Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Allah swt, sepanjang cuti di semenanjung di manfaatkan untuk berbakti kepada bekas sekolah teman. Teman bersama rakan-rakan seperjuangan bertolak ke SMT Gerik sebaik sahaja teman sampai di Ipoh. Tanpa berlengah lagi kami terus bergerak menuju ke bandar Gerik. Biarpun baru sahaja selesai berkursus di Kuala Lumpur, itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan tugas murni ni. Disamping program ini bertemakan motivasi, dikesempatan itu di selitkan isi dakwah dalam rangka memantapkan pelajar-pelajar dengan kefahaman Islam yang sebenar. Tambahan arini, kalangan pelajar-pelajar dan remaja lah yang dikelompok dalam majoriti yang terdedah kepada gejala sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam biarpun tidak dinafikan kaum dewasa juga terdedah dan terlibat dalam gejala sosial.


Golongan muda seperti teman dan rakan-rakan perjuangan serta pembaca sekalian, sama-samalah kita berusaha untuk menyampaikan sesuatu kepada pewaris-pewaris kepada kebangkitan Islam. Siapa lagi kalau bukan kita, dan bila lagi kalau bukan sekarang utk kita bermula??

Janganlah menanti di penghujung usia baru kita ingin melakukan sesuatu untuk Islam dikala usia dan tenaga sudah tidak mengizinkan. Di masa muda ini manfaatkanlah sepenuhnya. Sepanjang porgram motivasi di SMT gerik,pelajar-pelajar di mantapkan dengan keyakinan diri, kemahiran berfikir cepat serta inovatif. Elemen-elemen tersebut di masukkan ke dalam setiap LDK yang telah kami sediakan. Untuk pengetahuan pemabaca budiman, program motivasi ini merupakan aktiviti tahunan yang teman tidak lepas untuk mengadakannya. Biarpun kini agak jauh untuk pergi ke sana, ia tidak mematahkan semangat teman untuk mencurahkan ilmu di dada kepada adik-adik di SEMETRIk.

Sepanjang program ini, tidak dinafikan bantuan dan sokongan dari sahabat-sahabat perjuangan menjadi teras kepada keberjayaan program ini. Bergerak dalam jemaah pasti memudahkan serta memberi semangat yang luar biasa untuk teman bekerja. Tambahnya lagi, teman lebih bersemangat untuk menguruskan porgram motivasi ini biarpun ada kalanya letih yang mengintai-intai diri. Namun itu semua bukanlah alasan untuk teman berusaha yang terbaik kepada semua adik-adik di SEMETRIK. Jauh di lubuk hati, ingin sahaja mengadakan program ini berbentuk bulanan, namun apakan daya,jauh berberibu batu serta laut yang memisahkan antara kami.
Akhir kalam, buat rakan-rakan dan guru-guru yang telah banyak membantu dalam usaha teman untuk menyampaikan (tabligh) kepada adik-adik ini amatlah dihargai. Moga adik-adik di SEMETRIK akan mengorak langkah untuk terus maju ke depan setelah mendengar dan menyertai motivasi anjuran teman dan sahabat. Moga isi dakwah yang kami bawa menjadi pedoman sepanjang hidup dan isi pentingnya di sampaikan kepada saudara-saudara Islam sekalin...insyallah.

Moga usaha kami ini diberkati oleh Allah swt dan mendapat keredhaannya dan amat bersyukur kepadaanya kerana telah memberi masa dan tenaga untuk menjayakan program ini.

SEKIAN...

Post a Comment

Previous Post Next Post