Wednesday, June 3, 2009

2-3 JUNE 2009


Dua hari yang sekadar di manfaatkan untuk beristirehat dan melayari internet. Selalunya di kesempatan cuti yang panjang, penuh diisikan dengan pelbagai aktiviti adventure yang diingini. Namun untuk beberapa hari yang lalu, masa yang bernilai ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Terasa membazir dan sesungguhnya masa yang telah berlalu itu tidak mampu untuk kita ulangi kembali bak cerita dizaman muda " Back to the Future 1,2,3". Apapun jua yang telah berlaku,menjadikn kita untuk terus merenungi dan memuhasabah diri untuk mengisi masa-masa yang telah diberikan oleh pencipta yang maha agung maha kuasa Allah swt.

Mengisi masa dengan membeli belah di shopping kompleks dan seterusnya pulang ke rumah melayari rumah untuk mengupdate diri dengan berita-berita terkini yang berlaku diserata dunia.

" APa yang telah berlaku di lembah SWAT??"
"Mengapakah pendakwah bebas dikaitakan dengan isu cerai??"
"Apakah relevan utk membiarkan pelajar SPM mengambil lebih daripada 10 subjek??"

Inilah dia persoalan atau berita-berita yang agak sensasi untuk minggu ini,kedengaran di buletin utama dan membaca didada akhbar berkenaan isu-isu tersebut. Dan yang paling terkini isu runtuhnya stadium yang berumur setahun...pelbagai asumsi, andaian telah dihuraikan oleh blogger2 terkenal Malaysia..ada yang mengatakan isu Rasuah menyebabkan runtuhnya stadium tersebut..Namun sejauh mana pemikiran kita sekadar meletakkan hanya RASUAH sebagai punca permasalahan...Pemikiran yang lebih mendalam dan terperinci bakal menemukan kepada punca kepada segala permasalaha yang berlaku di hari ini...


wslm

Google+ Followers