Salam Lebaran.
Teman yg dirahmati Allah sekalian. Alhamdullah lebaran masuk hampir seminggu,dan kita telah meninggalkan Ramadhan AL-Mubarak yang penuh keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Lantas marilah sama-sama kita merenungi dan meneliti tingkah laku manusia selepas bulan Ramadhan ini. Teman bile melihat dan merening keadaan masyarat dan cara hidup umat Islam hari ini amatlah menyedihkan. Bagaimana syawal seolah pinta utk memaksimumkan kemaksiatan selepas di tahan utk selama sebulan. Nah terdgr bualan kawanku dgn teman dgn dia utk bergurau "Bulan ramadhan dh abis ,bleh la nk kutuk2 balik" nnti raya haji minta maaf balik. Namun itu hanyalah ungkapan utk berlawak.... tp yg teman ingin perjelaskan bagaimana segelintir umat yg tak malu dgn Allah ini di bulan syawal ini,maksiat maksimum mungkin dilakukan.
PUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL
Dalil dan kelebihan puasa ini.
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر .
(رواه أحمد )
Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.