Benar kata-kata pepatah,bile kita rajin merantau dan berjalan.Pasti banyak ilmu baru yang kita perolehi dan pelajari. Teman juga tertarik dgn rancangan di Tv3 ketika bulan Ramadhan yang lalu mengisahkan pengembaraan Ibn Batutah. Rancangan itu memaparkan kisah pengembaraan Ibn Batutah yang menemui pelbagai cara hidup, budaya, dan adat tempatan. Catatan Ibn Batutah itu sehingga kini menjadi rujukan buat para pengkaji sejarah dlm merekodkan serta mengetahui cara hidup masyarakat terdahulu dan yang lebih besar adalah penyebaran dan kegemilangan Islam ketika era Ibn Batutah.
Samalah dgn kehidupan teman diperantauan ini, teman menemukan pelbagai pengalaman baru yang baik mahupun tak baik. Pengalaman itu mengajar teman ttg erti kehidupan serta membuka minda teman tentang pelbagai lagi cari hidup masyarakat ini yang selama ini tidak pernah teman bayangkan. Kita sering membaca suratkhabar, melayari internet, melayari gprs ataupun cara lama mendapatkan informasi yakni berkomunikasi melalui perjumpaan di warung mamak. Namun apa pun juga cara kita mendapatkan maklumat atau informasi, yang paling penting adalah kita mengkaji terlebih dahulu maklumat yang diterima samada ianya benar ataupun palsu yakni fitnah.
Disini teman sekadar bercerita ttg satu kisah yang tidak sepatutnya menjadi budaya mahupun adat kita sebagai seorang muslim. Islam bukan hanya hangat dipraktikkan ketika bulan Ramadhan mahupun ketika majlis2 tertentu. namun Islam itu adalah sepanjang masa and waktu. Tp apa yang menyedihkan harini adalah, bagaimana satu pasangan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan boleh duduk serumah dan menjalani kehidupan seolah2 pasangan suami isteri. Lelaki tersebut adalah seorang duda yang telah ditinggalkan isteri (baculnye laki ni..tidak telah bercerai maksud teman) dengan menjaga 2 org anaknya yang kedua-duanya adalah lelaki.
Bapa sesungguhnya menjadi contoh kepada anak-anaknya. Bagaimana seorang bapa boleh membawa perempuan yang bukan muhrim duduk serumah, dan dalam pada masa yang sama tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan yang sah, dan anaknya yang berumur sekolah menengah duduk serumah..masyalllah..dunia akhir zaman. Tidak mustahil anaknya juga akan bersikap sebagaimana perilaku ayahnya itu...bapak borek,anak rintik...
Itulah pentingnya pelaksanaan hukum Islam ke atas seluruh manusia untuk mengawal segala bentuk maksiat kepada Allah. Mahupun yang terbuka ataupun tertutp pasti diadili dgn sistem pengaturan Islam. Disebabkan kebejatan sistem sosial harini, gejalan sosial semakin meningkat, ibu bapa yang bersikap acuh tak acuh dlm pergaulan anak akan meningkatkan lagi gejalan sosial. Amar ma'ruf nahi munkar perlulah diamalkan di dlm masyarakat dan bukannya hanya memandang sinis tanpa menegur mahupun bertindak. Inilah hakikat kehidupan masyarakat hari ini yang hnya mementingkan kebendaan dan hnya melihat duit semata-mata sehingga mengabaikan tanggjawab sebagai seorang muslim.
Teman mundukkan diri tanda sedih dengan peristiwa masyarakat terutamanya jiran serumahku ini yang begitu teruk sistem sosialnya. Teman harapkan akan ada sirna sistem Khilafah untuk menerapkan sistem pengaturan Islam.