Saturday, May 17, 2008

Muslim group against Syariah High Court ruling


PENANG: A Muslim group is asking for a judicial review of a recent Syariah High Court decision to allow a convert to renounce Islam and revert to her original faith.

Hizbut Tahrir Malaysia president Abdul Hakim Othman said the group disagreed with the decision of Perlis Syariah Court chief judge Othman Ibrahim who presided over the case when he was based here.

“Syariah laws are clear. No one can renounce Islam once they have converted. A person can be put to death if he or she is found to have renounced the religion.

“We have submitted a memorandum to a Penang Syariah Court representative to voice our disagreement over the matter,” he said.

Abdul Hakim was speaking to reporters after he and group member Khairul Azri Mohd Aziz handed over the memorandum to a court representative in Batu Gantong here yesterday.

About 10 Hizbut Tahrir members had turned up outside the court. They left peacefully after the memorandum was handed over under the watchful eyes of the police.

Othman’s May 8 decision had set a precedent in the country allowing a Muslim convert to renounce Islam, the first time since the Syariah Court Civil Procedure (State of Penang) Enactment 2004 came into force on Jan 1, 2006.

Masyirah Hizbut Tahrir Malaysia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Hizbut Tahrir Malaysia telah berjya mngadakan masyirah bantahan terhadap mahkamah syariah Pulau Pinang yg membenarkan Siti Fatimah utk mengisytiharkan murtad dan seterusnya menang dlm kesnya.Satu penghinaan kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia khasnya.Marilah kita sama2 berusaha utk mengembalikan Khilafah,yg melaksanakan hukuman bunuh bagi sesiapa yg tidak mahu bertaubat kembali kepada Islam.Sebagaimana Sabda Rasulullah.

wslm

Saturday, May 3, 2008

Akhlak Lahir Dari DEMOKRASI !!!!

Jika kita menilai akhlak menurut perspektif kebiasaan (adat) segelintir daripada ahli parlimen, memang wujud sikap yang menjelekkan sejak dari dulu lagi. Bahkan watak-watak tersebut perlu wujud bagi 'memeriahkan' suasana 'musyawarah'. Dengan wujudnya 'ice breaker' seperti gelak tawa, maki hamun, riuh-rendah akan menghilangkan rasa 'tegang' para penggubal undang-undang negara yang sedang bersidang. Perangai budak-budak ini selalu muncul tatkala membahas isu yang remeh temeh, yang ada peluang untuk mengutarakan 'political milage' masing-masing. Inilah Parlimen – sebuah pentas bagi sang badut memaparkan taraf pemikiran masing-masing, begitu pula dengan sang pandir dan sang kelembai... masing-masing tunjuk 'belang' dalam dewan yang kebal dari saman-menyaman ini. Inilah Parlimen yang ‘suci’ yang mana di dalamnya, manusia bebas berkata apa sahaja. Kerana apa? Kerana dasar yang diamalkan iaitulah demokrasi!

Akhlak buruk yang melanda Malaysia bukan sahaja dipertontonkan oleh ahli Parlimen, malah dari segenap lapisan masyarakat. Seperti yang dapat kita tonton di kaca TV dalam rancangan uji bakat muda-mudi, iklan-iklan, siaran rencana kebejatan akhlak masyarakat dan sebagainya. Semuanya memaparkan akhlak masyarakat Malaysia yang lahir dan dibentuk dalam sistem demokrasi Kapitalis. Ini semua adalah simptom dari penerapan undang-undang sekular yang memisahkan agama dari kehidupan. Demokrasi yang ada hanya meletakkan agama dalam 'bidang'nya sahaja kerana kebebasan merupakan prinsip yang tertinggi dari segala-galanya yang diagungkan dalam sistem kufur buatan manusia ini.

Jika kita ikhlas menilai akhlak manusia menurut perspektif Islam, nescaya kita akan temui bahawa standard akhlak bagi umat Islam adalah Al-Quran. Apa-apa yang diperintahkan di dalam Al-Quran, mesti dikerjakan manakala apa-apa sahaja yang dilarang, maka mesti ditinggalkan. A'isyah r.a pernah berkata,

"Sesungguhnya akhlak Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam itu ialah Al-Quran." [HR Muslim]

Apabila kita ukur dari hadis di atas maka jelas tingkah laku (akhlak) kita seharusnya sejajar dengan apa-apa yang diperintah dan dilarang seperti yang termaktub dalam Al-Quran al-karim. Inilah kayu ukur akhlak setiap manusia!.

Dari sini, kita boleh ukur sama ada setiap ahli Parlimen telah berakhlak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah atau tidak. Terkadang ada orang mengatakan bahawa jika si ahli Parlimen menggubal dan membahas undang-undang dengan cara yang profesional, maka dia dikatakan telah berakhlak. Apabila ahli Parlimen menjaga tutur kata dan adab sopan semasa membuat dan membahas undang-undang, maka dia ditakrifkan sebagai berakhlak mulia. Betulkah semua ini? Betulkah ukuran ini?

Demi sesungguhnya, perkara utama yang merosak akhlak para wakil rakyat atau ahli Parlimen adalah dengan menjadi “penggubal undang-undang” itu sendiri!!! Membuat undang-undang adalah satu perkara yang amat keji dan hina kerana manusia telah mengambil hak Allah. Justeru, profesional mana sekalipun sikap yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen, selama mana apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan apa yang Allah kehendaki, maka mereka sama sekali tidak akan dikatakan berakhlak!!! Apatah lagi di dalam kes ini – di mana Parlimen adalah sejelas-jelas tempat di mana Allah dimaksiti oleh mereka yang membuat undang-undang.

Apakah seseorang itu dikatakan berakhlak mulia apabila berada di Istana Budaya dan berjoget antara lelaki dan perempuan dengan penuh kesopanan? Apakah seseorang itu dikatakan berakhlak mulia apabila berada di bank dan membayar pinjaman riba tepat pada masanya? Apakah seseorang itu dikatakan berakhlak mulia apabila berada di kasino dan berjudi dengan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan. Apakah seseorang itu dikatakan berakhlak mulia apabila mematuhi hukum kufur dengan sepatuh-patuhnya? Apakah seseorang dikatakan berakhlak mulia apabila mereka telah mengambil hak Allah dan menggubal undang-undang dengan tangan-tangan mereka di Parlimen?

Google+ Followers