Assalamualaikum..

Terasa terkilan, tersentuh, kecewa , terhina dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Gaza Palestin. Mereka dibunuh tanpa perikemanusiaan oleh laknatuallah Israel yang jelas-jelas memusuhi Islam dari zaman Nabi-nabi terdahulu lagi. Penghinaan dan penindasan ke atas umat Islam di Gaza mendapat reaksi sedih dan marah daripada seluruh hati-hati yang cintakan Islam. Namun yang amat menyedihkan adalah bagaimana tentera-tentera Islam yang mempunyai keupayaan,kekuatan,kelengkapan tidak sedikit pun terusik untuk membantu umat Islam di Gaza.Carta Kepimpinan Tentera Malaysia

Wahai tentera Islam Malaysia,

Di manakah hilangnya semangat keperwiraan kamu, dimanakah pergi keperihatinan kamu terhadap penderitaan umat Islam di Gaza. Tidakkah kamu sedikit tersentuh dengan penderitaan mereka?? Sesungguhnya pangliman tertinggi ATM mempunyainya tanggungjawab yang besar untuk membantu umat Islam di Palestin. Tidakkah kamu terasa hina hanya duduk berdiam diri di kem-kem kamu tanpa membantu umat Islam di Palestin !!! Tidakkah kamu terasa marah terhadap kekejaman tentera Israel !!

Wahai Tentera Islam Malaysia,

Kamu begitu bangga setelah dilantik untuk menjadi pengawal keselamatan Istana Queen Elizabeth yang telah menjajah tanah Melayu suatu ketika dahulu. Tidakkah kamu sedar, Britain jugalah yang telah bersekongkol dengan Amerika untuk menghancurkan Islam !! Tidakkah kamu pernah terfikir segala sanjungan dan pujian yang diberikan oleh org Barat penjajah hanya tipu muslihat mereka untuk terus menjajah pemikiran dan negara umat Islam !

Wahai Tentera Islam Malaysia,

Ayuh,bangkitlah segera untuk membantu umat Islam Gaza. Gunakanlah segala kepakaran,kemahiran,kekuatan yang kamu ada untuk membantu umat Islam di Gaza. Sesungguhnya perjuangan kamu untuk membantu umat Islam di Gaza pasti mendapat sanjungan dan keredhaan daripada Allah swt. Jadilah sebagaimana saidana Hamzah ra, Sallehuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, dan Khalid Al-Walid.

Wahai Tentera Islam Malaysia,

Seruan ini ditulis agar memberi kalian sedar akan kekuatan yang ada pada tangan-tangan kalian untuk membantu umat Islam. Pernahkan kamu terfikir, kamu berkhidmat pada PBB untuk mengaman sesebuat negara, tapi adakah kamu sedar kamu hanya dipergunakan oleh kuasa-kuasa besar untuk menghancurkan dan mempergunakan tentera Islam. Kamu diperalatkan !! PBB tidak pernah berbuat apa-apa untuk Islam. Yang hanya adalah resolusi-resolusi di atas kertas sahaja !! Ayuah tentera Islam, bangunlah berjihadlah untuk membantu umat Islam. Berikanlah sokongan kamu untuk penegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah yang akan menegakkan Islam dan menghancurkan Israel laknatullah.

Wahai Tentera Islam Malaysia,

Hari ini,ratusan nyawa kanak-kanak, wanita dan pejuang Islam yang telah syahid ditangan tentera kejam Israel. Tidakkan kamu terkesan dengannya. Pasti di padang masyhar kelak kanak-kanak ini akan bangkit dan menyatakan mereka mati kerana tidak dibantu oleh kamu tentera-tentera Islam yang bacul dan tidak mahu menegakkan Khilafah. Sedarlah dan sesungguhnya nyawa dan kehidupan yang diberikan Allah ini hanyalah sementera!!

Akhir kalam, kalian hayatilah sebenar-benarnya etika kerja kalian yang telah diambil dari laman web Angkatan tentera malaysia.

1. Taat Setia . Taat setia bererti patuh terhadap segala perintah dan sedia berkorban nyawa demi mempertahankan negara Daulah Khilafah untuk menentukan kejayaan pelaksanaannya.

2. Disiplin . Melibatkan aspek kawalan diri sendiri dan mematuhi peraturan.

3. Keberanian . Menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat juang yang kental dari segi mental dan fizikal walaupun menghadapi risiko yang tinggi.

4. Amanah . Sifat kebolehpercayaan yang perlu diwujudkan dalam diri anggota ATM dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi.

5. Profesionalisme . Setiap anggota ATM perlu mahir untuk melaksanakan tugas di bidang masing-masing.

6. Daya Kepimpinan . Berkebolehan menerajui aspek pengurusan operasi, sumber manusia, aset dan pentadbiran.

7. Semangat Berpasukan . Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

8. Kekuatan Kerohanian . Mengamalkan cara hidup berlandaskan agama.

9. Keprihatinan . Menjaga kebajikan dan mengambil berat hal ehwal individu.

10. Menghayati Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) . Mengikuti aturan hidup yang ketat berdasarkan arahan, adat dan tradisi di mana semangat perajurit dan disiplin yang tinggi merupakan keperluan utama. Ia memerlukan pengabdian diri kepada perkhidmatan ATM demi mempertahankan maruah pasukan dan menentukan pencapaian kejayaan dalam segala tugas yang diarahkan.

Rujukan:

http://maf.mod.gov.my/Pernyataan%20arah%20ATM/etika.htm
http://www.tempur.com.my/indexbm.htm

Nukilan Iskandar 2009

Post a Comment

Previous Post Next Post