Assalamualaikum,

WR-TL1043ND
Di sini saya nak sharing serba sedikit bagaimana untuk menghubungkan modem wireless/router anda dengan additional wireless access point. Dalam keadaan rumah yang besar, berkemungkinan anda tidak dapat signal WIFI rumah anda. Jadi anda memerlukan satu lagi wirelss router sebagai seolah repeater signal WIFI rumah anda.

Dalam pasaran terdapat repeater untuk menguatkan signal WIFI rumah anda seperti TP-WA850RE extender yang mana menggunakan signal WPS sahaja untuk menghubungkan modem rumah anda.

TP-WA850RE
Namun untuk saya yang mempunyai router WIFI jenis WR-TL1043ND, jadi untuk menghubungkan engan modem Korea iptime. Teknik yang saya tunjukkan boleh di applikasikan untuk mana-mana modem juga.

1.  Pertama, connect dengan modem TP-Link anda, disconnect dahulu dari WIFI modem rumah anda. Untuk TP Link, laman address untuk login adalah http://tplinklogin.net. Atau IP address 192.168.0.1 atau 192.168.1.1.
2 Selepas itu, masukkan password dan username sebagaimana setiap daripada modem TPLINK.

3. Masuk bahagian Lan, dan tukar IP address agar berlainan dengan modem yang utama agar tidak berlaku konflik dengan WIFI router yang kedua.


4. Selain itu, ada perlu menukar nama wireless network agar tidak sama dengan network yang utama. Yang lain pastikan sama dengan primary router anda seperti channel, mode, channel width and max TX rate.

5. Dan yang terakhir, untuk step yang pertama itu, pastikan anda click WDS, enable WDS bridging. Itu merupakan faktor utama untuk menyambungkan primary router dan secondary router anda. Dengan enable button itu, anda perlu memilih WIFI router mana yang anda ingin sambungkan. Selain itu pastikan anda disable DCHP untuk secondary modem anda. Ini kerana anda tidak mahu timbul konflik diantara signal dari primary router dan secondary router anda.

6. Seperti setting biasa, untuk secondary router WIFI anda, boleh tetapkan apa-apa password untuk access ke internet. Jadi untuk dua-dua WIFI router yang ada, anda perlu pilih yang mana satu untuk connection bergantung kepada signal yang diterima.

7. Pastikan anda mencuba untuk connect dua-dua signal WIFI yang telah anda ciptakan itu. Jika anda sebarang masalah, cuba untuk restart terlebih dahulu dan cuba untuk menyambung kembali connection yang telah di buat.

Terima kasih semoga membantu rakan-rakan untuk mengluaskan area WIFI di rumah anda.






Post a Comment

Previous Post Next Post