Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian...
JANJI ALLAH AKAN MEMENANGKAN MUHAMMAD S.A.W. ATAS KAUMNYA

85. Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata."

Hampir seminggu ini tidak dapat menulis mahupun mengupdate blog teman ini, insyallah diberikan peluang dan masa oleh Allah swt, sudah pasti kiranya untuk teman mengupdate berita-berita terbaru mahupun pendapat-pendapat untuk dikongsi bersama.

Sekian kalinya, minggu ini diberi kesempatan untuk turun ke laut lagi bagi melihat sedikit kerja-kerja penyelenggaraan turbine engine. Peluang itu digunakan untuk mengasah pengetahuan dalam bidang kejuruteraan, manalah tahu suatu hari nanti menjadi jurutera ketenteraan Khilafah Islamiyyah, pasti ia amat bermanfaat. Mana tidaknya kaum kuffar hari ini senantiasa mengemaskini kelengkapan ketenteraan mereka hari demi hari, dan yang menjadi medan pengujiaan alat kententeraan mereka adalah ke atas umat Islam sendiri.

Sebagaimana perintah Allah swt dalam Al-Quran yang berbunyi dlm Al-Anfaal ayat 60:
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya;

Allah memerintahkan kaum muslimin malahan mewajibkan kita untuk mempersiapkan secanggih mungkin alat ketenteraan untuk mengerunkan musuh. Lihat sahajalah setelah IRAN melancarkan satelit menggunakan roket yg dinamakan SAFIR 2,sudah cukup mengerunkan kaum kuffar terutamanya Amerika Syarikat yang menjadi pemerhati terdekat ke atas tindak tanduk Iran.

Safir 2 dilepaskan bersempena sambutan ke-30 revolusioner Islam di Iran. Begitulah peri pentingnya agar umat Islam senantiasa menjadikan petunjuk Al-Quran sebelum melakukan sebarang tindakan.

Berbalik kepada tajuk, itulah juga yang berlaku ke atas tempat kelahiranku,yang agak berserabut dengan peristiwa BN berjaya menawan kembali Perak. Pertelingkahan di antara dua pihak yang sorang biru dan sorang hijau,biru muda dan merah. Paling menyedihkan pertelingkahan di antara umat Islam yang mengucapkan kalimah syahadah lailahaillallah..Yang seharusnya saling bekerjasama untuk mengembalikan Islam.

Yang menjadi perhatian juga, pelbagai cerita mahupun school of though yang dikeluarkan mahupun dipaparkan di dalam media-media masa mahupun blogger sekalian. Sultan juga turut dikaitkan agar cerita menjadi lebih realistik dan menguja untuk dibaca oleh pengikut-pengikut atau pemerhati politik semasa Malaysia.

Manakala,yang sudah bosan dengan politik hari ini mula mendabik dada dengan mengatakan "Apa la nak jadi dengan Malaysia ni!"
"Aku dah bosan dan serabut dengan politik Malaysia hari ini !"
"Malas nak sembang mahupun ikut dah kancah politik Malaysia yang senantiasa maki memaki sesama sendiri !"

Begitulah plot-plot dialog yang dikeluarkan bagi mereka yang telah berputus asa dengan kancah poitlik hari ini. Namun buat mereka, politik (siyasah) yang diertikan oleh Islam tidak la sebusuk atau sehina malah lebih terpuji dan diredhai oleh Allah swt. Siyasah Islam adalah mengambil tahu urusan umat dlm kontek individu,masyarakat dan negara. Bagi seorang yang individu yang mempunyai siyasah Islam,dia tidak akn duduk diam,menidorkan diri mahupu membuang masa. Sebaliknya individu itu adalah orang yang senantiasa berdakwah kepada sahabat dan kepada seluruh umat Islam khususnya untuk kembalik kepada perintah Allah swt dan mengembalikan institusi yang dapat melaksanakan hukum Islam.

Masyarakat yang mempunyai siyasah Islam umumnya adalah mereka yang senantiasa melakukan amar ma'ruf nahi munkar di dalam masy. Mengajak orang untuk kembali kepada perintah Allah dan senantiasa memuhasabah masyarakat yang lain untuk senantiasa mengikut perintah Allah. Sebaliknya sebuah negara yang berpaksikan siyasah Islam, akan melaksanakan pengaturan masy mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dan mereka yang menyebarkan Islam ke seluruh dunia sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muhammad saw yang tidak jemu2 untuk mengembangkan Islam.

Moga apa yang berlaku diPerak memberi satu kesedaran kedapa mereka yang senantiasa berharap terhadap sistem melainkan Islam. Jelaslah menggunakan sesuatu yang bukan datang dari Islam tidak dapat memberikan kebaikan kepada Islam namun akan terus menyimpang kita dari jalan Allah yang lurus.

sekian..iskandar@miri

1 Comments

Previous Post Next Post