Alhamdulillah teman ingin berkongsi sedikit berkenaan isu skirt pendek Teresa Kok.Teman mengambil penulisan dlm sebuah blog syabab Hizbut Tahrir. Moga apa yg disampaikan beliau boleh memberi kejernihan kefahaman kita tentang isu sebenar yg wajar kita fahami. Bukan hanya isu ketidaksopanan Teresa Kok yg diperjelaskan oleh Mufti-mufti malahan sebilangan ulama di Malaysia. Apakah isu pemakaian yg tidak menutup aurat hanya di laksanakan di Masji-masjid atau tempat-tempat yang dikatakan kemuliaan Islam. Dan diluar kawasan yg dikatakan "kemuliaan" Islam itu, manusia bebas untuk memakai pakaian sesuka hati mereka. Mungkin sebilangan kita pernah bersembahyang di Masjid Putrajaya, yang perlu memakai jubah yang diberikan pihak pengawal sebelum dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid. Malahan bukan hanya dikalangan pelancong yg diwajibkan untuk memakai jubah sebaliknya adalah wanita Islam yang memakai yang dikatakan "kurang sopan" dan bukannya tidak menutup aurat. Inilah kecelaruan berfikir yang ada pada pemerintah, persoalan penutupan aurat bukannya hanya pada permintaan atau galakan, sebaliknya ianya adalah perintah Allah yang memerlukan peraturan atau penguatkuasaan yang membolehkan hukuman dikenakan bagi ygn tidak mematuhinya. MOga kereta penulisan sahabat teman ini menambahkan lagi pengetahuan dan pemahaman kita tentang pengaturan pergaulan didalam Islam. selamat membaca !!
Salam~
Kemarin, majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam menyambut Syawal. Sebelah pagi, musolla-musolla dan masjid-masjid dipenuhi dengan aktiviti ritual 'eid, ziarah kubur dan lain-lain. Jalan- jalan lengang. Seronok memandu, tak perlu pasang aircond. Cuma ada beberapa pandangan yang tak sedap dipandang, mat dan minah rempit! Sedang berkepit atas RXZ. Dikala orang sibuk menyambut raya, diorang selamba berseluar pendek berbaju ketat mendedahkan aurat. Tak pakai helmet, mungkin tinggal dikawasan situ je. Saya terus 'berkhutbah' dalam kereta depan ahli keluarga tentang isu skirt Teresa.
Saya kata, "Ramai orang melenting dalam email pasal skirt Teresa. Macam-macam respon. Tapi yang diluar masjid ni camana? Bukan Teresa saja, 'musuh' Teresa pun 2 x 5! bla bla.." Bukan mat dan minah rempit tu saja, bahkan gadis-gadis yang keluar dari masjid setelah selesai solat 'eid juga turut berakhlak seperti Teresa! Apa tidaknya, aurat wanita tetap aurat. Jambul terkeluar dari selendang ke, tudung lilit nampak leher ke, baju kebaya ketat ke, berkerudung ( telekung) tetapi berseluar ke.. semuanya termasuk dalam kemaksiatan yakni mendedah aurat! Melanggar perintah Allah. Tiba-tiba saya melayangkan 'khutbah' saya ke satu daerah berhampiran. Suatu ketika dulu, saya terbaca ada pihak yang cuba buat kempen tutup aurat. Saya pun komen dalam 'khutbah' saya, "Kenapa buat kempen? Kenapa tak kuatkuasa? Itukan perintah Allah yang qath'ie? Boleh ke memilih-milih untuk menangguh-nangguhka n perlaksanaan hukum-hukum Allah?.." Saya ceritakan, betapa sekularisasi
sekarang memerintah dan menjajah! Ia memerintah dan menjajah dari bentuk, sistem, undang-undang negara hingga ke pemikiran para tokoh dan ulama termasuklah orang awam. Sekularisasi sangat licin dan licik. Menyelinap masuk dalam benak kita tanpa sedar atau sengaja. Negara sekular pula akan sentiasa menerap dan memelihara (memperjuangkan) konsep-konsep kebebasan hingga rakyatnya menikmati kebebasan tanpa had. Para pemimpin, tokoh dan ulama pula secara tidak langsung menjadi ejen pemikiran kufur tersebut. Itulah punca segala kemaksiatan. Itulah punca mengapa kita dapat lihat senario seperti ini.
Hari ini, saya terbaca dalam akhbar utama negara isu laman sembang yang disalahgunakan oleh beberapa pengguna. Mereka mencari peluang untuk memenuhi naluri seksual mereka. Kita dapat lihat diskrin TV beberapa rancangan yang menawarkan perkhidmatan laman sembang. Ya, saya pernah terbacanya. Kekadang sampai tak paham. Short form yang digunakan sangat rumit difahami. Mungkin kod rahsia atau apa-apa. Cuma yang pasti, ia mengandungi unsur-unsur pergaulan yang diharamkan oleh syarak. Mengorat-ngorat, memujuk rayu dengan perkataan ala-lucah mahupun lucah.. seolah-olah pergaulan ini tanpa batas. Inilah gambaran sebenar realiti diluar TV sana. Saya pernah berdepan dengan beberapa kumpulan anak muda-mudi yang sedang bergaul. Nyata mereka langsung hilang tatasusila syar'ie dalam pergaulan (ikhtilath). Hentam kromo saja, bertepuk tampar, berpeluk-peluk, cubit-mencubit untuk mengusik, menggeletek, membelai rambut dan sebagainya adalah antara aksi pergaulan mereka.
Sama seperti orang-orang yang bejat akhlak!
Masalah-masalah yang timbul sekarang termasuk berkaitan moral (akhlak) masyarakat merupakan simptom dari penerapan sekularisme. Saya yakin, jika sebuah negara taqwa (Islam) pasti diterapkan ketaqwaannya keatas masyarakat, hingga mereka tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Allah. Sedang ahli-ahli masyarakat pula berperanan memuhasabah sesama sendiri jika terdapat kesalahan ataupun kemaksiatan. Dalam keadaan sekarang (tanpa negara Islam), kita pasti tidak mampu membanteras kemaksiatan kerana ruang maksiat terbuka luas yang sengaja dingangakan oleh negara sekular. Masalah ini hanya dapat kita atasi sekiranya kita menyingkirkan sekularisme dari negara. Kemudian, syari' ah diterapkan sepenuhnya. Sudah tentu negara itulah yang dimaksudkan dengan istilah al-Khilafah, negara yang wajib memelihara kemaslahatan umat hanya dengan syari'ah.