runcit. GAM UHU juga boleh digunakan. Ada di youtube, wanita yang mengetatkan cincinya dengan hanya menggunakan gam sahaja, namun ia memerlukan kuantiti gam yang banyak dan jujurnya saya tidak galakkan. Namun tidak salah untuk kalian mencubanya.


2. Cable tie- amik size yang paling kecil sekali untuk digunakan. Boleh dipilih apa-apa warna, namun saya pilih warna putih untuk kali ini.


b) Langkah-langkah melekatkan cable tie di bahagian dalam cincin;

3. Potong cable tie itu untuk kesesuaian size cincin yang ingin diperketatkan. Seperti gambar rajah dibawah, dimana cincin dan disebelahnya cable tie yang telah dipotong.


4. Selepas itu, masukkan cable tie itu didalam cincin seperti gambar dibawah dan sedia untuk digam. Panjang bergantung kepada jenis cincin dan size cincin, potonglah ikut kesesuaian.

 

5. Kemudian letakkan gam kuat yang telah disediakan seperti dibawah. Pastikan gam itu di letak disepanjang bahagian yang bersentuh dengan cincin tersebut.


6. Maka hasilnya seperti dibawah ini, saya juga pernah menggunakan cable tie berwarna biru, agak menarik juga malahan apabila telah dipakai, tidaklah orang perasan kerana perubahan luas hanya dibahagian dalam cincin.



7. Cincin yang telah diperketatkan dengan melekatkan cable tie dibahagian dalam cincin tersebut . Tidaklah nampak akan cable tie yang digam dibahagian dalam cincin tersebut. Kini saya lebih selesa untuk memakainya kerana sudah sesuai dengan  besar jari saya. Dan yan paling penting, cara ini juga boleh dipakai di mana-mana kerana ia kalis air , gam tersebut akan terus memegang cable tie tersebut. Namun, jika ianya tertanggal sekalipun, kos untuk melekatkan cable tie yang baru tidaklah mahal dan mudah untuk dilakukan. Selamat mencuba !!


Selamat mencuba untuk teman-teman dari  seluruh dunia. Memberi inspirasi untuk mengetatkan cincin yang longgar apabila dipakai tanpa perlu merosakkan cincin tersebut dengan cara yang mudah dan murah. Cara yang sama boleh di lakukan ke atas cincin emas tanpa memberikan apa-apa kesan kerana cable tie yang kita gunakan adalah plastik tiada tidak balas dengan emas mahupun perak (silver). Ring clip diperbuat daripada logam, boleh memberi kesan tindak balas dengan emas mahupun silver jika ring clip itu diperbuat daripada logam yang berlainan.

Selamat mencuba buat-buat rakan blogger, moga ianya memberi bantuan kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama.

Wassalam,

Iskandar Musa.
13 Februari 2016

Email: iskandar581@gmail.com

3 Comments

NZ Boutique said…
owh ye ka..sy g habib jewel dkt shah alam minta diorg pasangkan clip ring rm 5 je..murah
ISKANDAR581 said…
bagus mungkin boleh bagi details seksyen beberapa utk rakan2 maya yang lain..sbb tak semua habib jewel yang ada..
Unknown said…
Klau cincin emas bole antr kedai Ke?? ? Ketatkan. Salh saisaiz oder
Previous Post Next Post